Rabu, 1 Januari 2014

Adakah Takdir Itu Milik Aku ?


Nama aku  Nur Ain Hidayah. Kebanyakan orang panggil Ain termasuk keluarga aku. Aku ingin mencoretkan kisah tentang kehidupanku yang penuh onak duri, suka dan duka.

            Pada mulanya, kehidupan aku amat memedihkan. Aku rasa sedih teramat kerana kehilangan satu persatu ahli keluargaku dan terpaksa berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain termasuklah orang-orang yang amat baik dengan keluargaku iaitu keluarga Doktor Halim, rakan baik kepada arwah ayahku iaitu Ustaz Ubaidillah Amin. Kehidupanku umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

              Seterusnya, aku ingin menceritakan tentang perilaku buruk abang aku.Bukannya aku hendak mengumpat atau mengata perangai abang aku tetapi hakikatnya amat memeritkan atmaku dan ibu. Perangai jelik abang aku amat menyampahkan. Bagi sesiapa yang berada di tempatku pada ketika ini. Tapi, apa nak dikatakan aku dengan dia adik-beradik dan aku harus menghormatinya walaupun telah beberapa kali dia menepuk tampar aku dan menyakitkan hati ibu. Namun, aku reda kerana disebalik ujian yang pahit ada hikmahnya.

            Hampir setiap hari ibu berdoa agar perangai abang berubah. Tetapi, abang tetap dengan perangai buruknya sehingga pada satu hari seorang pak cik tua datang ke rumah lalu ‘menyerang’ kami sekeluarga. Hampir terkeluar jantung ibu dibuatnya apabila pak cik tua tersebut mengatakan bahawa abang telah mengandungkan anak gadis tunggalnya. Aku menafikan perkara tersebut dengan mengatakan anak gadis pak cik tua tersebut keluar dengan ramai lelaki sehingga mengandung.

            Pak cik tersebut membangkang lalu mengatakan abanglah punca anak gadisnya mengandung. Pak cik tersebut juga mengatakan bahawa abanglah kekasih hatinya yang paling disayangi sehingga melakukan perkara terkutuk tersebut demi memuaskan hawa nafsu lelaki abang. Arrgghh! Kadang-kadang serabut juga fikiran aku dibuatnya. Bagaimana harus dilakukan? Dikahwinkan sahaja mereka? Nak ke abang?. Entahlah, Allah sahaja tahu betapa serabutnya fikiran aku dan ibu.

            Sekembalinya abang ke rumah, ibu lantas menyoal abang tentang perkara tersebut. Salah satu perangai abang yang aku benci sangat iaitu dia suka sangat merayap tanpa arah tujuan. Kalau ditanya, katanya hendak mencari kerja. Kerja ke apa kalau balik sampai jam menunjukkan angka 1.00 pagi dan kadangkala pulang dengan keadaan yang mabuk. Takkan cari kerja sampai balik dalam keadaan mabuk. Abang kerja atau berfoya-foya di luar sana?. Kadang-kadang, ibu berasa sedih dengan perangai abang yang semakin melalut. Jika ditegur, mulalah lawannya sehingga ada sahaja barang rosak dihempas ke dinding oleh abang.

            “Ilham, kamu pergi mana sampai maghrib baru reti nak balik?”soal ibu dengan agak kasar kerana terlalu marah kepada abang. Ibu mana yang tidak marah apabila perangai anak sebegitu teruknya.

            “Lepak dengan kawan,”selamba sahaja jawapan abang sambil menjeling ke arah ibu yang sedang menunujukkan wajahnya yang serius.

            “Tadi ada orang datang. Dia kata kamu buntingkan anak dia. Ibu nak tanya kamu buat ke perkara terkutuk tu? Sudahlah Am! Taubatlah sikit, ibu tak sanggup orang-orang kampung mencemuh ibu. Cukuplah arwah ayah kamu dicemuh,” ibu menyoal kembali dengan amarah yang membara menguasai diri yang boleh sahaja meletup pada bila-bila masa.

            “Entah-entah dia tu penipu!. Manalah tahu anak dia tu banyak sangat kawan lelaki. Manalah tahu,” jawapan selamba abang yang kadang membangkitkan amarah aku dan ibu. Aku tahu dia cuba menafikan kebenaran yang berada di depan matanya.

            “Kalau dia tipu, kenapa datang sini secara tiba-tiba dan serang macam tu aje?. Am jangan nak bohong ibu,” amaran ibu kepada abang. Kata-kata ibu umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kata-kata ibu macam sampah sahajalah bagi abang.

            “Dahlah, ibu. Malaslah Am nak layan ibu berleter. Ain! Buatkan air untuk aku,” main suka hati abang sahaja menyuruh aku membuat air. Sudah tergendala ulang kajiku. Sudahlah peperiksaan  SPM hanya tinggal saat-saat akhir. Ditambah pula perangai abang yang sungguh menyesakkan kehidupan kami sekeluarga.

            “Hmm…nak air apa? Takut salah buat melenting pula orang tu,”sempat juga aku menyindir abang sambil menyoal minuman apa yang abang hendak minum.

            “Macam biasa. Milo letak ais,” arah abang.

            Jika aku tidak turuti perintah abang, aku menjadi sepak terajang abang. Jika aku melakukan sedikit kesalahan, pasti aku dimaki hamun teru oleh abang. Kekadang, badan aku menjadi kebal kerana aku merasakan setiap hari abang menerajang aku. Hati aku sakit, tapi nak buat macam mana, terpaksalah terima abang kerana dia merupakan darah daging aku.

           

IBU tanya apa tadi kat abang?” soal aku demi mendapatkan kepastian.

            “Fasal hal anak pak cik tulah. Pening juga fikir apa yang patut buat. Entahlah, cakap ibu macam sampah je yang bila-bila masa dibuang ke dalam tong sampah,” lirih sungguh ibu ucapkan. Aku terlihat ibu menangis tanda kecewa yang teramat terhadap perilaku buruk abang.

            “Ibu janganlah nangis. Ain kan ada dengan ibu. Dahlah, jangan sedih lagi,” lalu aku menyeka air mata sambil memujuk ibu yang kesedihan. Kasihan ibu.

            “Ibu berharap sangat abang kamu macam arwah ayah kamu. Tak jadi ustaz pun tak mengapalah. ibu tak nak dia hanyut dalam hal dunia ni. Ibu nak sebelum ibu tutup mata, anak ibu menjadi insan berguna di dunia ini. Tapi,impian ibu hancur punah,” ibu menangis teresak-esak mengenang perangai abang yang kini semakin lama semakin menjadi-jadi. Menggunug sungguh harapan ibu untuk melihat abang ubah perangai dan menjadi seperti arwah ayahku, Ustaz Ubaidillah Amin. Arwah ayahku amat terkenal di Kampun Seri Sirusa kerana pandai berceramah di masjid dan sanggup tidak mengambil upah untuk mengajar mengaji anak orang miskin di kampung.

            “Bayangkanlah, masa umur kamu sembilan tahun, arwah ayah ditahan di dalam lokap atas kes membawa dadah. Waktu polis periksa kereta arwah ayah kamu, polis terjumpa dadah jenis heroin dibawah di kusyen tempat duduk kereta arwah. Masa tu, ibu tak tahu apa hendak lakukan. Ibu sangat tertekan pada ketika itu.”cerita ibu kepadaku. Aku turut bersedih.

            Aku tahu betapa peritnya hati ibu. Bayangkanlah, semasa arwah ayah dipenjarakan di penjara Kajang, ibu hilang tempat bergantung untuk teruskan ranjau kehidupan yang penuh cabararan ini. Pada ketika itulah, ibu mengambil upah menjahit baju kurung hasil tunjuk ajar arwah nenek. Semasa setahun arwah ayah di penjara, arwah ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan angin ahmar. Betapa sedihnya hati ibu apabila melihat jasad arwah ayah terbaring kaku dihadapan ibu sendiri dan lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila kes arwah ayah ditutup begitu sahaja!. Begitu sahaja!. Betapa punahnya hati ibu. Tidak dapat digambarkan ibu yang rasakan pada ketika itu. Hendak mengupah peguam? Mana hendak mencari duit yang banyak untuk mengupah peguam untuk bicarakan kes yang terbengkalai ini. Alamatnya, terpaksalah kes itu ditutup begitu sahaja tanpa sebarang siasatan dilakukan. Kiranya, arwah ayahlah seratus peratus yang bersalah dalam kes ini.

            Seminggu juga ibu tidak lalu makan umpama makan tak kenyang, mandi tak basah kerana fikiran asyik teringatkan akan arwah ayah yang pergi terlalu jauh dari alam fana ini.Sepanjang seminggu tersebut, datuk pernah menegur ibu supaya makan dan solat serta berdoa agar roh arwah ayah ditempatkan orang yang beriman. Pada ketika itu, aku tidak tahu apa yang berlaku kerana aku masih berhingusan. Selepas sahaja peristiwa berlaku, ibu dan arwah ayah jadi bahan umpatan penduduk kampung. Mereka kata ‘nampak sahaja alim, tapi penagih dadah sebab itulah si Ilham tu perangai lebih kurang sama saja dengan bapaknya dan seterusnya…seterusnya…’

            Menjelang sahaja musim perayaan Aidilfitri, penuh tempahan baju kurung yang ibu terima daripada penduduk kampung sehinggakan terpaksa menolak tempahan yang berlebihan. Pada masa itulah aku mengambil peranan aku sebagai tukang mengukur badan orang atau meminta baju contoh supaya tidak tersalah terbuat. Kalau tersalah buat, habislah ibu menjadi bahan bualan orang kampung terutamanya Mak Cik Bedah, si mulut puaka tu yang sering menabur fitnah yang dibuat sendiri padahal ibu tidak melakukan perkara tersebut. Perbuatannya umpama memakan garam dan memusnahkan tulang sendiri.

Selepas aku mengukur badan orang dan mencatatnya di dalam buku, lalu aku menyerahkan kain pelanggan kepada ibu untuk menjahitnya sehingga siap. Kadangkala, aku berasa kasihan apabila melihat ibu mencari nafkah sehingga larut malam dan kadangkala tidak tidur kerana mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya. Tetapi sedarkah abang tentang pengorbanan ibu terhadap dirinya sendiri?. Mungkin tidak rasanya kerana pada satu hari abang bertidak merampas rantai emas hasil hantaran perkahwinan ibu dan arwah ayah dan kini rantai emas tersebut telah dilelong oleh kedai pajak gadai. Kalau aku berada di tempat ibu, mahu sahaja aku menampar muka abang sehinggan mulutnya senget biar tidak mampu bercakap lagi. Buat apa kalau ada mulut, jika selalu bercakap kasar terhadap ibu sendiri.

            Aku amat sedih. Kadang-kadang, aku berdoa kepada Allah agar ujian pahit ini berakhir dan perangai abang ubah. Aku teringin melihat abang baik budi pekertinya.

           

SETAHUN KEMUDIAN…

            “Ibu!” jeritku seraya mengengam keputusan SPM.

            “Ya, Ain. Ada apa ni? Nampak macam gembira sahaja,” soal ibu apabila melihat aku kegembiraan yang tidak dapat digambarkan.

            “Ibu tengok ni,” tunjukku kepada ibu keputusan cemerlang SPM. Wajah gembira ibu tergambar apabila melihat keputusan cemerlang SPMku. Aku juga dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolah apabila mendapat 11 A+.

            “Alhamdulillah. Termakbul juga doa ibu selama ini. Syukur,” ucap ibu seraya melihat keputusan SPMku.

            Aku berasa bangga kerana dapat mengembirakan hati ibu yang selama ini hancur punah dimamah oleh perilaku abang yang amat menyakitkan. Aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menggapai impian yang tinggi melangit. Aku ingin menjadi seorang pendidik yang berjaya dan mengajar insan-insan yang memerlukan pembelajaran sepanjang hayat  dikandung badan. Aku ingin menunjukkan di mata masyarakat bahawa kesempitan hidup bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.

           

“INIKAH rumah En. Muhammad Ilham bin Ubaidillah Amin?”soal salah seorang polis kepada ibu.

            Jantung ini umpama dipanah petir apabila terlihat pihak polis dihadapan halaman rumahku. Ibu naik cuak apabila melihat polis tersebut mencari abang. Apa kesalahan yang abang telah lakukan.

            “Ya, saya ibunya. Ada apa encik nak cari anak saya?”gundah-gulana hati ibu apabila pihak polis hendak mencari abang. Adakah abang membuat perkara jenayah? Ya Allah, kuatkanlah hati dan iman ibuku.

            “Kami terima laporan yang anak puan terlibat dalam pengedaran dadah secara besar-besaran. Di samping itu, anak puan terlibat dalam kongsi gelap yang telah merompak bank dan membunuh pegawal keselamatan di bank tersebut,”salah seorang pihak polis telah memberitahu laporan yang diterima oleh orang ramai.

            Tidak semena-mena ibu rebah dan lantas aku menyambut kembali ibu. Selepas itu, kedengaran deruman enjin motor. Aku sudah agak abang sudah balik ke rumah.

            “Ada apa encik-encik semua datang ke rumah saya malam-malam buta ini?”soal abang dengan agak acuh tak acuh sahaja. Jelas kelihatan wajah cuak abang disebalik ketenangan yang ternyata hanya dibuat-buat sahaja.

            “Sila ikut kami ke balai bagi membantu siasatan bagi pertuduhan pengedaran dadah dan kes pembunuhan pegawal kesalamatan,” ujar pihak polis tersebut lalu menggari tangan abang.

            “Encik, saya tak buat perkara tersebut. Percayalah! Ain, sumpah abang tak buat semua tu,” bohong abang bagi menafikan kebenaran yang dia telah melakukan sesuatu perkara yang amat salah dari hukum dalam Islam.

            “Abang jangan nak tipu Ain!. Ain…Ain dah tak percaya semua abang cakap! Polis cepat tangkap dia ni, saya dah cukup meluat tengok muka dia ni!” telunjukku sambil marah semahu-mahunya. Kini, perasaan amarah tidak mampu dibendung lagi. Aku amat kesal kerana mempunyai seorang abang yang layaknya dipanggil sebagai jenayah!

            Lalu, polis segera membawa abang masuk ke dalam perut kereta polis. Jelas kelihatan wajah abang yang penuh keinsafan atas perbuatan bodohnya sendiri. Penyesalan? Tiada berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Abang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Nasib baik abang tidak dikenakan hukuman mandatori kalau tidak naya dibuatnya.

            Selepas penahanan abang di penjara, aku dan ibu dibelenggu kemelut jenayah yang abang telah buat. Hampir setiap hari, kalau tak sindiket kongsi gelap, ah long pasti datang ke rumah tanpa diundang. Aku berasa tidak selamat dengan keadaan ini. Tanpa berfikir panjang, aku bertindak mengajak ibu lari daripada rumah. Aku dah tak sanggup menanggung penderitaan ini.

            Pada mulanya, ibu enggan menerima ajakanku ini kerana rumah itu telah meninggalkan 1001 kisah ibu dan arwah ayah.

            Setelah aku membentak ibu beberapa kali, barulah ibu mengikuti ajakkanku. Aku tak mahu diseksa lagi oleh ketua-ketua samseng tersebut. Cukuplah ibu menggadaikan kesemua barang kemasnya demi menlangsaikan segala hutang abang.

SEBULAN kemudian…

            Sudah tiga hari ibu jatuh sakit. Ibu demam sejak tiga hari yang lalu. Aku risau sebab bila sahaja diajak ke klinik, ibu menolaknya kembali.

            Lima hari kemudian… Demam ibu semakin panas. Apa yang harus aku lakukan? Hendak menhubungi Doktor Halim, takut menyusahkan keluarganya walaupun Doktor Halim dengan arwah ayahku bersahabat baik tetapi aku tak nak menyusahkan Doktor Halim walaupun pada bila-bila masa sahaja jika ada masalah, Doktor Halim sudi membantu kami. Apakan daya, terpaksalah menghubungi Doktor Halim untuk memeriksa kesihatan ibuku.

            “Hello… Assalamulaikum, ini Doktor Halim ke?” aku segera menghubungi Doktor Halim.

            “Waalaikumsalam, Ain ke ni?” Doktor Halim membalas salam lalu menyakan siapa yang menghubunginya pada ketika ini.

            “A’ah. Ain ni. Doktor boleh datang rumah saya tak? Ibu saya demam tak surut-surut sejak lima hari berturut-turut ni. Risau saya,” ujarku sambil memberitahu tentang kondisi kesihatan ibu.

            “Ya Allah, teruk sangat tu. Baiklah, sekejap lagi pak cik datang ya. Ain…”

            “Ya? Ada apa lagi doktor?” soalku kembali.

            “Lain kali tak perlulah panggil saya doktor, panggil saja pak cik. Pak cik tak kisah,” Doktor Halim merendahkan dirinya kerana dia tidak beberapa selesa apabila orang terdekat panggilnya ‘doktor’.

            “Baiklah, Assalamulaikum. Eh… sekejap, jangan letak lagi. Ai nada benda nak cakap,” aku segera mematikan perbualan kami dengan segera kerana ingin melihat kondisi ibu.

            “Apa yang Ain nak cakap ni. Penting sangat ke?” soal Doktor Halim setelah aku menyuruhnya supaya tidak meletakkan telefon bimbitnya.

            “Sebenarnya… sebenarnya Ain dengan ibu dah pindah dari rumah,” ujarku dengan nada sedikit kegusaran di hati.

            “Pindah? Ain pindah kat mana? Kenapa Ain pindah?” soal Doktor Halim dengan penuh prihatin.

            “Hmm… kat pekan. Nanti Ain bagi alamatnya dan cerita kenapa Ain pindah ya, pak cik. Okeylah, assalamulaikum,” aku segera mematikan talian supaya Doktor Halim tidak menyakan lebih lanjut lagi tentang perpindahan ‘mengejut’ku ini.

            “Waa…alaikumsalam,” jawab Doktor Halim kembali seraya mengambil briefcasenya dan mengambil kunci keretanya lalu menyarungkan kasutnya.

            “Abang, nak ke mana tu?” soal Puan Irdina, isteri kepada Doktor Halim. Irdina merupakan seorang yang baik yang selalu menawarkan bantuan kepada kami sekerluarga.

            “Mak Ain sakit. Dah lima hari demam tak surut-surut,” ujar Doktor Halim sambil menyarungkan kasutnya dan pergi kea rah keretanya.

            “MasyaAllah. Kasihannya,” Puan Irdina amat bersimpati dengan keadaan ibuku.

            “Ir, sebenarnya… sebenarnya Ain dah pindah ke pekan,” ujar Doktor Halim dengan hampa sekali.

            “Sebab apa Ain tu pindah?” soal Puan Irdina dengan nada yang terkejut sekali.

            “Itupun abang tak tahu sebab apa si Ain tu pindah. Dahlah, abang nak pergi ni. Assalamulaikum,” ujar Doktor Halim lalu menghulur tangannya untuk disalami oleh Puan Irdina.

            “Waalaikumsalam. Memandu tu hati-hati tau,” lantas Puan Irdina menyalami tangan suaminya dan menasihati suaminya supaya memandu dengan berhemah.

            “Baiklah,” jawab Doktor Halim sambil tersenyum kea rah isterinya.

           

“AIN, mari sini pak cik nak cakap sikit,” Doktor Halim mengajak aku ke ruang tamu untuk memberitahu sesuatu.

            Aku turuti sahaja perintah Doktor Halim kerana ada sesuatu yang hendak dibincangkan. Mungkin perkara yang penting.

            “Pak cik rasa ibu kamu kena penyakit leukemia,” ujar Doktor Halim.

            Betapa aku terkejut apabila melihat penjelasan yang terpacul keluar dari mulut Doktor Halim. Benarkah kata-kata Doktor Halim itu? Takkanlah dia menipu. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi onak duri yang amat memeritkan ini.

            Tiba-tiba, air mata menitis sedikit demi sedikit dari tubir mata ini. Lantas, aku menyeka air mata tersebut dengan pergelangan tanganku.

            “Habis nak buat macam ni, pak cik ? Saya dah tak ada duit untuk pergi ke hospital. Duit semua dah habis dilesapkan oleh abang,” ujarku sambil menyeka air mata yang mengalir. Jika diingatkan peristiwa pada malam tersebut, aku amat sedih dan kesal dengan perangai buruk abang.

            “Itu tidak menjadi satu masalah. Pak cik akan tolong ibu kamu,” pujuk Doktor Halim sambil simpati dengan kehidupanku yang amat sempit ini.

            “Terima kasih, pak cik. Jasa pak cik takkan boleh saya terbalas. Pak ciklah orang yang paling baik sekali yang pernah saya jumpa. Terima kasih sangat-sangat, pak cik,” rasa terharu menyelubungi apabila mendengar bantuan daripada Doktor Halim.

            “Sama-sama,” ujar Doktor Halim sambil tersenyum melihat aku berterima kasih kepadanya.

            “Dan satu lagi pak cik nak tanya,” arah Doktor Halim. Ada apa dengan Doktor Halim ini?. Hatiku tertanya-tanya.

            “Kenapa kamu pindah? Cakap kat pak cik. Jangan sembunyi-sembunyi lagi. Mana tahu pak cik boleh tolong Ain,” pinta Doktor Halim.

            Tanpa segan silu, aku menceritakan satu persatu tentang perpindahanku ini. Selepas itu, aku menceritakan perangai sebenar abang dan penangkapan abang.

            Pada mulanya, Doktor Halim terkejut dengan perangai abang. Sangkanya, abang seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Tetapi pada hari ini, barulah di tahu perangai sebenar abang yang tersembunyi selama ini.

           

MENCARI kerja di pekan amat susah. Tetapi aku tawakkal dan terus berusaha untuk mencarinya. Aku kerja demi menangung kos  hospital ibu.

            Setelah seharian mencari pekerjaan, perasaan penat menguasai diri. ‘Ahh, penatnya. Tiada tempat kosong pun.’

            Pada keesokan harinya, aku telah mendapat kerja di sebuah gedung pakaian terkenal di pekan. Setiap bulan aku dapat RM 1500. Cukuplah untuk menanggung kos sara hidupku dan kos hospital ibu. Biar aku makan sedikit, asalkan ibu sihat seperti dahulu kala.

            Hari cutiku pada hari Jumaat dan Sabtu. Pada masa cutilah aku habiskan masa menjaga ibu di hospital. Aku belikan makanan dan lampin untuk ibu. Selepas sahaja ibu makan, aku akan menukarkan lampin ibu dan menukarkan pakaian baru pemberian hospital. Kini, ibu sudah tidak mampu untuk bangun kerana penyakitnya sudah tahap kronik. Itu satu masalah bagiku. Bagaimana harus aku lakukan?. Sudahlah duit banyak habis untuk membayar bil-bil hospital.

            Doktor pernah kata kepadaku, ibu mesti membuat pembedahan dengan secepat mungkin. Mana hendak mencari duit sebanyak RM15,000 dalam masa yang singkat ini. Hendak bergantung dengan keluarga Doktor Halim ?. Aku tidak mahu menyusahkan mereka.

TEPAT pukul 9.30 pagi pada hari Jumaat, 19 April 2007, ibu telah menghembus nafasnya yang terakhir. Pada ketika itu, dunia ini seolah-olah gelap serta-merta. Aku amat sedih dengan kehilangan ibu tersayang. Aku terpaksa terima hakikat yang ibu telah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya. Aku hanya mampu berdoa untuk dihadiahkan untuk ibu yang jauh di alam lain.

            Pernah satu malam, aku termimpi ibu datang dengan berpakaian putih lalu mempamerkan senyuman yang manis sekali. Aku yakin ibu aman di sana. Syukur, alhamdulillah. Aku berasa tenang kerana ibu tidak diseksa disana.

 

SEBULAN selepas kematian ibu, aku terima sepucuk surat yang mengandungi nama university terkemuka di Australia. Dengan perasaan terharu, aku lantas mengoyakkan sampul surat tersebut lalu membaca isi surat tersebut. Aku berasa gembira yang teramat kerana ditawarkan belajar di sana dan ditawarkan biasiswa daripada pihak JPA. Sebelum aku berangkat ke Australia, aku perlu menghadiri kursus pra-universiti di Universiti Putra Malaysia, UPM.

            Di UPM, aku telah berkenalan dengan Farah Nasuha. Seorang gadis bertudung sepertiku dan mempunyai budi pekerti yang tinggi. Dia merupakan seorang anak orang berada kerana setiap hari pemandu upahan ayahnya mengambilnya dengan menggunakan kereta yang berjenama. Kekadang, aku berasa cemburu dengannya. Tetapi aku sedar aku ini siapa dan Farah sudah mengerti tentang kepayahan hidup aku.

 

MENJEJAKKAN kaki di bumi Australia ini agak asing bagiku kerana budaya di Australia amat berbeza dengan budaya di Malaysia. Di sini, aku perlu menyuaikan diri dan menguruskan masa dengan bijak supaya masa itu emas. Ia amat berharga buat diriku.

            Farah memandang sekilas ke arahku yang hanya memandang pemandangan di kawasan sekitar Melbourne. Cantik sungguh permandangan di sini. Bersih dan nyaman sekali.

            “Kau first time ke datang kat sini?”soal Farah sambil menyandarkan tubuhnya di balkoni di rumah sewa kami yang terletak tidak jauh dari universiti kami untuk melihat pemandangan di sini.

            “Yalah. Aku tak kaya macam kau. Melancong ke mana-mana. Ada tak adapun balik kampung sajalah,” ujarku sambil asyik memerhatikan keindahan kawasan di Melbourne.

            “Nanti petang kita jalan-jalan sekitar kawasan sini. Nak tak? Alah aku belanja kau makan,” ajak Farah. Aku sekadar mengangguk sahaja seraya memasuki bilik tidurku untuk membersih dan menegemas diri lalu merebahkan tubuh ke tilam dan lalu tertidur kerana kepenatan berada di kapal terbang selama berjam-jam lamanya.
 

“AIN… oh…Ain” Farah mengetuk daun pintu bilikku.

            “Hmm… nak apa Farah?” soalku selepas tersedar dari terlena.

            “Nak jalan tak? Kalau nak, cepat bersiap dan solat asar sekali ya. Jangan lama-lama Lambat 15 minit, aku tinggal,” ujar Farah seraya membetulkan tudungnya yang kelihatan sedikit senget.

            Dengan kadar segera macam kilat, aku bangkit dari katil ke bilik air yang yang berdekatan dengan bilik tidurku dan menukar pakaian dan mengambil wuduk. Sebaik keluar dari bilik air, aku lantas mencapai telekung dan solat. Seusai berdoa, aku mengambil selendang lalu aku lilitkan dengan ringkas sekali. Lalu aku keluar dari bilik dan kelihatan Farah sedang menungguku.

            “Dah siap?. Jom,”ajak Farah seraya aku mengikut sahaja dibelakangnya.

GEMBIRA sungguh hatiku apabila dapat bersiar-siar di sekitar kawasan Melbourne ini. Cantik sungguh pemandangan di kawasan sekitar sini. Farah mengajak aku ke lading lavender di sana. Katanya di ladang lavender, bunga-bunganya sungguh wangi.

            Betapa aku terkejut apabila bertemu dengan Redza, anak Doktor Halim dan Puan Irdina. Redza juga merupakan rakan baikku sejak dibangku persekolahan lagi. Aku amat suka berkawan dengannya kerana sanggup mempertahanku apabila aku dicerca oleh rakan-rakan lain. Pernah satu ketika, dia telah memukul Hisyam, anak kepada mak cik Bedah kerana menghina aku ‘anak pengedar dadah terkenal di kampung Seri Sirusa’. Dengan amarah menguasai diri, Redza tidak teragak-agak menumbuknya sehingga Redza dan Hisyam diheret ke bilik disiplin kerana bergaduh. Tanpa segan silu, Redza memberitahu kebenaran dan punca Redza menumbuk Hisyam. Nasib menyebelahi Redza kerana Redza tidak didenda dan Hisyam didenda sebat di punggung sebanayak 12 kali oleh ketua pengawas SMK Seri Melati yang disaksikan oleh mata-mata beberapa orang guru. Sejak peristiwa tersebut berlaku, tiada sesiapa lagi berani mencerca aku termasuk Hisya. Aku berasa aman sangat pada ketika itu.

            Redza juga terkejut apabila bertemu denganku secara tidak sengaja. Lalu salam diberi sebagai pembuka kata.

            Lalu aku memperkenalkan Farah kepada Redza. Redza menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi Farah tidak membalasnya kembali kerana bukan muhrim. Aku puji sifat Farah yang alim waimapun dia datang dari keluarga yang berada.

            Aku diajak bersiar-siar dalam ladang lavender. Wangi sungguh bunga lavender ini. Sebagai cenderahati, Redza dengan rela hati membelanja kami bunga lavender tanda persahabatan kami bertiga bermula.

 

TANGGAL 12 November 2013,hari Selasa merupakan hari pertama aku menuntut di Universti Monash dalam bidang perakaunan. Aku menuntut selama 6 tahun sahaja kerana mengambil ijazah sarjana muda dan sekembalinya di Malaysia, aku berkhidmat sebagai pendidik kampung halamanku. InsyaAllah…

            Sepanjang aku menuntut di Australia, aku telah melupakan segala episod hitam kehidupanku di Malaysia tentang abang, tentang arwah ibu dan segalanya!. Walaupun rakan-rakan lain ada masa untuk berhibur, aku pula sibuk menelaah pelajaran supaya sentiasa ingat dan tidak lupa dek putaran masa yang mencabar ini.



 
ENAM tahun kemudian…
            Aku berjaya menggengam bukan satu tetapi dua ijazah di tangan. Jika arwah ibu masih hidup, ibu amat gembira dengan kejayaan aku. Tetapi apakan daya, aku hanya menumpang gembira keluarga Farah sahaja. Aku amat selesa dengan keluarga Farah kerana menerimaku dengan seadanya walaupun mereka dalam golongan berada.
             Kini, kesedihan dan kepayahan hidupku selama ini telah berarak pergi. Mendung yang gelap telah pergi jua akhirnya!.
            Pada keesokan harinya, aku akan pulang ke Malaysia dengan perasaan rindu terhadap kampung halaman. Aku amat merindui rumahku di kampung. Setelah setahun aku tinggalkan rumah tersebut,
 
SESAMPAINYA di rumah, aku terus mengambil penyapu lalu menyapu lantai rumah yang agak berhabuk. Selepas itu, aku mengambil kain basah dengan mengelap meja-meja di dalam rumah yang sudah kelihatan berhabuk.
            Keesokkan harinya, aku membersihkan halaman rumah. Tiba-tiba, aku didatangi Puan Irdina lalu Puan Irdina mengucap atas kejayaanku dalam pelajaran. Aku tak sangka Redza juga mengikut jejak langkah ayahnya, Doktor Halim. Redza telah berjaya menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan di universiti yang sama sepertiku.
            Aku menjemput Puan Irdina masuk ke dalam rumah tetapi Puan Irdina menolaknya. Katanya, banyak kerja yang menantinya di rumah. Sebaik sahaja Puan Irdina berlalu pergi, aku menyiapkan baki-baki kerja yang tergendala sebentar tadi. Sekejap lagi hendak pergi ke kedai runcit untuk membeli lauk untuk masak pada tengahari nanti.
            Sesampai sahaja di kedai runcit, kelihatan mak cik Bedah dan rakannya, mak cik Idah sedang rancak berbual. Aku tahu mereka sedang mengata aku. Aku pun berasa pelik. Sampai bila mereka sanggup menanggung dosa mengumpat dan fitnah. Aku berharap sangat mereka berubah pada satu hari nanti.
           
PERUTKU sudah berbunyi yang membawa petanda bahawa aku telah kelaparan. Dengan kadar segera, aku menyiapkan bahan masakan dan memasak untuk dijadikan lauk.
            Seusai makan tengahari, aku duduk sebentar di ruang tamu. Pandanganku terjatuh pada bingkai gambar keluargaku. Pada ketika itu, arwah ayah masih hidup lagi dan aku masih berusia setahun lebih. Tiba-tiba, mutiara jernih menitis sedikit demi sedikit dari tubir mata ini. Aku sedih kerana satu persatu ahli keluargaku pergi. Aku rasa seolah-olah nyawaku ditarik separuh pergi.
            Namun, aku reda dengan ketentuan Allah. Aku yakin akan setiap musibah ada hikmah disebaliknya.
            Kedengaran nada isyarat mesej di iPhone milikku. IPhone adalah pemberian Farah untukku semasa hari jadiku yang ke 20 tahun. Aku berasa gembira kerana dapat memakai telefon bimbit berjenama walaupun pemberian kawan baikku. Aku akan jaga iPhone ini sehingga hujung nyawa.
            Dengan kadar segera, aku mencapai telefon bimbitku dan membuka peti mesej telefon bimbitku. Mesej dari Redza?. Hendak berjumpa dengan aku di rumahnya?. Tidak marahkah Puan Irdina nanti?.
 
WAKTU pagi yang aman. Burung berkicauan di langit. Aku bangkit apabila azan kedengaran. Seusai bersarapan, aku mengemaskan diri untuk bertandang ke rumah Doktor Halim. Apa yang Redza hendak bincangkan sehingga menyuruh aku datang ke rumahnya?. Ini mesti ada hal yang penting.
            Seusai aku keluar dari perut teksi, aku disambut oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal rumah Doktor Halim.Aku hanya berbalas senyuman kepada pengawal keselamatan tersebut.
            “Ain, kenapa tak cakap kat aunty yang Ain nak datang rumah aunty? Kalau tak boleh aunty siapkan sarapan,” Puan Irdina menyambutku dengan mesra sekali.
            “Ain, aunty dengan pak cik nak berbincang
sesuatu,” suspen aku terhadap Puan Irdina ini. Perkara apa yang hendak dibincangkan? Penting sangat ke?
            Aunty ingat nak satukan kamu dengan Redza. Aunty tahu Redza dah anggap kamu macam adiknya memadangkan dia tak ada adik-beradik. Boleh tak, Ain?. Tak apa, aunty bagi masa untuk kamu fikirkan lamaran aunty tu. Tapi jangan melebihi sebulan tau?!” panjang berjela sungguh Puan Irdina menyampaikan hajatnya.
            “Nanti Ain fikirkan,” ujarku sambil tersenyum kelat seraya menghirup teh dan mengigit sedikit donut yang disediakan oleh Mak Ima, pembantu rumah Puan Irdina dan Doktor Halim.
            “Redza mana aunty? Dari tadi Ain tak nampak pun,” soalku seraya melihat kawasan sekeliling rumah banglo dua tingkat milik Doktor Halim dan Puan Irdina.
            “Oh… Dia pergi kursus induksi kedoktoran di Melaka. Esok baru dia balik,” ujar Puan Irdina dengan panjang lebarnya.
            “Mintak-mintak, dapatlah cepat kerja dia tu,” ujarku sambil tersenyum.
            “Tapikan aunty…” tergagap aku hendak menyambung perkataan yang seterusnya.
            “Tapi apanya, Ain?” soal Puan Irdina kepadaku.
            “Dia mesej Ain semalam yang dia nak jumpa Ain kat rumah dia,” soalku sambil membuka peti mesej di iPhoneku.
            “Oh, maaflah. Aunty yang suruh dia mesej kat Ain suruh datang ni,” Puan Irdina memohon maaf seraya memberitahu tentang tujuannya meyuruh Redza menghantar SMS kepadaku.
            “Ohh… tak mengapalah. Ain tak kisah,” ucapku sambil tersenyum kelat kepada Puan Irdina.
 
MEMIKIRKAN tentang lamaran Puan Irdina pada siang tadi membuatkan hatiku tidak keruan. Hendak terima atau tidak?.
            Tanpa berfikir panjang, aku menuju ke bilik air lalu mengambil wuduk untuk solat isyak memandangkan sudah masuk waktu. Seusai solat isyak, aku bercadang untuk menunaikan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk dari Yang Maha Esa supaya menerima lamaran Puan Irdina pada tempoh masa yang lalu.
 
BANGKITNYA aku daripada tidur, aku segera pergi mengambil wuduk memandangkan waktu subuh sudah suam-suam kuku sahaja.
            Selepas sahaja menunaikan solat subuh, aku tiba-tiba sudah terfikir untuk menerima lamaran Puan Irdina. Perkara baik buat apa hendak ditangguhkan lagi. Mungkin jodohku dengan Redza sudah sampai. Jodohnya yang datang dari Allah hanya sekali dalam hidup.
            Lalu, aku mencapai telefon bimbitku dan menelefon Puan Irdina tentang keputusanku ini. Dengan nada ceria yang terbit dari pertuturan Puan Irdina, membuatkan aku bahagia kerana sudah menggembirakan hati seorang yang istemewa yang bernama ibu.
 
“MACAM mana, ma? Ain terima ke lamaran Redza tu?” soal Redza dengan wajah penuh harapan.
            Puan Irdina sekadar menggangguk sahaja sambil tersenyum kerana calon menantunya telah menerima lamarannya dengan ikhlas dan rela hati.
            “Alhamdulillah, tak salah mama pilih calon menantu. Dahlah baik, tak pernah tinggal solat pula tu,” puji Puan Irdina sikapku yang tidak skua meninggalkan solat walau sesibuk manapun aku dalam sesuatu perkara.
            “Redza ingat bulan depan Redza nak nikah dengan Ain. Kenduri tu bila-bila masa kita boleh buat. Kenduri doa selamatpun boleh jugak, ma. Redza tak kisah asalkan nikah itu penting,” cadang Redza.
            “Bagus juga idea kamu tu. Esok, mama suruh Ain datang kasi semua settle,” ujar Puan Irdina.
 
DENGAN sekali lafaz sahaja, aku sah bergelar isteri kepada Muhammad Redza bin Halim. Aku berasa amat gembira kerana sudah bergelar isteri kepada insan  yang aku cintai selama ini.
            Selepas sahaja upacara membatalkan air sembahayang, maka tamatlah majlis pernikahan kami yang bertempat di Masjid Melati, Kluang. Kami segera dibawa ke meja makan pengantin untuk santapan sebagai penutup majlis pernikahan kami. Selesai sahaja bersantap, para tetamu bersurai.
 
MALAM pertama bersama dengan seorang lelaki yang bernama suami ini agak kekok kerana seumur hidupnya hanyalah tidur berseorangan sahaja. Kini, aku terpaksalah berkongsi hidup dengan Redza, suamiku.
            Redza masuk ke dalam bilik lalu merebahkan badannya di sebelah aku. Aku diam membatu kerana rambut aku yang ikal mayang dielus lembut oleh jari milik Redza. Sambil enak mengelus rambutku, dia telah berkata kata ‘keramat’ kepadaku.
            “Abang akan sayangi Ain sampai syurga. Ainlah cinta pertama dan terakhir abang. Abang akan lindungi Ain dan anak kita. InsyaAllah,” ucapan lunak terbit daripada bibir mungil milik Redza.
            “Terima kasih, abang. Kini, abanglah pemilik tulang rusuk Ain. Ain akan jaga abang dengan kudrat yang ada ini. Tapi satu sahaja yang minta…” pintaku untuk berkerja kepada Redza.
            “Apa Ain? InsyaAllah, abang akan izinkan,” ucap Redza.
            “Kalau dah dapat jadi cikgu kat sekolah, abang izinkan tak? Tolonglah, Ain berharap sangat nak jadi cikgu pada satu hari,” pintaku dengan bersungguh-sungguh.
            “Tak boleh…” gurau suamiku sambil tersenyum apabila melihat telatah comel aku.
            “Jahat abang. Kalau macam tu, Ain tak nak kawan,” rajukku sambil memuncung mulutku.
            “Alah, comel sangatlah buat mulut macam itik tu. Okeylah, abang izinkan tapi jaga batasan. Awak tu isteri saya. Faham tak?” akhirnya suamiku mengizinkan jua permintaanku ini.
            “Terima kasih, abang. Sayang abang,” ujarku sambil memeluk tubuh tegap milik Redza. Aku gembira kerana berada dalam dakapan Redza. Aku merasakan dunia milik kami berdua.
 
MERENUNG pada beberapa pucuk surat yang kini berada di atas meja kerja milik Redza. Satu persatu surat aku buka. Semuanya surat tentang pekerjaan doktor untuk Redza. Akhir sekali, aku membuka surat yang terakhir.
            Jantung ini seolah-olah mahu terloncat keluar apabila aku ditawarkan mengajar di… SMK Seri Melati? Tempat sekolahku ketika kecil dahulu. Aku ditawarkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Prinsip Perakaunan.
            “Ain, kenapa ni sayang?” soal Redza seraya melihat aku menitiskan air mata kegembiraan kerana ditawarkan mengajar.
            “Cuba abang ni,” aku menunjukkan surat tawaran mengajar di SMK Seri Melati.
            Redza sekadar tersenyum sahaja lalu mengambil surat-surat yang lain yang telah dibuka olehku.
            “Alhamdulillah. Abang juga diterima bekerja di Klinik Kesihatan Kampung Seri Sirusa ni,” Redza teruja kerana pekerjaan yang diidamkan selama ini telah termakbul. Aku turut tumpang gembira atas kejayaan suamiku ini.
 
HARI  pertama aku berkhidmat di SMK Seri Melati agak keletihan kerana aku mesti mengisi banyak borang dan berkenalan staf-staf di sekolah tersebut. Pada mulanya aku berasa kekok, tetapi lama- kelamaan aku sudah terbiasa kerana alah bisa, tegal biasa. Aku berazam untuk melakukan yang terbaik di dalam pekerjaanku ini.
            Sewaktu mengajar subjek Bahasa Inggeris di kelas 3 Merah, badanku ini berasa tidak sahaja. Setelah meminta kebenaran untuk keluar daripada pelajar-pelajar kelas 3 Merah untuk ke tandas, aku termunta-muntah di dalam mangkuk tandas.
             Aku berasa hairan kerana seumur hidup aku tidak pernah muntah pada waktu pagi-pagi ini. Aku teringat kata-kata orang tua, muntah pada waktu sebegini membawa petanda bahawa seseorang itu sedang mengandung.
             Entah-entah… aku mengandung? Eh… tidak mungkin. Baru sebulan aku bernikah dan minggu lalu keluarga kami menjalani kenduri doa selamat bagi meraikan pernikahan kami. Mana mungkin aku mengandung?.
            Sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi menandakan bahawa waktu persekolahan telah tamat, aku segera ke tempatku di bilik guru dan mengambil buku-buku pelajar untuk dibawa pulang untuk ditanda di rumah kemudian. Selepas itu, aku ke kereta Almera hasil pemberian suamiku dengan kadar segera kerana langit sudah kelihatan mendung. Ketika di dalam kereta, aku bercadang untuk ke farmasi berdekatan dengan sekolah untuk membeli alat pengesan kehamilan.  
            Seusai keluar dari farmasi, hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik membawa sekali payung kecil di dalam beg tanganku ini. Lantas aku berlari anak menempuh hujan yang lebat dengan menggunakan payung yang sudah dibuka. Nasib baik aku bertudung, jika tidak pasti kepalaku ini menjadi mangsa tempias hujan. Sesampai di kereta, aku segera menutup pintu pemandu kereta dan menghidupkan enjin kereta.
            Aku sampai ke rumah terlewat sedikit kerana terpaksa menempuh kesesakan jalan raya kerana jalan raya agak licin sedikit. Ibu mertuaku setia menungguku dan gembira dengan kepulanganku ini.
            “Ain, kenapa balik lambat sangat? Dah lama mama tunggu Ain, kalau tunggu si Redza, sampai malam pun mama tak makan,” soal Puan Irdina yang kini sudah bergelar mentuaku. Namun, Puan Irdina tidak mempunyai besan kerana ibu ayah telah lama pergi.
            “Oh… Ain singgah kedai kejap.” ujarku dengan senyuman yang dibuat
-buat.
            “Ain beli apa tu?” lantas tangan ibu mentuaku mencapai plastik farmasi yang terletak di sebelahku. Aku segera mengambil plastik tersebut sebelum ibu mentuaku sempat mencapainya. Aku tidak mahu apa yang aku beli tadi.
            “Ain beli apa tu? Secret sangat ke sampai mama pun tak boleh nak sentuh,” syak mama.
            “Tak ada apalah, ma. Barang-barang untuk mengajar,” bohongku supaya mama tidak mengesyaki sesuatu.
            “Betul ke ni?” soal mama lagi dengan nada yang begitu seriusnya.
            “Betul,” bohongku lagi.
            Mama sekadar tersenyum sahaja sambil menyuruh aku mandi kerana badan aku telah basah akibat tempias air hujan.
 
HATIKU gembira teramat kerana sangkaanku ini betul. Aku telah mengandung apabila ternampak dua line merah yang ditunjukkan oleh alat pengesan kehamilan tersebut.
            ‘Nak cakap ke tak?’ hatiku tertanya-tanya. Kalau cakap, pasti mamalah orang pertama yang gembira bahawa dia akan mendapat cucu dan bergelar nenek.
            Disebabkan malu hendak memberitahu perkara yang sebenar, aku letakkan sahaja alat pengesan kehamilan di singki sahaja. Biarlah Redza sendiri tahu tentang berita ‘keramat’ ini.
 
TERBIT sudah wajah gembira Redza apabila melihat alat pengesan kehamilan di atas singki. Aku buat-buat tahu sambil menonton drama kegemaranku yang sedang ditayangkan kaca televisyen di dalam bilik.
            “Kenapa Ain tak nak bagitahu abang yang Ain mengandung?” soal Redza dengan nada yang serius.
            “Saja… Kasi surprise sikit,” jawabku acuh tidak acuh.
            “La… itu ke yang Ain cakap surprise sangat tu,” jawab Redza sambil tersenyum melihat alat pengesan kehamilan tersebut. Betapa gembira hati Redza kerana tidak lama lagi akan bergelar seorang bapa!. Terima kasih, ya Allah!.
            Aku mengerling ke arah Redza yang asyik melihat alat pengesan kehamilan tersebut. Aku gembira kerana dapat menghadiahkan suami aku zuriat yang tidak disangka akan hadir dalam
rahimku ini. Walaupun aku tidak mampu menghadiahkan suami aku sebuah hadiah yang agak mahal, cukuplah sekadar zuriat in sebagai hadiah yang tidak terhingga buat diriku.
 
BAGAI telur di hujung tanduk, aku rasa teramat sakit yang sukar digambarkan untuk melahirkan anak kembar tigaku ini. Beginikah sakit ketika arwah ibu dahulu melahirkan aku dan abang? Aku tidak dapat menggambarkan betapa sakitnya melahirkan anak kembar tigaku ini.
            Doktor mengesahkan bahawa aku telah melahirkan seorang bayi lelaki dan dua orang bayi perempuan. Betapa gembiranya Redza apabila doktor mengatakan bahawa kondisi ibu dan anak dalam keadaan selamat dan tiada satu nyawa yang melayang pergi.
            “Sayang, inilah anak kita,” ujar Redza sambil memeluknya. Lalu Redza mengazankan anak lelakiku dahulu dan kemudiannya, mengiqamatkan kedua-dua anak perempuanku.
            Terbitlah sinar bahagia dalam diri ini dengan ketiga-tiga cahaya mata ini. Secara automatiknya, aku telah melupakan segala peristiwa-peristiwa pahit yang lalu dan menempuhi fasa-fasa bahagia bersama keluargaku dan ketiga-tiga cahaya mataku ini.
            Sebaik sahaja Redza mengazankan anak lelakiku, aku segera mengambil permataku dari dukungan suamiku lalu menciumnya dengan penuh kasih sayang. Selepas menciuminya, aku meletakkan katil bayi yang terletak di sebelah katilku ini.
            Seusai Redza selesai mengiqamatkan anak keduaku, aku mengambilnya dan tersenyum. Mukanya ada iras-iras arwah ibu dan wajah Redza. Selepas aku menciuminya, aku segera menyerahkannya kepada mama dan papa yang sedang duduk di kerusi tetamu yang terletak di sebelah kanan dan kiri katil hospital.
            “Ain! Kau tak cakap kat aku pun yang kau dah kahwin. Sanggup kau!” kedengaran satu suara memecah kesunyian wad. Farah!. Kawan baikku!.
            “La… aku kahwin tak buat besar-besaran mana pun. Itupun setakat kenduri doa selamat je. Kau ni pun satu, time aku kahwin tu, masa tulah ada kerja kat oversea sana,” selorohku sambil menyerahkan anak lelakiku kepada Farah.
            “Comel macam maknya. Kau ni ada berapa anak hah?” soal Farah seraya melihat tiga katil bayi di dalam wad.
            Aku menunjukkan tiga jari tandanya aku mempunyai tiga anak.
            “Tiga?!. Fuyoo… cayalah kau ni,” seloroh Farah.
            “Rezeki, Farah. Kau tu bila nak kahwin?” soalku kembali.
            “Sebenarnya… minggu depan aku nak kahwin. Ingat nak jemput kau, tapi kau tengah sakit ni, aku rasa tak payahlah. Biar saja aku send gambar kahwin aku nanti,” ujar Farah sambil duduk di birai katil.
            “Tahniah…” ujarku sambil gembira apabila Farah akhirnya kahwin juga.
            Thanks, kawan,” ujar Farah seraya memelukku tanda persahabatan kami yang kekal utuh walaupun telah lama berpisah atas urusan kerja masing-masing.
 
AKU sedang khusyuk membelek senarai nama untuk anak-anakku ini. Semua senarai nama tersebut semuanya tersedia daripada Redza. Dalam hati, aku ingin memberi nama anak perempuanku Nurul Fathia Nashiha dan Nurul Farinah Asyiqin kerana sejak kecil lagi aku idamkan nama-nama tersebut untuk diberikan kepada anakku kelak nanti. Manakala, anak lelaki pula aku suruh Redza sahaja untuk memberinya. Kata Redza, dia hendak memberi nama Muhammad Izzul Islam kerana maksudnya adalah kemuliaan Islam. Katanya lagi, dia teringat akan rakannya sepejuangannya ketika belajar di Melbourne ketika dahulu. Namun, usianya tidak panjang kerana rakannya telah kembali ke rahmatullah lebih awal kerana menghidapi penyakit leukemia jenis limfoblastik sejak dia kecil lagi. Penyakit yang dihidapi oleh rakannya sama seperti penyakit yang dihidapi oleh arwah ibu ketika dahulu.
            Jika ibu masih hidup lagi, dapatlah dia menyambut kelahiran cucu sulungnya. Aku dapat membayangkan betapa gembiranya raut wajah ibu ketika menyambut kelahiran cucu sulungnya. Namun, Allah lebih menyayangi ibu.
 
SEBAIK selesai 100 hari, aku dan Redza rehat sedikit kerana ketiga-tiga anakku tidak membuat ragam lagi. Jika tidak, penat dibuatnya. Dahlah Redza bekerja on call sahaja, anak-anak kceil ini pula membuat ragam. Tak cukup tangan dibuatnya. Terpaksalah mama dengan papa menjaganya ketika aku hendak ke bilik bagi membuang hajat.
            “Ain, lama lagi ke?. Ni si Iesha dah merengek ni,” laung mama dari luar bilik air sambil mengetuk daun pintu bilik air.
            “Kejap…kejap…” sahutku apabila mendengar mama laung daripada luar bilik air.  Kedengaran suara rengekan Izaara Aliesha yang meminta susu daripadaku.
            Selepas sahaja keluar daripada bilik air, aku mengambil Aliesha dan membawanya ke bilik untuk disusui. Aliesha terlena sebaik sahaja kekenyangan selepas minum susu yang terhasil daripada badanku. Sungguh hebat ciptaan Allah kerana Dia telah mencipta uri ketika bayi di dalam kandungan dan selepas lahir, Dia telah member susu yang terhasil daripada badan ibu. Aku bersyukur kerana dikurniakan zuriat penyeri hidupku dan mampu mengusir segala kenangan pahit lalu.
 
TAHUN pertama raya membawa 1001 erti kegembiraan dalam hidupku kerana aku beraya bersama-sama keluarga ‘baru’ aku sendiri. Lebih menceriakan lagi keadaan apabila dikurniakan kembar tiga. Bagiku, raya tahun ini amat membahagiakan sanubari ini.
            Seusai mengambil gambar keluarga, kami ke dapur untuk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan olehku, mama dan mak cik Leha, pembantu rumah mama dan papa.
            Selepas sahaja kami sekeluarga menjamu selera,tiba-tiba sahaja aku dikejutkan satu ketukan pada pintu dapur rumah milik mama dan papa. Nasib baik aku dan mak cik Leha pada ketika itu. Dengan keberanian yang ada, aku membuka pintu tersebut.
“Abang Am?! Sejak… bila abang ada kat sini?” betapa aku terkejut kerana terjengul wajah insan yang paling aku benci di dunia ini.
            Dengan hati yang penuh kesakitan, aku menutup daun pintu tersebut. Tetapi usaha aku hanyalah sia-sia sahaja, pintu tersebut ditolak kasar oleh tangan tegap milik abang.
            “Ain… dah tak sayangkan abang lagi ke?” penuh sayu suara yang abang tuturkan ketika menyoal aku.
            “Buat apa Ain nak sayang orang macam abang ni? Pembawa malang!,” sindirku dengan amarah yang mula membara jiwaku ini.
            “Ain… percayalah abang dah insaf. Tolonglah… maafkan semua kekhilafan abang terhadap Ain dan ibu,” abang merayu. Aku mengerling wajahnya yang sayu tersebut. Ingin sekali aku memberitahunya bahawa ‘Ain telah maafkan segala dosa abang’ tetapi terpaksa menahan niat tersebut kerana ingin menghukum abang yang terlalu banyak membawa kesusahan dalam hidupku dan arwah ibu.
            “Nasi sudah menjadi buburlah, abang Am. Ibu dah tak ada!. Abang Am faham tak, ibu dah tak ada?”
            “Ain bohong…”
            “Ain tak bohong. Itulah kenyataannya,” ujarku seraya menggelengkan tanda membangkan apa yang diujarkan oleh abang tadi.
            “Tak apa, esok Ain tunjukkan kubur ibu…”
            “Ain sayang, cakap dengan siapa tu?” terdengar satu suara menyelangi perbualan kami berdua.
            “Ilham, kau nak apa kat sini? Cukup-cukuplah kau menyusahkan hidup Ain,” sindir Redza seraya menjeling kea rah Ilham.
            “Kali ini aku takkan menyusahkan hidup Ain lagi. Aku janji,” ujar abang sambil mengangkat tangan kanannya.
            “Tak guna berjanji kalau janji tu dimungkiri oleh insan-insan macam kau!” sindir Redza lagi kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata abang.
            Abang kehilangan kata-kata untuk membidaskan kembali kata-kata Redza tadi. Dia sedar dosa-dosa yang lampau dahulu. Kini, aku amati daripada air mukanya bahawa dia telah berubah ke arah kebaikan daripada arah kejahatan.
            “Abang dahlah tu, ini antara Ain dengan abang Am. Abang tak payah risaulah,” pujukku seraya menyuruh Redza menjaga anak-anakku yang asyik bermain dengan datuknya di ruang tamu. Redza turuti sahaja perintahku.
            “Datang esok dalam pukul 8. Jangan lambat,” arahku sambil memberitahu waktu untuk bertandang. Esok, aku berjanji pada abang untuk melawat makam ibu.
 
KAWASAN perkuburan yang agak sunyi walaupun didatangi oleh ramai orang untuk menziarahi ahli keluarga mereka yang telah pergi menghadap Allah buat selama-lamanya. Suasana kawasan kelihatan bersih kerana setiap hari ada sahaja pekerja penggali kubur membersihkan kawasan perkuburan tersebut. Kelihatan bunga kemboja menghiasi dua batu nisan ibu.
             Sesampai sahaja di kubur ibu, hatiku dipalu sayu kerana sudah lama tidak menziarahi kubur ibu sebaik sahaja aku menikah dengan Redza. Hampir setahun lebih aku tidak menziarahi kubur ibu. Tetapi tanah kubur ibu kelihatan kemerah-merahan. Aku yakin ibu aman di sana.
            Jelas kelihatan wajah penuh keinsafan abang apabila menziarahi dua nisan terkapar mati di sana. Ya Allah, damaikanlah bonda di sana, tempatkanlah bonda dalam golongan orang-orang yang dikasihiMu, ya Allah.
            “Ibu, maafkan Ilham. Am tahu Am dah buat banyak sangat dosa kat ibu. Ampunkan Am, ibu…” abang menangis teresak-esak sambil mendakap bahagian kepala batu nisan tersebut.
            “Abang Am… ibu dah lama maafkan semua salah abang Am dan Ain… Abang Am doalah banyak-banyak supaya ibu aman di sana,” pujukku sambil memaut bahu abang yang kelihatan begitu sedih dan hampa kerana tidak sempat berjumpa dengan ibu untu memohon kemaafan kepada ibu.
            Teringat akan hari-hari terakhir hidup arwah ibu. Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk berjumpa abang yang ketika itu di dalam penahan Penjara Kajang. Ibu juga telah memaafkan segala kesalahan aku dan abang. Aku juga telah memaafkan segala kesalahan ibu.
           
REDZA memandang wajahnya yang agak bengis dan menakutkan. Pasti ada sesuatu perkara yang telah membangkitkan kemarahannya.
            “Ain pergi mana tadi?” agak kasar Redza menyoalku. Aku diam kaku tanpa sebarang jawapan yang mampu terucap.
            “Cakap!!!” herdik Redza kerana aku diam tidak berkutik sejak daripada tadi.
            “Ziarah kubur ibu sekejap…” jawabku dengan nada yang agak ketakutan. Ya Allah berilah aku kudrat untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Redza.
            “Dengan Ilhamkan? Dah cukup-cukuplah dia menyusahkan hidup Ain. Ain tak serik lagi ke?” soal Redza dengan kesal apabila mendapat tahu aku melawat ke kubur ibu dengan abang.
            “Suka hati abanglah nak kata apa-apapun, yang penting abang Am tu masih adik-beradik Ain walaupun dulu dah banyak kesalahan…” ujarku dengan nada begitu sayu.
            “Maksud Ain, Ain dah maafkan Ilham kan?” Redza menyoal kembali.
            Aku sekadar mengangguk lemah sahaja. Air mata jua gugur dari tubir mataku ini.
            “Ya. Ain dah maafkan dia. Ain dah tak mahu simpan dendam lagi terhadap sesiapa. Cukuplah selama ini Ain bencikan abang Am”
            Redza sekadar diam membatu. Ada betulnya juga apa yang aku katakana sebentar tadi. Ya, aku sudah tidak mahu lagi menyimpan sebarang dendam terhadap sesiapa kerana siapalah kita di sisi Allah? Kita hanyalah hamba Allah yang kerdil dan terlalu banyak dosa terhadap-Nya. Aku berjanji supaya menjaga hati ini daripada segala sifat-sifat mazmumah yang mampu merosakkan amalan seseorang itu.
            Pernah aku terbaca buku La Tahzan, yang membawa maksud jangan bersedih hasil karya Dr. Aidh’ bin Abdullah Al-Qarni, pernah menyatakan bahawa si pendengki lebih teruk daripada di dengki di dunia ini. Aku tidak mahu termasuk dalam golonga-golongan tersebut kerana ia akan meremehkan segala kenikmatan yang aku nikmati selama ini dan mampu menghilangkan segala sifat-sifat mulia peribadi seseorang. Aku tidak mahu semuanya berlaku kembali! Tidak mahu!.
            “Kalau macam tu, lepas ni Ain takkan jumpa dengan abang Am lagi sepertimana abang yang hendakkan. Ain hormat keputusan abang tu,” aku sudah menyerah di tangan Redza kerana syurga aku terletak di bawah kaki suamiku.
            “Ain, maafkan abang kalau abang tak kasi Ain jumpa dengan abang Am. Abang bukan apa, abang tak nak apa-apa berlaku kat Ain”
            “InsyaAllah, Ain pandai jaga batas diri Ain. Percayalah,” ujarku dengan penuh ketenangan sambil menyentuh wajah mulus Redza.
            Kami saling berpandangan dan membalas senyuman. Kini, kebahagiaan yang aku cari selama ini telah tercapai.
 
“USTAZAH Mardhiah,” sahut Ilham dari kejauhan apabila terlihat Ustazah Mardhiah yang baru sahaja keluar daripada Surau Kampung Seri Sirusa selepas satu usrah untuk kaum wanita yang diadakan oleh pihak surau.
            “Ya, encik Ilham. Ada apa yang boleh saya bantu?” lemah lembut sahaja pertanyaan Ustazah Mardhiah tersebut. Sesiapa yang mendengarnya, pasti terjatuh hati dengan kelunakkan suara milik Ustazah Mardhiah.
            “Sebenarnya… sebenarnya…” tergagap Ilham untuk menyebut kata-kata yang telah lama terbuku dalam hati.
            “Cakaplah, saya sudi mendengarnya,” ucap Ustazah Mardhiah dengan lemah-lembut sekali.
            “Bagaimana untuk memohon kemaafan daripada seorang wanita. Contohnya, adik kita sendiri,” soal Ilham kembali.
            “Encik ada buat salah kat adik encik…” Ustazah Mardhiah menyoal.
            “Eh… ustazah, tak perlulah berencik-encik ni. Panggil saja Am. Itu pun cukup bagus dah bagi saya,” Ilham merendahkan dirinya sendiri. Sesungguhnya, dia tidak begitu selesa dengan panggilan ‘encik’ tersebut.
            “Baiklah. Cuba Am cakap kat saya. Mana tahu, saya boleh pujuk adik Am tu,” soal Mardhiah yang sedia mendengar permasalahan Ilham.
            Dengan kudrat yang ada, Ilham menceritakan segala kisah hidupnya yang dahulunya betapa jahilnya dirinya, penahannya di penjara Kajang selama 5 tahun, itu atas belas kasihan Yang di-Pertuan Agung kerana perubahan drastiknya ke arah kebenaran ketika di penjara. Pada mulanya, Mardhiah begitu terkejut dengan sikap Ilham yang dahulunya jahil dan gembira dengan perubahan kini Ilham. Alhamdulillah…
            “Am kena minta maaf dengan adik Am bersungguh-sungguh sampai dia menangis dan angguk kepala dia kerana hati perempuan ini lembut dan agak sensitif dengan persekitaran yang berlaku. Lepas tu, Am kena cakap yang Am dah berubah kerana ALLAH sebab apa-apa yang kita buat mestilah diniatkan kerana Allah. Itulah sebaik-baiknya,” Ustazah Mardhiah mula memberi sedikit saranan kepada Ilham cara-cara untuk memujuk hati seorang perempuan.
            Ilham sekadar mengangguk sahaja dan sekali-sekala dia memejamkan matanya kerana dia tidak mahu terpikat dengan kecantikan dan kemanisan wajah mulus milik Ustazah Mardhiah.
            Ustazah Mardhiah terkenal dikampungnya kerana biacaranya ketika memberi usrah ataupun sedikit ceramah agama tentang wanita sahaja. Kekadang, Ilham ada juga curi-curi mendengar ceramah tersebut kerana sudah terjatuh hati pada keayuan Ustazah Mardhiah! Astaghfirullahazim… Am istighfar Am… Ini boleh menyebabkan zina mata!
            “Am?” soal Mardhiah setelah habis bicaranya tadi. Dia terlihat Am telah berangan jauh seolah-olah orang sedang angau!
            Telepak tangan Mardhiah dihayunkan sedikit di hadapan mata bundar Am. Amboi Am, dah angau benar!
            “Ya, dah habis ke?” termangu-mangu Am menyoal Mardhiah. Wajah Mardhiah berkerut seribu.
            “Am, ada apa-apa ke?”
            “Eh… tak ada apa-apalah,” ujar Am sambil tersengih memandang ke tempat yang lain.
            “Lagi satu, jangan buat dia menangis lagi,” saranan Mardhiah dengan penuh berhikmah.
            Selepas perbincangan antara mereka selesai, Ustazah Mardhiah meminta izin untuk beredar daripada kawasan perkarangan surau  lalu memberi salam kepada Ilham. Ilham membalas kembali dan member senyuman paling manis.
            Dalam hati Am, ingin sekali dia memperisterikan Ustazah Mardhiah. Tetapi… layakkah dia untuknya? Entahlah… hanya Allah sahaja mengetahuinya. Moga-moga, Allah memakbulkan doanya yang satu itu. Amin…
           
           
 
MERENUNG bingkai gambar keluarganya sekembalinya daripada melakukan solat fardhu Asar, membuatkan hati Ilham sayu. Teringatkan yang dahulunya, betapa jahilnya diri sehingga sanggup ketepikan hukum Allah yang ditetapkan sejak azali lagi. Suara penuh harapan ibu yang ingin melihatnya berubah. Betapa bodoh dirinya ketika itu!.
            “Ibu!. Am rindukan ibu!,” separuh jerit Ilham sambil memeluk gambar arwah ibunya yang ketika itu sedang senyum bersama arwah ayahnya pada hari raya tahun 1997.
            Azan sudah berkumandang. Tanpa berlengah-lengah lagi, Ilham mengambil wudhu dan menyerah diri kepada Yang Maha Esa. Seusai solat, Ilham menadah tangan dan berdoa.
            “Ya, Allah. Ampunkanlah dosaku, dosa arwah ibu bapaku dan dosa keluarga. Kau tempatkanlah ibu dan ayah di tempat orang yang beriman dan orang-orang yang Kau kasihi. Amin…” selesai sahaja berdoa, Ilham meletakkan kembali sejadah ke tempat asal sejadah tersebut. Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan ketukan pada daun pintu rumahnya.
            “Ain!. Masuklah,” Ilham menjemput adiknya masuk. Ain sekadar tersenyum manis sahaja.
            “Nak bang Am. Ni lauk yang baru buat tadi. Ada lebih tu, makanlah,” Ain menyerahkan mangkuk tingkat yang berisi lauk-pauk dan nasi untuk dimakan oleh Ilham.
            Thanks, Ain. Ain…” terkedu Ilham untuk menyakan soalan yang seterusnya kepada adiknya tersebut.
            Ilham yakin Ain tidak berdendam lagi terhadapnya. Dia sedar akan kesilapan dahulunya yang selalu menyepak terajang adiknya ketika api kemarahan yang membuak-buak telah menguasai minda. Dia sedar kerana selalu memaki hamunnya dan mengherdiknya selalu.
            Dia bersyukur kerana Ain tidak pernah menyimpana sekelumit perasaan dendam dalam hatinya walaupun pada ketika itu kesabaran hatinya senipis kulit bawang merah!. ‘Aku bersyukur ke hadrat-Mu, Yang Allah’.
            “Redza tak marah ke Ain datang kat sini ?” soal Ilham.
            “Dia outstationlah kat Sabah. Bulan depan baru balik. Kenapa, abang Am?” jawabku dengan penuh ketenangan. Aku tahu abang telah banyak berubah ke arah kebaikan.
            “Tak ada apa-apalah. Ain… kenal Ustazah Mardhiah tak?” soal Ilham kembali.
            “Anak imam masjid tu? Ain kenal sangatlah, abang Am. Ain selalu pergi usrah kat masjid tu kalau ada time free,” ujarku kembali. Apa dah kena dengan abang ni? Siap tanya siapa Ustazah Mardhiah tu. Entah-entah…
            “Entah-entah abang Am dah falling in love
dengan dia kan?” usikku dengan menuding jari ke arah lirikan mata milik abang.
            “Eh… mana ada!” abang seolah-olah menafikan kebenaran. Aku pasti ada udang di sebalik batu ni!.
            “Dahlah cantik kacukan arab melayu. Pastu kulit kuning langsat pulak tu!” usikku sambil describe tentang peribadi Ustazah Mardhiah. Memang tidak dinafikan bahawa Ustazah Mardhiah ramai peminat lelaki terutama Aiman, anak ketua kampung Sirusa tu.
            “Ain rasa dia tu dah berpunya ke?” soal abang demi mengorek rahsia tentang Ustazah Mardhiah kepadaku.
            “Rasanya belum. Dia kan baru lepas balik belajar dari Mafraq, Jordan dalam kos pengajian Islam kat sana. Kenapa?”
            ‘Nasib baik!. Ada harapan untuk aku tackle dia!,” jerit hati Ilham sambil tersengih yang tiba-tiba sahaja terbit dari bibir mungilnya.
            “Abang Am!. Kenapa tersenyum-senyum macam kerang busuk ni?. Mesti ada something ni?!” gurauku seraya menepuk lengan sasa milik abang.
            “Astaghfirullahalazim… terkejut abang Am tau!” hamper terjerit abang apabila aku mengejutkan anganan kosongnya itu.
            “Tu lah berangan lagi,” sindirku seraya memusingkan sedikit kepala sebagai isyarat mengenakan abang.
            Tiba-tiba…
            Pintu rumah arwah ibuku disentap kuat daripada keluar. Alangkah terkejutnya aku apabila tiga orang pemuda dalam lingkungan 20-an menyerang kami. Aku tidak apa yang mereka hendak, tapi aku pasti itu gangster-gangster yang selama ini mencari kelibat abang sehinggakan arwah ibu dan aku menjadi mangsa sehingga aku tekad untuk berpindah ke pekan untuk melarikan diri daripada mereka.
            “Abang long sudah balik ohh… macam mana ‘cuti’? Best tak?” ujar dengar kasar salah seorang daripada ketiga-tiga gangster tersebut.
            Best?! Best kepala otak kau!” jawab abang dengan perkataan yang kasar.
            “Amboi… kau dah melebih nampak?!” ujar gangster itu kembali.
            “Kau ni apasal? Nak apa daripada aku?” soal abang dengan marahnya.
            “Ohh… tak ada apa-apa, cuma nak ‘ziarah’ ‘kawan banduan’ aku ni. Tak boleh ke?” soal pemuda tersebut dengan perkataan yang menyiat-nyiat hati abang.
            “Abang Am! Tolong Ain!,” jeritku apabila aku dikepung oleh dua orang pengikutnya.
            Aku diam terkedu apabila aku dikepung oleh dua orang pemuda yang lain. Aku berasa rimas kerana mereka mengelilingiku. Aku berasa cemas!. Aku rasa jantungku ini hendak pecah sahaja kerana terlalu panik!. Ya Allah, tolonglah aku, ya Allah!.
            “Adik aku kau jangan ‘sentuh’!” bentak abang dengan wajahnya yang menyinga.
            “Cantik juga adik kau ni kan? Macam puteri kayangan!,” ujar salah seorang gangster tersebut sambil menyentuh pipi gebuku. Aku segera memalingkan wajahku kerana rimas akan sentuhannya tersebut.
            Insiden itu juga mencetuskan pergaduhan antara abang dengan ketua gangster tersebut. Mereka menumbuk sesama sendiri sehingga terpancut keluar darah dari hidung dan mulut mereka. Salah seorang daripada mereka telah menepuk tangan tanda ‘pertandingan’ sudah bermula. Aku diam tidak berkutik kerana salah seorang pengikut mereka mencengkam badanku dengan kuat sekali.
            Tiba-tiba,idea datang tidak semena-mena. Dengan memiliki ilmu persilatan yang diajar oleh pak su dahulu kala barulah aku praktikkan pada hari ini. Aku segera menyiku perut pemuda yang mencengkam belakang badanku dan memijak kakinya. Sebelum sempat rakannya mengejar aku, aku mencapai beg tanganku dan keluar untuk meminta bantuan daripada pihak polis.
            Dalam keadaan yang tergesa-gesa, aku sampai juga ke balai polis walaupun aku dikejar oleh ‘anjing-anjing’ tersebut yang berdekatan untuk meminta bantuan.Keadaan aku agak serabai dan berpeluh-peluh kerana berlari dengan kencang supaya terlepas daripada kejaran gangster-gangster tersebut.
             Setelah aku memberi keterangan yang lebih lanjut, pihak polis segera menyuruh aku memasuki perut kereta polis dan segera ke tempat kejadian. Dengan had laju tahap maksima, Inspektor Azman meluncur ke jalan raya dengan kadar segera supaya kejadian tersebut tidak berlarutan.
SESAMPAINYA kami ke tempat kejadian, aku kelihatan abang sudah kepenatan akibat bergaduh dengan pemuda bengis tersebut. Abang tetap membalasnya walaupun telah keletihan.
            “Letakkan senjata kamu!” arah Inspektor Azman bersama rakan-rakannya sambil mengacukan sepucuk pistol bersama mereka.
            Ketua gangster akhirnya menyerah diri lalu Inspektor Azman menyuruh rakan-rakannya menggari pemuda tersebut. Selepas polis membawa pemuda tersebut ke balai polis untuk penahanan sementara, aku segera mendapatkan abang yang bermandi darah.
            Kini,wajah kacak milik abang hilang separuh kerana dipenuhi darah yang mengalir keluar daripada mulut dan hidungnya yang agak mancung. Aku segera menenangkannya dan memberi sokongan untuknya bangun dan menuju ke bilik tidurnya untuk berehat kerana kepenatan bergaduh sebentar tadi.
            Setelah tubuh sasa abang terbaring terkulai di atas katil di biliknya, aku segera ke dapur untuk mengambil antiseptik, kapas dan plaster dalam almari dapur. Dengan langkah yang berhati-hati, aku menuju ke bilik tidur abang.
             Sesampainya di pintu bilik, aku kelihatan abang terlena. Aku meninggalkan biliknya kerana tidak mahu menganggu tidurnya. Aku kasihan melihatnya kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya semata-mata untuk menyelamat aku.
            Kini aku sedar bahawa abang telah banyak berubah yang dahulunya mementingkan dirinya sendiri bertukar menjadi seorang yang caring terhadapku.
            Terima kasih abang!.
             Itu sahajalah perkataan yang mampu untuk diungkapkan.
 
“ASSALAMULAIKUM…” aku beri salam di depan rumah imam Muaz, iaitu bapa kepada Ustazah Mardhiah dan suami kepada Puan Fatimah.
            “Waalaikumsalam, Ain. Ada apa Ain datang sini?” soal imam Muaz dengan penuh lembut dalam pertuturannya.
            “Hmm… macam ni pak cik. Abang saya sakit, tolong jaga dia dalam seminggu ni. Boleh tak?” soalku dengan was-was.
            “Boleh. Kenapa abang kamu sakit ni? Teruk sangat ke?” soal imam Muaz kembali.
            “Err… dia… bergaduh pak cik,” terkedu juga aku menjawabnya.
            “Apa?! Kenapa dia bergaduh?” imam Muaz menyoalnya dengan cemas.
            “Tadi sebelum zohor, ada geng-geng kongsi gelap datang menyerang kami semua. Tapi, saya sempat lari ke balai polis untuk minta bantuan. Pak cik tak perlu risaulah sebab samseng tu dah kena tangkap,” terangku lagi.
            Teringat akan perkara tersebut, aku berasa amat takut dan sedih seperti bayangan tersebut terus mengejariku walaupun mereka telah diberkas oleh pihak polis. Aku tekad mulai hari ini, aku mesti berhati-hati walaupun apa-apapun yang berlaku!
            KRINGGG!!!!!
            IPhone milikku telah menjerit untuk diminta diangkat. Aku segera mencapai
mencapai telefon bimbitku selepas memasak bubur untuk abang yang kini terlena kerana terlalu penat bergaduh sebentar tadi. Mulai esok, jiran di sebelah rumah lama milik keluargaku akan mengambil alih tugas menjaga abang memandangkan aku terlalu sibuk dengan peperiksaan akhir tahun yang bakal berlangsung pada esok hari sehingga Rabu minggu hadapan kerana terpaksa tergendala akibat cuti peristiwa dan cuti hujung minggu. Aku telah berjanji dengan Imam Muaz bahawa bila sahaja cuti menjelma, aku akan menjaga abang yang kini direhatkan selama dua minggu kerana kesan luka pergaduhan tersebut itupun atas nasihat doktor ketika kami ke klinik pada malam hari pergaduhan tersebut.
            Nombor siapa ni? Siapakah gerangan yang menelefonku ketika waktu genting begini? Ahh… menyusahkan betul. Nak tak nak… jawab sahajalah panggilan tersebut.
 
“AIN… rindu kau!” jerkah Farah di dalam talian tersebut. Farah ni tak reti-reti ke nak beri salam? Main jerkah macam tu sahaja. Nasib baik aku tiada penyakit kronik. Astaghfirullahalazim…
            “Farah, lain kali beri salam dulu!” tegurku kepadanya.
            “Assalamulaikum.Kau sihat? Kau tengah buat apa tu?” lalu Farah memberi salam  dan menyakan khabarku. Aku rasa Farah agak malu kerana teguran aku sebentar tadi. Hehe… Farah… Farah…
            “Waalaikumsalam. Alhamdulillah, sihat. Aku kat rumah lama keluarga aku ni. Abang Am aku tu sakit pulak,” lalu menjawab segala pertanyaannya.
            “Kenapa abang kau sakit?” meluru sahaja Farah menyakan soalan ‘cepumas’ tersebut kepadaku. Aku diam tidak berkutik. Hendak beritahu hal sebenar ataupun tidak?
            “Sebenarnya… sebenarnya…” tergagap aku hendak menjawab persoalannya.
            “ Sebenarnya apa ni, Ain? Cepatlah, nanti kredit habis jugak laki aku ni,” seloroh Farah dengan penuh berdebar-debarnya. Ohh… rupanya Farah guna nombor telefon milik Husni, suaminya. Patutlah aku berasa pelik sahaja.
            “Sebenarnya… abang Am tu bergaduh. Tu yang aku risau,”
            “Ah?! Abang Am gaduh? Mesti tak handsome muka dia sebab kena tumbuk. Hehe…” Farah ketawa dengan sendirinya. Amboi Farah sudah melebih nampak!
            “Amboi kau. Jealuos nanti cik abang kau tu! Tak adalah ada geng kongsi gelap datang menyerang kami masa kami nak makan tengahari kat rumah lama keluarga aku ni. Waktu aku nak ke dapur, pintu rumah kami kena dipecahkan oleh ketua geng tu. Tu yang buat abang Am marah, terus dia bergaduh dengan ketua geng tu sampai kena rehat dua minggu sebab pendarahan teruk kat hidung dia dan kesan-kesan lebam kat badan dia,” ujar panjang lebarku sambil terdengar akan bunyi berdehaman yang agak kuat. Aku rasa Husni telah terasa hati dengan perbualan kami apabila si Farah mengatakan handsome kepada abang.
            “Alah… kesian kau, Ain. Tak mengapa, ada hikmah di sebalik dugaan ini.”
            “Thanks. I appreciate it.”
            “Never mind. It is not a big matter for me, kawan!” ujar Farah untuk menaikkan lagi baki sisa semangatku ini. Sesungguhnya, Farahlah kawan baikku selama-lamanya ala pepatah Inggeris iaitu Best Friends Foerver!
            “Eh… kau kat mana sekarang ni?” soalku kembali selepas menyeka air mata yang mengalir perlahan daripada tubir mataku ini.
            “Er… aku kat New Zealand ni sebab laki aku dapat kerja kat sana pulak. So, sekarang ni aku sambung belajar dalam DBA kat University of Auckland ,” ujar Farah sambil mengatakan bahawa kini dia berada di New Zealand kerana mengikut suaminya.
            “Wah… dahsyatlah kau ni! Kalah phD tau!. Kat New Zealand tu berapa tahun?”
            Around 3 to 7 years macam tulah. Eh… mana husband kau?”
            “Dia outstation kat Sabah dalam sebulan dua bulan macam tulah. Anak-anak aku mama Redza yang jaga. Kau tu si Lisa dan Ariana tu siapa yang jaga?”
            “Oh… Lisa mak aku jaga. Mak aku beria-ia nak jaga. Ariana ni pulak buat perangai nak ikut kami ke New Zealand ni,” ujar Farah.
            “Oklah. Abang Am dah bangun tu. Assalamulaikum,” dengan kadar segera, aku mematikan pebualan kami dan segera menuju ke bilik tidur abang untuk membantunya untuk bangun daripada tidur.
            “WAALAIKUMSALAM…” Farah meletakkan telefon bimbit milik suaminya sejurus aku memutuskan talian.
            “Hm… awak call siapa tu? Ain?” soal Husni, suami kepada Farah Nasuha.
            “Yalah… siapa lagi?” jawab acuh tak acuh Farah.
            “Ohh… siapa yang tadi yang awak kata handsome tu?” soal Husni seraya menyindir Farah.
            “Abang Ain… dulu dia tu bekas banduan. Tapi sekarang, dia dah taubat nasuha.” Jelas Farah.
            “Ohh… “ jawab Husni. Terdengar akan suara rengekan Ariana yang hendak meminta susu daripada mamanya. Walaupun Ariana berada di sisi mereka, tetapi dia amat merindui anak sulungnya, Lisa yang kini berada di bawah penjagaan ibu dan adiknya di kampung.
            Dia berjanji akan melawat Lisa semasa cuti hari raya atau cuti sekolah menjelang. Dia juga berjanji akan memberi wang untuk kegunaan ibu, Lisa dan adiknya, Marliana. Memandangkan kudrat ibu hanyalah suam-suam kuku sahaja dan kadangkala tidak larat untuk bangun, dia tetap juga memasakkan makanan kesukaan Lisa iaitu sup sayur dan kadangkala apa yang termampu untuk dibuat.
            “Mama… kita nak susu jugak! Kita dah lapar ni,” rengek Ariana yang memecahkan anganan Farah sebentar tadi.
            “Baiklah, sayang. Lepas ni tidur ya, esok mama kena pergi universiti sebab ada kerja,” ujar Farah dengan penuh kasih sayang kepada Ariana sambil mengusap lembut ubun-ubun lembut milik Ariana.
            Ariana sekadar mengangguk sahaja dan mengikut Farah ke dapur membacuhkan susu kepada Ariana dan untuk suaminya, Husni. Selepas itu, Farah menyuruh Ariana ke bilik tidurnya yang bertemakan pink kerana Ariana amat menggemari warna merah jambu. Di dalam biliknya, segala-galanya pink bagaikan ‘berhantu’ dalam biliknya.
            Selesai sahaja membaca doa tidur kepada Ariana, Farah segera ke bilik bacaannya untuk menalaah pelajaran memandangkan esok ada kuliah sehingga pukul 12.30 tengahari waktu di New Zealand.
            Sepanjang berada di New Zealand, Farah menghabiskan masanya dengan menelaah pelajaran untuk DBA yang diambilnya dalam kos Perniagaan Kewangan di  Universiti of Auckland, New Zealand.
            Jadualnya kini amat padat dengan kerja-kerja rumahnya lain, tesis, kertas-kertas kerja dan sebagainya. Jika Farah membuat kesilapan sedikit sahaja walaupun sekecil kuman, pasti dia akan dimarahi oleh Profesor Tomlison, pensyarahnya di University of Auckland.
            Jika dia cuai walaupun sejengkal sahaja, pasti Ariana diam-diam lepa menconteng kertas kerja dan assingment dia. Pernah sekali Ariana telah menconteng assignment dengan pen warna-warni dan diselangkan dengan sticker Barbie yang baru dibelinya di kompleks membeli-belah di sekitar kawasan Auckland.
            Pada ketika itu dengan amarah yang membara menguasai diri, Farah tidak teragak-agak memarahi Ariana dan merampas pen warna-warni milik Ariana. Dia tidak peduli dengan tangisan teresak-esak Ariana. Jika telinganya ‘sakit’ mendengar tangisan Ariana, segera dia memberikan Samsung Galaxy Tab kepada supaya tangisannya berhenti serta-merta.
            Ketika Ariana sedang leka bermain game di Samsung Galaxy Tab miliknya, dia gunakan kesempatan tersebut dengan mengulang kaji pelajaran ataupun menyelesaikan kerja-kerja rumah yang tertangguh pada siang hari kerana kesibukkannya di universiti.
             Nasib baik Ariana dijaga oleh Zahra, isteri kepada Fahmi dan juga rakan kepada Husni, sudi menghulurkan bantuan untuk menjaga Ariana. Sepanjang Zahra menjaga Ariana, Farah telah meninggalkan tabletnya kepada Ariana untuk memujuknya supaya tidak membuat hal ketika Zahra menjaganya memandangkan Farah sudah mempunyai Macbook Air yang dihadiahkan oleh Husni ketika hari jadi ke 25 tahunnya. Jadi, memudahkan lagi urusannya ketika menghantar Ariana ke rumah Zahra dan kerja-kerjanya tidaklah diganggu oleh Ariana kerana segala perisian tentang pelajarannya semuanya berada di computer ribanya.
            Sedang leka mengulang kaji pelajarannya, tiba-tiba telefon bimbitnya bordering. Siapalah yang menghubunginya ketika ini kerana  dia perlu membaca sebanyak dua puluh buah buku memandangkan peperiksaan semester ketiganya bakal menjelma dalam masa tiga bulan sahaja.
            Anaqi? Kenapa Anaqi menghubunginya? Mesti ada sesuatu yang tidak kena.
            Ketika Farah terkocoh-kocoh hendak bangun daripada tempat duduknya di bilik bacaannya, dia tertepis mug yang berada di sisi mejanya. Mug tersebut hancur bersepai kerana mug tersebut terjatuh kuat dan mengeluarkan bunyi yang agak kuat sehingga membuatkan jantungnya bergegar. Sah! Ada sesuatu yang tak kena ini!
            “Hello. Assalamulaikum.  Kak Farah ke ni?” Anaqi memberi salam dan menyakan siapa yang mengangkat panggilan tersebut.
            “Waalaikumsalam. Ya, ni kak Farah yang cakap. Ada apa ya, Anaqi?” soal Farah dengan nada yang agak cemas apabila Anaqi menelefonnya pada tengah malam yang hening begini.
            “Akak… Qi nak cakap berita buruk ni. Qi harap akak jangan terkejut, eh?” soal Anaqi dengan nada yang agak gagap dan mengemparkan lagi suasana. Hati Farah mula tidak keruan apabila terdengar akan persoalan Anaqi tersebut.
            “Akak… Qi nak bagi tahu yang mak akak… dah tak ada… Mak akak dah meninggal dunia sejam yang lepas” jelas Anaqi dengan nada tenang supaya tidak mengejutkan lagi keadaan bakal kakak iparnya tersebut. Kini, teka-teki tersebut telah terjawab dengan jawapan yang agak memeritkan lagi.
            Telefon bimbit Farah terjatuh ke lantai sejurus mendengar berita yang tidak baik untuk didengari. Hati Farah terasa sepertikaca yang terhempas apabila pengkhabaran teruk sebentar tadi. ‘Mak dah tiada. Benarkah?’ hati mula tertanya-tanya dan ingin menjerit meminta kemaafan yang setulus-tulusnya daripada benak hati ini. Tapi, usaha itu hanyalah membuang garam ke laut sahaja. Meskipun keluar air mata darah sekalipun, mak tetap takkan kembali lagi. Mak dah pergi buat selama-lamanya!
            “Akak… akak okey ke?” soal Anaqi kembali.
            “Hmm… ok. Thanks, Qi. Secepat mungkin akak akan dapatkan flight untuk ke Malaysia. Assalamulaikum…” salam Farah kepada Anaqi dan salamnya tersebut dijawab kembali oleh Anaqi.
            Dengan langkah sepantas kilat, Farah segera mengemas meja belajarnya dan terus menuju ke bilik tidurnya untuk mengemas pakaina untuk ke lapangan terbang berhampiran di kawasan Auckland.
            Keadaan Farah yang agak tergesa-gesa ini membuatkan hati Husni tertanya-tanya kerana Farah mengemas pakaiannya dengan berlinangan air mata yang merembes keluar daripada tubir matanya.
            “Sayang, kenapa ni? Ada tak kena ke?” soal Husni dengan penuh kelembutan agar hati Farah tidak terasa memandangkan isterinya asyik bergelinangan air mata sahaja sejak daripada tadi.
            “Mak… mak dah tak ada, bang!. Mak dah meninggal!” suara Farah yang dahulunya agak merdu bertukar menjadi serak kerana sedih atas pemergian arwah ibunya tersebut.
            “Inalillahwainalillahirojion…” ucap Husni selepas mendengar pengakuan Farah sebentar tadi.
            “Dah,cepat kemas. Biar abang kemas beg abang dengan Ariana,” arah Husni lalu mengambil beg baju berwarna hitam dan beg baju berwarna merah jambu milik Ariana dan mencapai beberapa helai baju milik Husni dan Ariana.
            “Berapa lama kita kat Malaysia tu, bang?” soal Farah samil menyeka air matanya dengan jari-jemarinya.
            “Seminggu…” ujar pendek Husni sambil melipat bajunya dan Ariana dan memasukkannya ke dalam beg baju.
            “Dah siap. Jom cepat!” arah Husni sebelum memasuki ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya sebelum berangkat pergi ke lapangan terbang Auckland. Farah sekadar mengangguk sahaja seraya mengangkat bagasi-bagasi mereka ke pintu rumahnya. Dengan kesempatan yang ada, Farah membaca yasin untuk dihadiahkan kepada arwah ibunya. Semoga ibunya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin…
 
SUASANA hiruk-pikuk di Lapangan Terbang Auckland tidak menjejaskan tidur Ariana. Farah bersyukur kerana Ariana tidak buat banyak masalah sepanjang perjalanan tadi. Mereka menaiki teksi untuk pergi ke lapangan terbang Auckland. Pada mulanya, Ariana merengek hendak meminta susu daripadanya. Sebaik sahaja membancuhkan susu formula kepada Ariana, dia terus diam dan tertidur lalu meletakkannya ke dalam stroller yang dahulunya milik Lisa, anak sulung Farah dan Husni.
            Sejurus sahaja Husni membeli tiga keping tiket penerbangan antarabangsa ke Malaysia, mereka sekeluarga terus menuju ke pintu pelepasan. Farah menolak stroller Ariana dan Husni membawa dua bagasi besar dengan bantuan troli yang khas untuk beg dengan langkah yang cepat dan berhati-hati supaya tidak mengejutkan Ariana yang terlena dibuai mimpinya yang agak indah sekali daripada pandangan Farah.
            Husni membelikan tiga tin minuman dan sandwich yang halal untuk Farah dan Ariana sambil menunggu pengumuman untuk penerbangan mereka. Sejak daripada tadi, Farah asyik terdiam sahaja. Kadangkala, air matanya ada juga tertumpah walaupun sedaya yang boleh untuk menahannya supaya tidak mengalir lagi. Tetapi, dia tewas hendak menahan air matanya daripada terus mengalir.
            Dia masih teringat akan memori hidupnya bersama arwah ibunya sejak daripada sehinggalah arwah ibu telah meninggal dunia. Suka duka ketika mereka bersama. Onak duri apabila ayahnya sanggup meninggalkan mereka terkapai-kapai lemas tanpa kasih sayang seorang bapa kerana bapanya asyik melayan kerenah isteri keduanya sehingga terlupa akan keluarganya di kampung. Mentang-mentanglah isteri keduanya seorang anak yang berada, dia sanggup meninggalkan keluarga yang hidup dalam kesusahan.
            Sejak daripada itu, dia tekad hendak mengubah nasib keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh sehinggalah sekarang dia telah mengambil DBA dalam kos perniagaan kewangan di Universiti of Auckland. Ya! Tinggal setahun sahaja lagi pengajiannya sebelum dia akan berangkat kembali ke Malaysia untuk menjadi seorang pensyarah yang berkaliber dan ilmu tinggi di dalam dada.
            Sejam sahaja lagi, mereka akan meninggalkan bumi kiwi ini dan pulang ke tanah air untuk menziarahi pengembumian arwah ibunya dan menatap selama seminggu di kampung halaman dan ingin mengajak Lisa untuk menetap bersama mereka di Auckland memandangkan mereka tidak mahu menyusahkan Marliana yang kini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya bersama rakan baiknya, Anaqi Amir bin Ridzuan, nama penuh kepada Anaqi.
            Sepanjang perjalan mereka di dalam kapal terbang, Farah melihat bulan mengambang. Farah kagum dengan ciptaan agung Allah SWT ini. Dia seolah-olah merasakan bahawa manusia lagi kerdil berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Tetapi, manusia ini istimewa kerana Allah telah mengangkat darjat mereka sebagai makhluk yang paling mulia di dunia ini jika hendak dibandingkan haiwan-haiwan yang lain yang mempunyai bentuk badan lima kali besar berbanding manusia yang kerdil ini sahaja.
            Kini, Farah bersyukur kerana apa yang dicita-citakan selama ini sudah hampir noktahnya apabila tahun hadapan dia akan menggengam segulung ijazah doktor falsafah dalam perniagaan kewangan yang diingini semasa dia menyambungkan pelajarannya di Melbourne bersamaku.
 
SELEPAS 12 jam berada dalam kapal terbang yang transit sebentar di Sydney sebelum memulakan perjalana ke tanah air yang tercinta ini. Akhirnya, sampai juga mereka di KLIA. Mujur Ariana tidak membuat sebarang masalah semasa di kapal terbang tadi.
            Selepas sahaja keluar daripada pintu ketibaan antarabangsa di KLIA, mereka disambut oleh kedatangan Anaqi yang menaiki kereta pacuan empat roda miliknya.
            Sebaik sahaja selesai meletakkan bagasi-bagasi mereka di dalam bonnet kereta Anaqi, kereta Anaqi laju meluncur keluar ke atas jalan raya. Mujur kampung Farah tidak jauh daripada KLIA ini. Tidaklah lama tempoh masa perjalanan mereka.
            Selepas 4o minit kemudian, Farah keluar daripada perut kereta lalu berlari untuk mendapatkan jenazah arwah ibunya yang sudah berkapan untuk menunggu disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan dengan kampung. Dia menangis teresak-esak dan memohon kemaafan daripada ibu. Terlihat juga, Marlina cuba menenangkan kakaknya tetapi badannya ditepis kasar oleh Farah.
            “Farah, bawak mengucap. Kau doa supaya mak kau aman kat sana,” nasihatku yang ikhlas daripada hati dan penuh berhikmah.
            “Terima kasih, Ain. Kaulah kawan baik selama-lamanya,” ujar Farah yang berada dalam esakkannya seraya memeluk erat tubuh genitku ini.
            “Para hadirin sekalian, anda diminta keluar dan hanya tetamu lelaki sahaja masuk untuk bersolat jenazah secara berjemaah. Sekian, terima kasih,” pengumuman tersebut diberikan oleh Imam Muaz dengan lancer sekali. Selepas itu, imam Muaz mengimamkan solat jenazah tanpa rukuk dan sujud sebanyak dua rakaat.
            Sebaik selesai sahaja solat jenazah ditunaikan, jenazah arwah ibu Farah dibaringkan kembali diatas lantai rumah tamunya untuk penghormatan terakhir kepada ahli-ahli keluarganya sebelum dikebumikan memandangkan sudah 12 jam lebih kerana bimbang akan menyeksa jenazah tersebut.
 
SUASANA sayu menemani kawasan perkuburan tersebut. Hanyalah diiringi doa dan talkin yang dibacakan oleh imam Muaz untuk mengajar kepada jenazah yang telah dikebumikan tentang bagaimana hendak menjawab 7 soalan yang akan ditanya oleh malaikat mungkar dan nakir sebaik sahaja tujuh langkah manusia meninggalkan kubur si polan.
            Sebaik sahaja Farah menabur bunga orkid yang berwarna ungu muda dan menaburkan satu jag air yasin yang berisi bunga-bunga mawar. Farah merenung kembali ke arah tanah kubur arwah ibunya yang masih merah. Farah teringat akan kembali kenangan-kenangan terindah bersama arwah ibunya. Kin, ibu telah tiada. Kenangan hanyalah tinggal kenangan yang abadi terkubur di benak fikiran Farah. Walaupun ibunya telah tiada, dia tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa sebagai isteri, ibu dan pelajar sepenuh masa DBA di New Zealand.
            “Farah… jom kita balik. Tak baik kau tenung kubur tu. Takut nanti mak kau taka man kat sana,” pujukku sambil memaut lengan Farah yang berada dalam kesedihan yang amat. Keadaan Farah telah teringatkan peristiwa 10 tahun yang lalu apabila arwah ibunya telah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya dan ketika itu, aku terkapai-kapai lemas untuk mencari sinar baru dalam kehidupan apabila abang Am telah dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan pengedaran dadah dan perompakan bank.
            Aku buntu hendak mencari jalan supaya keluar daripada dunia gelap yang menyesakkan lagi nafasku. Hampir seminggu, aku hilang selera untuk makan kerana asyik teringat akan arwah ibu dan masakkannya umpama makan tidak kenyang dan mandi tidak basah.
            “Dah, jom Farah. Laki kau dah tunggu tu,” ajakku dan menarik tubuh Farah untuk bangun. Farah akur jua dengan arahanku ini dan lalu masuk ke dalam perut kereta sewa Husni. Sepanjang perjalanan meninggalkan tanah perkuburan tersebut, hati Farah berdoa agar ibunya ditempatkan di golongan-golongan orang yang beriman dan dikasihiNya.
            “Dah sayang. Jangan menangis lagi,” pujuk Husni sambil memandang arah perjalanan.
            Tidak perkataan untuk diungkapkan lagi. Hanyalah perkataan ‘ Selamat tinggal ibu! Amanlah kau di sana. Amin…’
 
SUASANA perkarangan rumah mewah milik keluarga Farah agak meriah sedikit kerana mereka telah mengadakan kenduri arwah untuk ibunya yang baru sahaja meninggal dunia lebih 24 jam yang lalu.
            Imam Syafie, rakan kepada imam Muaz mengetuai bacaan yasin dan tahlil arwah. Kenduri arwah tersebut telah didatangi seramai 20 orang sahaja kerana bekalan makanan dan minuman tidak mampu menampung untuk berlebihan tetamu yang hadir pada kenduri arwah tersebut. Farah hanyalah menjemput keluarga imam Muaz, keluarga jiran tetangga yang rapat dengan arwah ibunya dan tidak terkecuali aku dan abang Am memandangkan seminggu sahaja lagi Redza bekerja luar daerah di Sabah iaitu menyertai misi kemanusiaan di Semporna, Sabah akibat pencerobohan kawasan Kampung Tanduo, Semporna.
            Selesai sahaja doa tahlil, para hadirin dijamukan hidangan nasi ayam memandangkan lauk itu sahaja yang mudah dimasak kerana kesuntukkan masa. Nasib baik ada Anaqi, tunang kepada adiknya, Marliana sudi membantu mereka bagi menjayakan lagi majlis kenduri arwah ini. Selain itu, Anaqi juga menjemput keluarga imam Muaz dan jiran tetangga yang rapat dengan keluarga Farah.
            Aku pula membantu Farah dan Marliana menyiapkan hidangan untuk kenduri tersebut. Antaranya ialah nasi ayam, kuih apam polka dot, jus oren dan sedikit buah-buahan yang ada ditanam di belakang rumah keluarga Farah.
            Sebaik sahaja kenduri arwah tersebut tamat, Farah memberikan aku ole-ole sebagai tanda terima kasih dia terhadap aku. Pada mulanya, aku menolak. Tetapi pujuk rayunya, akhirnya aku terpaksa mengalah kerana tidak mahu menghampakan hatinya. Selain aku, Anaqi juga Farah memberikan ole-ole kepadanya tanda terima kasih kerana menolong membeli barang-barang yang perlu untuk kenduri arwah tersebut dan menjemput orang-orang yang disuruh oleh Farah.
            Sejurus itu, aku meninggalkan rumahnya dengan berpelukan kerana minggu hadapan dia sekeluarga akan pulang kembali ke New Zealand untuk meneruskan lagi pengajiannya.
 
SUASANA pagi yang damai terganggu sebentar kerana rengekan Ariana meminta Farah untuk membancuhkan susunya.
            Seusai membancuhkan susu Ariana dan berikan kepadanya, Farah menuju ke bilik Lisa yang dikongsi bersama Marliana. Lisa kelihatan sedih sambil merenung gambar arwah nendanya tersebut.
            “Lisa, kak Lia pergi mana?” soal Farah dengan lembut sekali. Sejak dari tadi, batang hidung Marliana tidak kelihatan.
            “Pergi beli sarapan,” ujar Lisa dengan tergagap kerana menahan air mata yang merembes keluar.
            Farah sekadar mengangguk sahaja.
            “Lisa sayang nenek ke?” soal Farah sambil menyapu belakang tubuh Lisa.
            Lisa sekadar mengangguk dan kembali dengan dunia tangisannya tersebut. Hatinya begitu sedih kerana kehilangan tempat bergantung untuk hidup.
            “Lisa nak ikut mama tak balik New Zealand tak? Lisa sekolah kat sana. Papa boleh uruskan semua tu secepat mungkin,” pujuk Farah sambil terlihat akan gambar arwah ibunya yang tersenyum manis dibingkai gambar tersebut.
            Lisa diam membatu sambil memikirkan tawaran tersebut.
            “Assalamulaikum,” satu suara yang dikenalinya bergema. Lia!.
            “Waalaikumsalam. Lia pergi mana tadi?” soal Farah sambil mengambil makanan yang dihulurkan oleh Marliana.
            “Ohh… pergi warung kejap beli sarapan sebab kat rumah lauk dah habis,” jelas Marliana.
            “Akak…” panggil Marliana kepada Farah sambil membuka tudung yang membaluti kepalanya tersebut.
            “Hmm…” jawab Farah sambil menuangkan kuah kari dan dal dan meletakkan beberapa roti canai, roti telur dan roti sardine ke dalam mangkuku yang besar supaya memudahkan lagi kerjanya.
            “Lia rasa… Lia rasa nak kahwin dengan abang Qi secepat mungkin. Dalam minggu ni ke. Boleh tak? Bolehlah sebab minggu depan akak nak New Zealand. Tak dapat nak tengok akak masa Lia kahwin nanti,” pujuk Marliana dengan nada yang manja sambil membantu kakaknya menyediakan sarapan pagi.
            “Tapi kenapa awal sangat? Dah bincang dengan Qi ke dengan perkara ni? Urusan kahwin Lia jangan main-main. Akak tak mahu setahun Lia kahwin dah cerai. Faham tak?”Farah membantah cadangan Marliana tetang perkahwinannya yang bakal berlangsung sebulan sahaja lagi.
            “Alah… bolelah kak. Lia janji, kami akan bahagia. Please!” pujuk Marliana dengan bersungguh-sungguh.
            “Tapi… pelamin belum siap lagi, pakaian pengantin pun belum siap lagi Cuma baju nikah je yang dah siap,” bantah Farah sambil menyatakan barang-barang perkahwinan Marliana dan Anaqi yang masih belum siap lagi. Itu belum masuk mak andam lagi. Pening kepala dibuatnya!
            “Tak apa. Lia suruhlah orang butik tu siapkan cepat sikit. Lia plan petang ni Lia nak ajak Anaqi sekali ke butik suruh dia orang cepat sikit siapkan baju bersanding. Bolehlah, kak!” pujuk Lia sambil menyatakan perancangannya pada petang ini.
            “Hmm… nanti akak bincang dengan abang Husni ya?” Farah terpaksa mengalah demi kebaikan Marliana.
             Marliana memuluk erat kakaknya dan mengucapkan terima kasih kepada kakaknya tersebut. Dia sangat gembira kerana kakaknya bersetuju untuk dia dan Anaqi bernikah awal sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika dia berkahwin, maka, dia terlupa sedikit tentang pemergian arwah ibunya kerana sibuk melayan bahtera rumah tangganya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
            Kelihatan susuk tubuh Husni berjalan ke arah dapur.
            “Abang, lepas sarapan nanti, ada benda yang Farah nak bincangkan,” arah Farah dengan wajahnya yang serius.
            Husni sekadar mengangguk kepala sahaja seraya mengangkat teko yang berisi the panas yang baru dibancuh oleh Farah.
            Selesai sahaja mereka bersarapan, mencuci pinggan dan mengemas meja makan yang agak bersepah, Farah mengajak suaminya, Husni masuk ke dalam mereka untuk berbincang tentang hal Marliana dan Anaqi.
            Husni sekadar mengangguk sahaja dan menyatakan bahawa perkara yang baik, tidak perlulah ditangguhkan. Seusai itu, Husni memberikan tarikh pernikahan dan perkahwinan mereka. ‘Amboi, macamlah si Lia tu adik dia!’ bentak Farah dalam hatinya.
            Farah sekadar mengangguk tanda setuju. Betul juga katanya, perkara yang baik, tidak elok jika ditangguhkan.
 
SESAMPAI sahaja Farah ke kawasan banglo dua tingkat yang indah ini, dia segera menekan loceng rumah bangle tersebut.
            Apabila bunyi loceng tersebut berbunyi, aku segera ke tingkap di ruang tamu, aku berasa terkejut kerana terjengul wajah Farah dihadapan pintu rumah mentuaku. Sejak aku dan Redza menikah, Redza menyuruh aku menetap sahaja di rumah keluarganya kerana aku bolehlah menjaga mama yang uzur dan meringankan lagi beban dengan kehadiran pembantu rumahnya, kak Maz.
            Tujuan apa Farah bertandang ke rumah kami? Aku mula tertanya-tanya.
            Aku segera menekan suis pintu automatik untuk membuka pintu pagar rumah kami untuk membenarkan Farah memasukinya dengan menggunakan kereta Estima milik arwah ibunya.
            Sesampai sahaja kereta Farah mendarat ke perkarangan rumah kami, aku menyambutnya dengan salam dan kami berpelukan sesame sendiri lalu aku menyuruh Farah masuk tetapi dia menolaknya kembali dan menghulurkan sekeping kad. Kad? Bentuk kad tersebut seperti kad perkahwinan. Siapa hendak berkahwin? Lia ke?
            Farah mengajak kami sekeluarga ke perkahwinan adiknya, Marliana dan seorang pemuda yang bernama Anaqi. Anaqi? Anak kawan mama yang mama sering katakana kepadaku itu? Pemuda yang tinggi dengan budi bahasanya dan rajin menolong ibunya di butik pakaian korprat yang dikongsi bersama mama walaupun dia perlu menguruskan syarikat Gemilang Holdings milik arwah ayahnya? Jika benar, alhamdulillah jika Anaqi bakal menjadi suami Marliana yang agak lincah tersebut.
            Selepas Farah meminta diri untuk pulang, aku segera menekan kembali suis pintu pagar automatik untuk menutup pintu pagar yang tadinya terbuka luas.
            Seusai aku pintu pagar rumah kami tertutup, aku segera mencapai kad perkahwinan tersebunt lalu membaca informasi yang tertera pada kad perkahwinan tersebut. Cantik. Warna ungu pastel dan ditambah lagi hiasan rama-rama disekelilingnya.
            Pada hujung minggu ini? Biar betul. Kenapa awal sangat majlis tersebut diadakan? Bukan ke pada hujung bulan hadapan? Agaknya Farah hendak pulang ke New Zealand pada minggu hadapan sebab itulah si Marliana hendak menyambutnya bersama kakaknya memandangkan arwah ibunya baru sahaja ke rahmatullah sejak tiga hari yang lalu.
 
PELAMIN dihiasi dengan menggunakan tema English garden dan dihiasi bunga-bunga ros yang besar dan berwarna-warni membuatkan pelamin tersebut kelihatan cantik dan indah memukau suasana majlis perkahwinan tersebut. Pernikahan Marliana dan Anaqi akan berlangsung sebentar lagi. Aku segera ke bilik pengantin perempuan untuk meninjau keadaan yang berlaku di sana.
            Di dalam bilik pengantin perempuan tersebut, Marliana kelihatan ayu apabila mengenakan baju pengantin yang agak longgar berwarna putih dan berseledang satin putih dan diserikan lagi kain veil paras dada di belakang kepalanya yang dibaluti selendang tersebut. Jarinya dihiasi hiasan inai yang bermotifkan bunga-bunga yang selalu dibuat oleh kaum India. Aku takjub melihat kecantikan Marliana pada ketika ini.
            Aku dan Farah mengiringi pengantin perempuan untuk turun ke bawah sebelum majlis pernikahan tersebut bermula. Aku memegang kain veil Marliana dan Farah pula, mengangkat saki baki dulang hantaran ke ruang tamu rumah banglo tiga tingkat milik keluarga mereka. Rumah Farah mewah kerana ada dua lif untuk menaiki ke setiap tingkat di rumahnya. Kalau nak dibandingkan dengan rumah milik keluarga Redza, hanya ada penghawa dingin sahaja dan sedikit heater bagi kegunaan pada musim sejuk yang bakal tiba dua bulan sahaja lagi.
            Sebaik sahaja lif rumah mereka terbuka, kami segera keluar daripada perut lif tersebut lalu Farah meletakkan dulang hantaran yang berisi senaskah al-Quran al-Karim. Kelihatan para hadirin sudah mula ramai membanjiri di ruang tamu tersebut memandangkan ada yang menunggu sehingga lewat petang ini untuk majlis persandingan sekali.Kami semua hanya menunggu tok kadi sahaja untuk sampai untuk memulakan majlis pernikahan ini.
 
HANYA sekali lafaz sahaja, Nur Marliana binti Sahir sah menjadi isteri kepada Anaqi Amir bin Ridzuan  dengan berwalikan bapa saudaranya, Imam Muaz iaitu bapa kepada Ustazah Mardhiah,berserta wang hantaran yang bernilai 100 dinar emas??. Wah, memang sah si Anaqi ini anak jutawan kampung kerana nilai 100 dinar emas kini bernilai RM 86,000 atau mungkin sudah naik mencecah ke RM 90,000 kalau nak diikutkan dengan harga emas semasa dunia
            . Kini, baru aku sedar bahawa Ustazah Mardhiah dan Farah merupakan ipar duai. Sebab itulah apabila aku menyakan Farah kepada Ustazah Mardhiah, Ustazah Mardhiah tersenyum lebar sahaja kerana mereka diumpamakan adik beradik yang tidak sama ibu bapa tetapi sama dengan datuk dan nenek. Aku terlihat Ustazah Mardhiah ayu berpakaian jubah lycra bercorak floral biru dan diserikan lagi pemakaian selendang labuh yang berwarna ungu gelap.
            Aku berdoa agar rumah tangga mereka kekal sampai ke jannah. Amin…
            Pada petang tersebut, aku menolong Farah mentatarias Lia dengan mekap yang mengikut tema purple kerana Lia amat mengemari warna ungu pastel yang dicampurkan dengan warna merah jambu pada pemerah pipi tersebut.
            Selesai sahaja Lia siap ditatarias oleh mak andam dan turut juga dibantu oleh kami, kami sempat mengambil gambar sebagai tanda kenangan. Di samping itu, aku juga menyuruh suamiku, Redza mengambil gambar pernikahan Lia dan Anaqi dengan menggunakan telefon bimbitku. Sebanyak 50 gambar yang telah kami ambil pada majlis perkahwinan Lia dan Anaqi. Itu tidak termasuk lagi majlis persandingannya nanti, mahu masuk 150 juta gambar!
            Sebaik sahaja juruacara memulakan ucapan pembukaan majlis tersebut, Farah segera membawa Lia menemukan suaminya, Anaqi untuk memimpin tangan masing-masing untuk memasuki ke dalam dewan yang bercirikan hotel sebagai raja sehari dalam majlis penuh gemilang ini. Pasukan kompang Sekolah Kebangsaan Seri Sirusa, iaitu tempatku mengajar, memalukan kompang sebagai tanda bahawa pasangan merpati dua sejoli ini telah berangkat tiba ke majlis perkahwinan yang gilang-gemilang dan bertemakan English garden.
            Pembukaan majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh imam Muaz dan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Sebaik sahaja bacaan doa dan selawat selesai, pasangan raja sehari dibawa ke meja dibawa makan pengantin untuk makan beradap dan ditemani oleh para tetamu khas yang duduk di meja makan pengantin tersebut termasuklah ibu bapa Anaqi, Farah dan suaminya kerana menggantikan tempat yang sepatutnya diduduki oleh ibu bapanya. Jelas daripada pandangan aku, aku tidak ternampak langsung batang hidung ayah Lia. Mungkin, ayah sedang bahagia dengan isteri barunya tersebut sehinggakan kenduri arwah pun dia tidak menghadiri, inikan pula majlis perkahwinan anak bongsunya.
            Majlis resepsi berakhir pada pukul 2.30 petang kerana hendak menghormati umat Islam yang hendak menunaikan solat fardhu Zohor. Sebaik sahaja majlis tamat, aku dan Redza meminta diri untuk pulang memandangkan telah lama aku meninggalkan putera dan puteri-puteriku di rumah dan dijaga oleh mama dan papa. Barangkali, mereka merindui kami sejak kami meninggalkan rumah selepas menunaikan solat subuh sehingga sekarang, Nasib baik Redza telah membelikan tablet yang bawah RM 300 untuk kegunaan mereka ketika kami bertiga sibuk berkerja di siang hari ketika mama menjaga anak-anak kami.
SESAMPAI sahaja di rumah, Redza merebahkan badannya ke sofa yang empuk di ruang tamu dan aku membawa makanan yang dibungkuskan oleh Farah ketika berada di sana ketika tetamu dijemput makan sebelum majlis resepsi bermula.
            Best tak tadi majlis kahwin si Lia tu?” soal mama apabila turun ke ruang tamu selepas kepenatan menidurkan anak-anakku. Hanya Izzul sahaja yang tidak mahu tidur. Anak lelakiku memang begitu, susah sangat nak tidur lagi-lagi waktu macam ni.
            Best jugaklah, ma. Tapi, penatlah Redza sebab asyik ambil gambar je,” ujar Redza sambil merenung wajahku yang kelihatan penat yang duduk dihadapannya.
            “Eleh… ambik gambar je pun. Bukannya masak,”sindirku. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya! Aku tersenyum sinis apabila Redza menjeling padaku tandanya dia sudah kalah, dan aku telah menang!. Yes!
            “Dahlah, ma. Rez nak mandi dan solat dulu. Lepas tu, Rez nak tidur,” jawab Redza acuh tidak acuh.
            “Merajuklah tu,” sindirku kembali seraya menanggalkan selendang pelangi sifon yang membaluti kepalaku sejak pagi tadi dan meletakkannya di penyakut baju di dalam bilik air untuk dibasuhnya kemudian. Mama sekadar menggeleng sahaja melihat gelagat kami lalu kakinya menapak ke ruang dapur rumahnya.
            “Lauk apa ni? Macam sedap je,” ujar mama sambil membuka tudung saji untuk melihat makanan yang diberikan oleh Farah sebelum mereka pulang ke rumah.
            “Mama tengok ajelah. Ain pun tak tahu apa lauknya tu,” ujarku acuh tidak acuh sambil mengambil tuala yang dijemuran di belakang rumah banglo dua tingkat ini.
            Mama sekadar mengangguk sahaja.
 
SEMINGGU KEMUDIAN…
            MESYUARAT antara ketua-ketua panitia pelajaran SMK Seri Melati berjalan dengar lancar dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Selepas itu, aku segera ke rumah untuk melepaskan segala lelah penatku ini.
            Terfikir juga hendak singgah sebentar ke kedai berdekatan untuk membeli snek yang diesan secara ‘tidak rasminya’ oleh anak-anakku. Huh… terpaksalah juga aku belikan, jika tidak seminggulah mereka bermasam muka sahaja ataupun menelefon Redza untuk membelinya ketika Redza sibuk dengan tugasannya sebagai seorang doktor.
            Tiba-tiba, terdapat sebuah kereta memberhentikan keretanya secara mengejut. Aku berasa panik apabila dua orang lelaki yang berbadan besar dan tegap menekupkan hidungku dengan kloroform dan serta-merta pandanganku berpinar-pinar dan menjadi gelap. Segelap-gelapnya…
 
BAU? Bau apakah ini? Kenapa busuk sangat?
                       
            Aku terbangun apabila bau yang kurang enak mencucuk hidung aku. Aku sedar aku kini berada di lorong bawah sebuah jambatan yang sebelahnya air kubahan yang mengalir deras. Patutlah bau busuk, rupanya air kubahan!
            Pergerakanku terbatas. Kedua-dua tangan dan kaki aku diikat dengan tali raffia yang agak kuat ikatannya. Tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang sedang bergema.
            “Bos, itu adik Ilham kita sudah tangkap punya leh. Apa mahu buat sekarang ni?” suara seorang pemuda yang suaranya agak garau dan sedikit kuat. Bahasa yang digunakan seperti intonasi orang Cina bercakap tetapi wajahnya seperti Melayu. Pelik.
            Aku berasa panik apabila lelaki berwajah bengis tersebut mematikan perbualannya ditelefon bimbitnya dan memandang tajam ke arah wajahku. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini!
            “Kenal aku tak?” soal pemuda tersebut sambil mengelus wajah mulusku.
            Aku sekadar menggeleng sahaja. Tidak semena-mena, tudung yang membaluti kepalaku ditarik kasar oleh pemuda tersebut. Terserlahlah rambut ikal mayang aku ini.
            “Cantik,” ujar lelaki tersebut sambil mengelus lembut rambutku ini. Kalau nak ikutkan hati, mahu jerit sahaja, tetapi mulutku ditampal dengan menggunakan cellophane tape.
            Aku tersebut membuka tampalan tersebut memandangkan dia ternampak aku seperti hendak menjerit.
            “Kau nak apa dari aku? Aku tak ada apa-apa urusan dengan kau dan aku tak kenal siapa kau!!!” jeritku kepada pemuda tersebut yang sedang asyik memandang mukaku.
            “Ohh… tak ada apa. Aku nak Ilham. Kau kan adik dia?” ujar selamba lelaki tersebut lalu memetik mancisnya untuk menyalakan sepuntung rokok yang berada di luar mulutnya sejak daripada tadi dan menghisapnya dengan penuh kenikmatan yang ada pada rokok tersebut.
            “Ya. Memang aku adik dia! Tapi kenapa aku yang menjadi mangsa? Sepatutnya kau berurusan sahaja dengan dia!” tempelakku. Pemuda tersebut sekadar tergelak sahaja sambil menghisap rokoknya. Ini membuatkan hati aku ini bakar membara.
            “Eh… tak ada masa aku nak culik kau kalau tak sebab bos yang suruh aku culik kau. Kau nak tahu kenapa?” ujar lelaki itu kembali.
            “Kenapa?” cabarku dengan berani yang ada pada ketika ini.
            “Sebab, abang kau dah pregnantkan adik bos aku. Lepas tu, dia main chow macam tu aje. Anak adik bos aku dah 4 tahun lebih. Kau faham tak apa yang aku cakap ni,” ujar lelaki tersebut sambil mencengkam daguku dengan kuat. Aduh, sakitnya!. Aku tak mampu nak membalasnya kembali kerana kedua-dua belah tanganku terikat dengan ketat.
            Telefon aku berbunyi menandakan terdapat panggilan yang memasuki talian telefon bimbitku.
            Pemuda tersebut merampas telefon bimbit kepunyaan aku di dalam beg tangan disebelahku.
            “Ohh… sayangku yang call ya. Kau tengok ni apa yang aku buat,” pemuda tersebut menunjukkan skrin telefon bimbitku dan menyentuh butang merah tanda talian sudah diputuskan. Ahh! Sakitnya hatiku ini apabila dia berbuat demikian kepadaku. Satu jelingan aku hadiahkan kepada pemuda tersebut sebagai tanda protes dengan tindakan ‘gila’ dia tersebut.
            “Kau nak nombor siapa tu? Bagi sini handphone aku tu,” aku marah kepada pemuda tersebut. Aku cuba untuk merungkaikan ikatan tanganku ini tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja.
 
“HELO, Ain. Ain kat mana ni? Dah sehari suntuk suami kamu cari kamu sampai ke rumah cari kamu, Ain,” ujar abang Am sebaik sahaja mengangkat panggilan yang palsu yang dibuat oleh pemuda tersebut dengan menggunakan nombor telefon milik aku.
            “Helo, Ilham. Kau kenal aku tak?” satu suara menerjah gegendang telinga abang Am. Abang Am menjadi terkejut secara tiba-tiba.
            “Siapa kau? Kau nak apa dari aku?” jerkah abang kepada suara yang menjawab panggilan tersebut.
            “Kau kenal tak kenal aku Ilham? Aku ni Alex. Konco besar King,” suara tersebut memperkenalkan dirinya apabila terdengar akan jerkahan abang.
            Alex? Kenapa dia sahaja tidak tertangkap? Bukankah Ramli, Fir, dan Rash sahaja ditangkap sewaktu pergelutan yang berlaku ketika dahulu?.
            “Aku nak kau datang jabatan bawah highway Kesas menuju ke Awan Besar. Malam ni jugak dan bawak duit sebanyak RM 1 juta. Faham?!” ugut lelaki tersebut kepada abang.
            “Kalau aku tak bagi?” abang membangkang ugutan tersebut.
            “Aku nak laki dia ceraikan isteri dia ni. Tahulah aku nak buat kat dia ni?. Ingat, esok sebelum pukul 12 malam” ugut Alex sambil menyentuh halus wajah aku. Aku sekadar membuntangkan mata dan menjerit dengan tetapi tidak kedengaran kerana mulut ditampal balik oleh cellophane tape.
            RM 1 juta yang hendak dicari selama 24 jam ini? Mana nak dapat duit sebanyak tu? Abang manalah duit sebanyak tu kerana abang hanyalah kerja peniaga sayur sahaja di pasar besar kampung. Gaji pun setakat untuk menampung untuk dirinya sahaja.
 
“MACAM mana? Dia okey ke?” soal cemas Redza apabila Ilham meletekan gagagan telefon bimbitnya di atas meja.
            Ilham sekadar menggeleng sahaja.
            “Ain kena culik. Lepas tu, dia mintak RM 1 juta! Mana nak cari duit sebanyak tu?” luah Ilham sambil menundukkan sedikit kepalanya.
            “Tak mengapa. Duit Redza boleh bereskan. Sekarang ni buat report polis dulu,” arah Redza dan segera mengajak Ilham ke balai polis untuk membuat laporan polis tentang kes tersebut.
            Mereka bersama-sama menuju ke kereta Redza dan sebelum berangkat pergi, Ilham mengunci pintu pagar rumahnya dan lalu masuk ke dalam perut kereta Redza.
            Sesampai sahaja dibalai polis untuk membuat laporan, Ilham segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka peti mesejnya lalu membuka mesej yang dikirimkan oleh penculik tersebut dengan menggunakan nombor telefon milik aku.
            Tolong bagi duit tu sebelum 12 malam ini. Kalau tidak, nahas adik kau, aku kerjakan…
            Polis meneliti maklumat tersebut dan segera mengisinya ke dalam pangkalan data kes-kes jenayah yang berlaku ke dalam komputer yang berada dihadapannya.
            Selesai sahaja laporan dibuat, mereka segera ke bank yang berdekatan untuk mengeluarkan duit sebanyak RM 1 juta yang diminta oleh penculik. Mereka bercadang untuk pergi ke tempat kejadian tersebut selepas maghrib dengan iringan polis untuk memberkas penjenayah tersebut. Mereka percaya bahawa ada segelintir geng kongsi gelap tidak diberkas lagi. Ini membuatkan keadaan lebih sukar yang dijangkakan kerana geng-geng kongsi gelap tersebut asyik hendak mencarinya pada setiap waktu.
 
TEPAT pukul 8.00 malam waktu tempatan. Abang dan Redza segera ke tempat persembunyian penculik tersebut dengan iringan polis. Mereka menaiki kereta masing-masing, manakala kereta Redza dihadapan dan kereta-kereta polis dibelakang mereka untuk mengikuti mereka ke tempat persembunyian tersebut.
            Sesampainya dibawah jambatan Lebuhraya yang menuju ke Singapura, abang dan Redza segera keluar ke perut kereta mereka dan pihak polis menyembunyikan kereta mereka ditempat yang berjauhan dari tempat kejadian supaya kerja untuk memberkas penculik tersebut berjaya. Itu semua idea abang dan Redza bgi memberkas penjenayah tersebut.
            Abang memberi duit tebusan tersebut kepada penjenayah tersebut. Penculik tersebut menarik kuat rambutku sehingga aku meraung kesakitan kerana tarikan kuat tersebut. Selain itu, penjenayah tersebut mengacukan pistol dikepala sebagai ugutan jika abang tidak menyerahkan duit tebusan yang dimintanya kurang 24 jam yang lalu.
            Tidak semena-mena, Redza datang menyergah penculik tersebut dengan memukul penculik tersebut dengan menggunakan besi keras yang berada dikawasan sekitar tempat kejadian tersebut.
            Penjenayah tersebut berang lalu membelasah Redza. Nasib baik Redza mempunyai ilmu tentang seni mempertahankan diri yang dipelajarinya sejak dibangku persekolahan lagi.
            Pergelutan tersebut menjadi tegang apabila abang mengambil tindakan dengan menyerang kembali penculik tersebut apabila kelihatan Redza kepenatan melawan penculik tersebut. Aku kelihatan darah keluar mengalir daripada batang hidung Redza.
            Semasa pergelutan tersebut berlaku antara abang dan penculik tersebut, Redza mengambil kesempatan untuk meleraikan ikatan tanganku. Dengan kadar yang segera, Redza mengajak aku untuk melarikan diri sementara menunggu polis untuk mengambil tindakan susulan.
            Apabila penculik tersebut terlihat kami melarikan diri, penculik tersebut mengejar kami tetapi usahanya sia-sia kerana abang bertindak memalingkan wajahnya ke arah muka abang dan menumbuknya dengan sekuat hati.
            Kedengaran bunyi siren kereta polis yang bingit menerjah kawasan bawah jambatan tersebut. Aku berasa lega kerana pihak polis telah tiba.
            Pihak polis telah mengarahkan kepada penjenayah tersebut agar tunduk dan meletakkan senjatanya lalu dua orang daripada pihak polis tersebut menggari tangan penjenayah tersebut. Selepas penjenayah tersebut diberkas, kami segera mendapatkan abang yang teruk dibelasah oleh penjenayah tersebut dan abang sudah tidak mampu lagi untuk bangkit lalu Redza menyuruh salah seorang pihak polis untuk mengangkat abang memandangkan tubuh badan abang lebih besar berbanding Redza yang agak tegap dan kurus masuk ke dalam kereta kami untuk dibawa ke hospital berdekatan.
            Sesampainya kami di Hospital Besar Sultanah Aminah,Johor Bahru, aku dengan tergesa-gesa keluar daripada perut kereta dan memberitahu kes kecemasan kepada jururawat yang bertugas dikaunter pendaftran lalu dua orang jururawat dan dua orang atendan yang bertugas segera menolak stretcher ke hadapan pintu kecemasan dan segera memapah abang yang dalam keadaan kesakitan dengan bantuan Redza sekali untuk membaringkan abang diatas stretcher dan menuju ke wad ICU hospital tersebut untuk rawatan susulan.
            Aku berserah sahaja kepada Allah dan berdoa agar abang cepat sembuh. Hanyalah Dia tempat aku meminta bantuan dan aku berasa syukur kerana penculik yang menculik aku tidak mengapa-apakan aku.
            Selesai sahaja abang dimasukkan ke dalam wad, aku dan Redza segera pulang ke rumah yang agak jauh dari kawasan Johor Bahru ke Kota Tinggi tempat tinggal kami dan ibu bapa Redza.
            Sesampai sahaja dihadapan rumah banglo dua tingkat milik mama dan papa, alangkah terkejutnya mama apabila aku sudah kembali ke pangkuan keluarga dan ketiga-tiga anakku datang memeluk aku kerana mereka merinduiku yang teramat.
            Aku segera duduk di atas sofa di tengah ruang tamu rumah dan menanggalkan tudung yang sudah berbau hapak. Selepas ini, aku bercadang untuk mandi untuk membersihkan diri dan menqadakkan solat yang tertinggal kerana diculik kurang 24 jam yang lalu.
            Seusai sahaja solat digantikan, aku menadah tangan dan berdoa kepada yang Maha Esa kerana bersyukur dipanjangkan hayatku dan berdoa agar abang cepat sembuh. Terima kasih, Allah…
KEESOKAN HARINYA…
            Pihak polis telah menghubungi Redza bahawa sindiket-sindiket kongsi gelap telah diberkas secara seratus peratus dalam ops cantas yang dilancarkan sejak sebulan yang lepas.
            Sebaik sahaja Redza mematikan talian dan aku berlalu ke dalam bilik, aku bersujud syukur tanda bersyukur kerana kehidupan aku selepas ini aman kerana tiada lagi gangguan daripada mereka.
            Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering tanda ada orang yang menghubungiku. Selepas sahaja aku bersujud syukur, aku lantas mencapai telefon bimbit di dalam beg tanganku dan menjawab panggilan tersebut.
            Pihak Hospital Besar Sultanah Aminah telah memaklumkan bahawa abang kini berada dalam keadaan yang stabil dan dipindahkan ke wad biasa. Sebaik sahaja talian dimatikan, aku bercadang untuk mengajak Redza untuk melawat abang dihospital selepas waktu solat zohor.
            Sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor, kami bersiap dan aku mengajak anak-anakku untuk ikut serta. Tetapi, mereka menolak dan mama mengatakan bahawa dia boleh menjaga mereka.
            Habis sahaja kami bersiap, kami ke perut kereta dan kereta Redza laju meluncur ke jalan raya dan menuju ke lebuhraya yang menuju ke Johor Bahru. Aku menyuruh Redza memberhentikan keretanya dihadapan gerai buah-buahan untuk membeli buah tangan kepada abang dihospital nanti.
            Aku membeli sebiji oren Sunkist, dua biji limau mandarin dan sebiji epal memandangkan aku sudah membekalkan lauk yang dimasak oleh aku pada hari ini iaitu sup sayur dan bubur.
            Selepas kami selesai urusan jual beli dan tawar menawar, kami segera menuju ke hospital memandangkan jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Kami perlu segera kerana hendak sampai sebelum matahari terbenam.
            Sampai sahaja dihospital dan menyakan wad yang menempatkan abang, kami segera menuju ke wad yang dikatakan oleh jururawat dikaunter.
            Sampai sahaja diwad abang, aku kelihatan abang sedang menonton televisyen sambil tergelak. Agaknya, dia sedang menonton rancangan komedi. Telahku.
            Sebaik sahaja aku memasuki wad yang menempatkan abang, aku segera memberikan buah tangan yang dibeli di Kota Tinggi dan sedikit lauk-pauk iaitu bubur dan sup sayur. Dia tersenyum lalu mengambil buah tangan daripada tanganku.
            Aku juga mengatakan bahawa doktor telah mengatakan bahawa abang dibenarkan pulang pada esok hari memandangkan luka abang sudah sembuh sepenuhnya. Dia berasa gembira dengan pengkhabaran tersebut. Dia berasa gembira kerana Allah telah membantunya untuk menyembuhkan segala kesakitan yang dialami dan boleh dia beribadah dengan biasa selepas ini tanpa bantuan sesiapa lagi untuk dia mengambil wudhu selepas ini.
 
DUA TAHUN KEMUDIAN…
            Kini, abang sudah sah bergelar suami kepada Ustazah Mardhiah dan kini, kak Dhia, iaitu panggilan mesra Ustazah Mardhiah, sedang sarat mengandung sembilan bulan dan tunggu masa sahaja untuk melahirkannya. Kata Redza, kak Dhia sedang mengandungkan anak kembar lelaki dan perempuan. Wah, semakin meriah dalam keluarga kami selepas ini dengan kehadiran mereka kelak dan peneman ketika anak-anakku untuk bermain bersama-sama.
            Tidak terkecuali juga, Lia pun telah selamat melahirkan anak kedua yang berjantina lelaki dan Farah sudahpun tamat pengajiannya di Auckland dan kini, dia bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang Perniagaan Pentadbiran dengan kelulusan DBAnya. Aku gembira kerana cita-cita tercapai juga walaupun aku hanya mempunyai master sahaja kalau nak dibandingkan dengan Farah.
            Suasana perkarangan rumah lama milik keluarga menjadi sedikit gamat apabila abang memanggilku kerana kak Dhia telah mengadu sakit sejak 30 minit yang lalu. Kata Redza, contraction sedang berlaku dimana bahawa bayi tersebut akan dilahirkan dengan ukuran 1.2 cm.
            Tidak membuang masa, kami membawa kak Dhia ke hospital dimana Redza bertugas disana untuk menyambut kelahiran anak sulung kak Dhia dan abang Am.
SEMBILAN JAM KEMUDIAN…
            Redza telah mengesahkan bahawa kak Dhia telah selamat melahirkan kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Selesai sahaja abang mengazan dan mengiqamatkan kedua-dua orang anaknya, aku menyambut anak lelaki abang dan mengusap lebut dahinya. Wangi.
            Ada satu hadis mengatakan bahawa bau harum pada bayi tersebut adalah bau daripada syurga dan anak adalah amanah dari Allah untuk dijaga sebaik mungkin dan ibu bapa perlu mencorakkan kehidupan mereka dengan betul dan menyediakan segala keperluan mereka.
            Aku berharap agar rumah tangga antara abang dan kak Dhia berkekalan sampai ke anak cucu dan hanya kematian sahaja dapat memisahkan mereka berdua kerana kematian seseorang tidak dapat dielakkan walaupun sesaat. Dengan kehadiran cahaya mata mereka ini, dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri malah akan menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah.
            Terima kasih Allah kerana akhirnya kehidupan aku bahagia, aman dan damai. Akhirnya, takdir itu milik aku juga!. Alhamdulillah…
 
                                                TAMAT
 
           
 
           
 
 
           
 
           
 
 
 
 
 
           
 
           
 
           
 
           
 
 








           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan