PEPATAH Arab ada mengatakan “Man Jadda Wajjada”, yang
membawa maksud sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.”. Nurul Harlina Hawani,
seorang gadis anak yatim piatu sering memegang erat prinsip “Man Jadda
Wajjada”. Baginya, walau apapun terjadi, cita-cita tetap nombor satu di dalam
hidupnya.
Tetapi,
sayangnya Hawani terpaksa nikah dengan lelaki kegilaan wanita di Tadika Seri
Puteri iaitu Zarif Idham dengan keadaan yang semua wanita tidak ingin dinikahi
iaitu ditangkap basah oleh pihak JAIS di rumah lelaki itu sendiri ketika Lina
hendak menghantar surat kepada Haniezah, iaitu kakak Zarif Idham.
“Saya
setuju kahwin dengan anak Puan Sri. Tapi bersyarat jangan sesiapa tahu tentang
rahsia ni. Tolonglah, itu sahaja yang saya minta”-Hawani
Ya!
Itu sahajalah syarat yang dikenakan oleh pak long Zamil dan mak long Zahra.
Terkedu
Adam dibuatnya kerana terpaksa mengikut arahan Hawa sebagai syarat untuk
terlepas daripada tuduhan khalwat antara mereka. Jika tidak, kes khalwat akan
dibawa ke mahkamah dan disyaki melakukannya dengan secara sengaja akan dihukum
membayar denda sebanyak RM 5,000. Mana mahu letak muka yang malu tahap 200
peratus ini! Idham panasaran!
Tetapi
sayangnya, hubungan suami isteri setakat di atas kertas sahaja. Walaupun duduk
serumah, tetapi tidak rasa seperti berkahwin kerana masing-masing tidur di
bilik yang berasingan. Bagaimana harus Idham lakukan?. Biarkan berterusan sahaja
atau perlu buat sesuatu tindakan?
“Dia
isteri aku, hanya maut sahaja dapat memisahkan kami berdua”- tekad Idham.
Apabila
baru sahaja mengecapi kebahagiaan rumah tangga, secara tiba-tiba kebahagiaan
itu dipanah petir yang amat panas apabila si Hawa mendapat tahu bahawa suaminya
telah buat perkara terkutuk di belakangnya. Sungguh tidak sangka, sanggup dia
buat begitu!
Adam
telah beberapa kali membuat pengakuan yang dia tidak membuat maksiat dan itu
fitnah semata-mata. Gambar yang telah disuper
impose! Siapa punya angkara ini? Erina? Benarkah?
Ketahuilah
kisah mereka yang penuh onak duri selepas peristiwa tersebut dan pengakhirannya.
Adakah mereka akan bercerai sebagai jalan penyelesaiannya?
-Demi Allah, saya cintakan dia sampai ke jannah.
Hanya ajal sahaja dapat memisahkan kami berdua-
PROLOG
SUASANA
tempat menunggu pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) agak sesak
memandangkan waktu hujung minggu ini kebanyakan pesakit datang untuk mendapatkan
rawatan kerana pada waktu hujung minggu sahajalah untuk mereka mendapatkan
rawatan memandangkan kesibukan kerja pada waktu kerja. Tidak kira juga lalu
lintas di sekitar kawasan hospital tersebut.
Ramai
juga pesakit di kaunter perndaftaran dan pekerja-pekerja di situ tidak menang
tangan dibuatnya. Mereka perlu mendaftarkan seramai 50 pesakit dalam satu masa.
Jika tidak, mereka pasti akan dimarahi oleh pegawai yang bertugas di unit
rawatan pesakit luar tersebut.
Kelihatan
seorang pesakit memasuki ke bilik Dr. Nurul Harlina Hawani untuk memulihkan penyakit
perutnya yang menyerang sejak tiga hari yang lalu. Kemungkinan, dia diserangi
penyakit gastrik dan perlu memakan ubat yang dibekalkan oleh klinik
memandangkan ubat-ubatan di klinik lebih selamat berbanding di farmasi kerana
jikan tersalah makan ubat, pesakit tidak mampu untuk bangun kerana kesakitan
yang teramat yang tidak mampu ditanggung.
“Alhamdulillah.
Encik tak apa-apa , Cuma gastrik je, tak teruk sangat tapi ingat jangan minum
susu kerana ia asid yang boleh menambahkan kesakitan di perut kita”, penerangan
panjang lebar Dr.Hawani kepada pesakitnya tentang penyakit yang dihadapinya
tidaklah teruk sangat.
“Alhamdulillah.
Terima kasih doktor”, ujar pesakit itu sambil meraupkan tangan ke mukanya.
“Sama-sama”,
Hawani senyum kerana senyum itu mampu merawat keperitan penyakit yang dihadapi
oleh pesakitnya. Lalu, dia menyuruh pesakit tersebut mengambil ubat yang disarankan
di farmasi berdekatan.
Usai
membuat pemeriksaan kesihatan kepada pesakit tersebut, terpandang akan
gambar insan- insan yang paling dicintai
di dunia. Rindu terbuak-buak menyapa diri. Harlina bercadang akan pulang awal
ke rumah untuk bertemu insan tersebut.
Tiba-tiba,
jantung Hawani hendak terkeluar apabila disergah oleh rakan baiknya, Zaara Aliya.
Zaara tak sah kalau tak sakat Hawani walaupun sehari. Persahabatan mereka umpama
isi dengan kuku. Walaupun ada sedikit kegoyahan dalam persahabatan mereka,
mereka akan tetap bersama walaupun masin-masing sudah mempunyai keluarga umpama isi dengan kuku.
“Hoi,Hawa!.
Kau berangan ke? Dah…dah… ramai lagi patient
nak buat check-up ni.Kalau kau sayang
sangat hubby kau tu, nanti balik kau
peluk dia kuat ataupun kau kiss je
dia. Biar dia tergoda sikit”, sindir Zaara yang ternampak Hawa asyik
mengelamun sahaja. ‘Hish! Dia ni kan!’ gumam Hawa dalam hati kecilnya.
“Amboi
kau ni . Kau tu pun sama. Kalau si Azzam nak cari perempuan lain, aku tak
tahu,” ejek Hawa kepada rakan baiknya, Zaara yang suka menyakatnya sejak belajar di Jordan lagi.
Zaara Aliya merupakan rakan baiknya sejak
belajar perubatan di Universiti Sains dan Teknologi, Jordan. Dialah rakan dunia
dan akhirat selepas Azzam Shahfiz yang kini bergelar suami Zaara secara sah dan
kini Zaara sah mengandung anak sulungnya yang sedang masuk sembilan bulan dan
tunggu waktu sahaja untuk melahirkannya ke dunia.
“Gila
kau?!”terjerit sedikit Zaara apabila mendengar ‘idea bernas’rakannya.
“Eh, betullah!’tempelak
Hawani.
“Dah…dah… Sambung
kerja. Borak dengan kau sampai lusa pun tak habis.”akhirnya Zaara mengalah jua. Hawa pula tersengih apabila melihat gelagat Zaara yang pertama kalinya dia beralah. Tidak pernah selama ini dia hendak beralah.
“Dahlah selalu on-call memanjang. Penat aku,”keluh
Zaara sambil mengusap perutnya yang memboyot itu.
“Tahu tak apa,” sengih
Hawa apabila terlihat akan Zaara yang mula beralah kepadanya. 'Padan muka!. Tu lah siapa suruh
ajak gurau, kalau aku boleh teruskan sampai esok', gumam Hawani.
Tiba-tiba, Zaara Aliya
mengerang kesakitan. Tandanya, kandungan Zaara telah bersiap sedia untuk
dilahirkan. Hawa kaget.
Tidak teragak-agak, Hawa segera berlari keluar
daripada bilik rawatan pesakit luar dan segera memanggil jururawat yang
bertugas di kaunter jururawat untuk memberitahu bahawa Zaara hendak beranak
sebentar lagi. Lalu, terlihat tiga
jururawat segera membawa stretcher dan
segera menuju ke bilik rawatan pesakit luar yang terdapatnya Zaara di sana yang
sedang menahan kesakitan akibat contraction
yang hanya tinggal beberapa inci sahaja.
Hawa yang duduk diluar bilik bersalin segera mencapai
telefon bimbitnya dan segera menelefon Azzam dan memberitahu khabar bahawa
Zaara hendak bersalin. Di dalam perbualan tersebut, Azzam bersyukur kerana dia
akan bergelar bapa dan segera ke Hospital Kuala Lumpur yang terletak agak jauh
daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, tempat Azzam bertugas sebagai
doktor gigi di sana.
Hawa berselawat panjang
dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran anak sulung Zaara. ‘Alhamdulillah…
Lina sebentar lagi kau nak dapat anak saudara dah walaupun dia bukan berasal
daripada keluarga kau…’ desis hati Lina.
Tiba-tiba, nafasnya
turun naik. Dia menghela nafas secara perlahan-lahan dan perlahan-lahan…
BAB
1
Usai
memakai tudung sarung yang agak labuh di atas kepala, Hawa lalu memakai compact powder lalu calitkan sedikit
gincu merah bata di bibirnya sebagai pelengkap gaya untuk menghadiri temudunga
kali pertamanya di Tadika Seri Puteri yang rata-ratanya murid perempuan yang
memenuhi tadika tersebut.
“OK,
dah siap!. Dah lambat ni”, lantas Hawa pergi ke ruang makan rumah.
“Hawa,
mari sini sarapan,”ajak mak long Zahra.
“Mak
long masak apa hari ini?,”begitu
berselera Hawa melihat hidangan yang dimasak sendiri oleh Mak Long Zahra.
“Alah
biasa-biasa je, nasi goreng kampung.” Ujar mak long Zahra sambil meletakkan
nasi goring kampung yang baru sahaja diangkat daripada kuali untuk dihidangkan
untuk sarapan pagi.
“Wah,
sedapnya. Lina makan dulu ya,” ujar Hawani. Teringat akan arwah ibu dan ayah
yang telah lama pergi disebabkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ayah,
ibu dan adik yang dalam kandungan yang baru berusia enam bulan ketika dia masih
11 tahun lagi. Hidangan ini merupakan hidangan buat kali terakhir di pagi
sebelum kemalangan terjadi. Pada ketika itu Allah sahaja tahu betapa pedihnya
hati bila mendapat tahu ayah dan ibu telah pergi. Selepas tragedi tersebut
terjadi, dia hanya menumpang kasih keluarga Mak Long Zahra dan menganggap
Suhana sebagai belangkas yang tidak terpisah.
“Manalah
si Hana ni? Membuta sahajalah yang dia tahu,” rungut Mak Long Zahra.
“Tapikan
dia dah solat subuh. Biarkan sahajalah. Biasalah hujung minggu kan ?. Nanti
kalau dipaksa, protes pulak budak tu.”nasihat Hawani.
Mak
Long Zahra setakat dengar sahajalah.
“Hawa,
hari ni kamu dapat kerjakan ?”tanya Mak Long Zahra.
“Ya,
mak long. Dekat Tadika Seri Puteri” ujar Hawa sambil meyuapkan nasi goring
tersebut ke dalam mulutnya.
“Ohh…
Berapa gaji sebulan?” tanya mak long Zahra lagi.
“Dalam
lingkungan RM1200 sebulan.” Ujar Hawa apabila selesai makan dan minum seteguk
air Nescafe yang dibuatnya sendiri.
“Banyak
juga tu.” Mak long Zahra mengakhiri perbualan mereka.
“Alhamdulillah.
Eh mak long, Lina dah lambat ni.Hari pertama interview. Nanti marah pulak Puan Haniezah,Asalamulaikum” ujar Harlina
dalam keadaan tergesa-gesa sambil melihat jam tangan yang menunjukkan pukul
8.30 pagi.
“Waalaikumsalam.”
Mak Long Zahra menjawab salam.
***
Sesampainya
di tadika, dia terkejut apabila terserempak seorang pemuda yang mempunyai rupa
yang sangat kacak yang tidak boleh
dibandingkan dengan lelaki-lelaki di luar sana termasuk Muhammad Azzam
Shahfiz yang ketika dahulu kala dialahlelaki idaman pelajar-pelajar perempuan
di MRSM Muar. Dahlah pandai, handsome
pulak itu dan ramai rakannya cemburu apabila Azzam hanya berkawan dengan Lina
sahaja. Teringat pulak zaman persekolahannya sampai pemuda tersebut menegurnya
yang separuh khayal apabila memandang wajahnya.
‘Tahulah
aku ni handsome, tapi janganlah
pandang macam nak makan aku!,’ geram lelaki tersebut apabila melihat Hawa asyik
memandangnya tanpa putus seperti hendak menelannya.
“Cik, tak apa-apa ke .
Kalau tak sihat, saya hantarkan cik ke klinik kat depan sana tu,” lelaki
tersebut menawarkan bantuan yang ikhlas kepada Lina yang daripada tadi duduk
diam sahaja.
“Ohh, tak mengapa. Saya
nak cari Puan Hanieza. Ada tak dia ?”soal Hawa yang tidak suka membuang
masa.
“Ohh.. kakak saya tu.
Ok cik, belok kiri dan jalan terus. Lepas tu, jumpalah pejabat yang nama
tertera Puan Hanieza,” ujar pemuda tersebut sambil menundingkan jarinya ke
arah tangga yang berdekatan dengan tadika tersebut.
“Terima kasih.” Ujar
Hawa dengan senyuman yang manis lalu pemuda tersebut membalsnya kembali.
***
***
“Ini ke Puan Hanieza binti Shakir. Pemilik tadika Seri Puteri
?” soal Hawa demi mencari kepastian.
“Ya, saya. Awak ni
Nurul Hawani binti Amir yang tempoh hari awak call saya untuk temuduga menjadi
cikgu sementara selama lima bulan kat sini
kan ?”
“Ya, saya.” Hawa
menganggukkan kepalanya apabila Hanieza menyoalnya.
“OK.Perkenalkan diri
awak,”Puan Hanieza memulakan temu duga dengan Lina.
“Nama saya Harlina
Hawani binti Amir dan lahir pada 12 Ogos 1983 di Johor Bahru.”Hawa perkenalkan
diri dengan penuh yakin.
“Ohh… kampung saya kat
Johor jugak,”celah Puan Hanieza.
Hawa tersenyum.
“Awak nak kerja part time kat tadika sini ?”soal Puan
Hanieza lagi.
“Ya, Puan,”jawab Hawa
dengan penuh yakin dan mengharapkan dia diterima berkerja sambilan di situ.
“Kalau boleh, esok awak
start kerja. Sambil-sambil tu, awak
tinjau-tinjaulah kat sini . Tengok kawasan persekitaran kat tadika ini.Saya ada
kerja sikit. Anyway, tahniah kerana
awak diterima berkerja di sini.”
“Terima
kasih.”tangannya diraup sebagai tanda bersyukur kerana diterima berkerja di
tadika Seri Puteri. Alhamdulillah.
***
CANTIKNYA…
Terpegun Hawa terpandang akan lukisan hasil karya murid-murid di Tadika Seri
Puteri.Ada lukis pemandangan tepi pantai, dan macam-macam lagi!. Jika masa
dapat diputarkan kembali, teringin juga dia melihat adiknya membesar dengan
sempurna dan pandai seperti kanak-kanak di tadika. Tapi, apakan daya, Tuhan
lebih menyayangi mereka.
“Cantikkan
lukisan-lukisan ni,”terdengar suara seorang pemuda yang serak basah menyapanya.
“MasyaAllah. Terkejut
saya,”Hawa terkejut dan secara tidak sengaja dia melepaskan lukisan-lukisan
tersebut ke arah wajah pemuda tersebut. Nasib baik Lina tak ada sakit jantung.
Kalau tidak Nauzubillahiminzalik!.
“Awak ni dah kenapa ?
Tadi tenung saya macam nak makan saya je. Anyway,
macam mana interview tadi ?
Semuanya ok?,”soal pemuda itu.
“OK.”Sepatah ditanya,
sepatah menjawablah alamatnya. Malu punya fasal!
“Nama awak siapa ? Nama
saya Zarif Idham bin Shakir.”Idham memperkenalkan dirinya. Lalu
tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Hawa.
“Hawani. Panggil Hawa. Awak ni adik kepada Puan Hanieza ke?” Lina sekadar memperkenalkan dirinya tetapi
tidak membalas huluran Idham kerana berdosa jika bersentuhan dengan lelaki yang
bukan muhrim walaupun hanya sekadar berjabat tangan sahaja.
Adam sekadar mengangguk
sambil mengemas kembali lukisan yang bertaburan di lantai tersebut. Suasana
dalam pejabat Puan Hanieza agak tegang sedikit kerana Hawa terpaksa
menghadapi Adam yang berwajah kacak tersebut.
“Saya nak tanya sikit
boleh tak?” soal Hawa dengan tersipu-sipu malu.
“Tanya banyak-banyak
pun boleh. Saya sudi mendengarnya,” ujar Idham dengan senyuman manis yang terbit
dari bibir mungilnya tersebut. Terselah kekacakkan pada wajahnya.
“Saya nak tanya, kenapa
muka awak dengan kakak awak lain sangat. Yalah, kakak awak tu muka dia ada
iras-iras keturunan arab. Yang awak pulak macam cina sikit? Kenapa ya?”soal
Hawa dengan penuh bersungguh-sungguh.
“Sebab mak saya asal
daripada Siam sebab itulah saya ni macam cina sikit. Ayah saya pula lahir
daripada keturunan Palestin yang bermastautin di Malaysia dan atuk nenek saya
pula fasih bertutur dalam bahasa
Melayu,” terang Idham kembali seraya memberitahu salasilah keluarganya.
“Ohh…macam tu ke?”balas
ringkas Hawa.
Lelaki tersebut
tersenyum apabila Lina menjawab kembali perbualannya yang dilontarkan kepada
Lina.Perasaan tidak keruan menyapa Lina.Argh! mengucap Lina sebelum terlambat!.
Hanya wajahnya yang kacak yang boleh mengalahkan Azzam, sudah boleh melupakan
tujuan sebenarnya untuk bertandang ke tadika tersebut.
Selepas lelaki tersebut beredar, terdetik satu soalan
yang menguasaidi minda pada ketika ini, entah-entah dia ni sepupu Azzam tak?!.
Muka seiras dengan Azzam tetapi kulit lelaki tadi lagi putih seperti kuning
langsat berbanding Azzam yang sawo matang.
“Awak? Ok tak ?”lelaki
tersebut menyoal.
“Ok…ok…Kalau macam tu
saya panggil awak…”
“ Am,”Adam mencelah.
Lina sekadar mengangguk sahaja.Dia berterus-terusan memandangnya dengan lagak yang agak berani. Sebenarnya, hatinya sudah melting gila apabila terpandang akan wajah Adam yang terlalu kacak yang tidak terjumpa seumur hidupnya.
Lina sekadar mengangguk sahaja.Dia berterus-terusan memandangnya dengan lagak yang agak berani. Sebenarnya, hatinya sudah melting gila apabila terpandang akan wajah Adam yang terlalu kacak yang tidak terjumpa seumur hidupnya.
MasyaAllah!. Indah
sungguh ciptaan Allah yang Esa ini.
“LINA,
kerja macam mana ?”Mak Long Zahra menyoal sebaik sahaja selesai mencuci pinggan
di singki selepas sahaja makan tengahari.
“Alhamdulillah.Esok dah
boleh start kerja,”ujar Lina dengan penuh yakin.
“Akak, akak kerja kat
Tadika Seri Puteri ke,kak?”Hana mencelah. Lina mengangguk sahaja sambil
mengambil alat kawalan jauh Astro untuk menukar channel yang disukainya.
“Eh…eh… kamu ni?
Menyibuk saja. Dah belajar ke belum?, bulan depan pulak nak exam,” sempat
mak long Zahra mencelah dan membebel kepada anak tunggalnya, Suhana.
“Dahlah mak. Akak, kat
sana ada seorang tau. Mukanya handsome
bangat!.Cair pulak hati ini blia pandang muka dia. Kan best kalau jadi BF I,”Hana mula menjadi perasan.
Lina mula tertanya.
Siapa pula lelaki yang dimaksudkan oleh Hana? Adam ke?. Berkerut dahi Lina
memikirkan siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Hana. Amboi, masih sekolah lagi,
dah pandai main cinta bagai mengalahkan pasangan suami isteri.
Hish..hish.. budak-budak zaman sekarang, asyik-asyik lelaki, kalau tak lelaki, mesti perempuan yang kekadang membawa gelaran “chikaro”
Hish..hish.. budak-budak zaman sekarang, asyik-asyik lelaki, kalau tak lelaki, mesti perempuan yang kekadang membawa gelaran “chikaro”
Apa punya bahasalah
zaman sekarang ni ?.Hmm…
* * *
BAB
3
Sudah seminggu Adam tidak kelihatan di tadika. Barangkali sibuk dengan urusan kerjanya?.Entahlah... Tapi hati Lina tenang kerana tiada siapa lagi yang busybody menayakan soalan-soalan peribadinya.Syukur tak terhingga...
Sudah seminggu Adam tidak kelihatan di tadika. Barangkali sibuk dengan urusan kerjanya?.Entahlah... Tapi hati Lina tenang kerana tiada siapa lagi yang busybody menayakan soalan-soalan peribadinya.Syukur tak terhingga...
Terdengar satu suara memanggil namanya.
“Puan ?”soal Lina dengan wajahnya yang kehairanan.
“Alah... tak perlu panggil saya puan. Panggil kak Ira je,”Ayu Umairah merendahkan dirinya kepada Lina. Walaupun beliau merupakan majikan di Tadika Seri Puteri,tetapi beliau telah terbiasa dengan panggilan ‘kak Ira’. Ibarat ‘ular yang menyusur ke jalan yang sempit, takkan hilang bisanya’. Itulah prinsip hidupnya. Walaupun setinggi mana pangkat kita, janganlah lupa bahawa kita hanyalah manusia biasa di sisi Allah, yang hanya membezakan seseorang itu hanyalah iman dan ketakwaannya kepadaNya yang satu.
“Puan ?”soal Lina dengan wajahnya yang kehairanan.
“Alah... tak perlu panggil saya puan. Panggil kak Ira je,”Ayu Umairah merendahkan dirinya kepada Lina. Walaupun beliau merupakan majikan di Tadika Seri Puteri,tetapi beliau telah terbiasa dengan panggilan ‘kak Ira’. Ibarat ‘ular yang menyusur ke jalan yang sempit, takkan hilang bisanya’. Itulah prinsip hidupnya. Walaupun setinggi mana pangkat kita, janganlah lupa bahawa kita hanyalah manusia biasa di sisi Allah, yang hanya membezakan seseorang itu hanyalah iman dan ketakwaannya kepadaNya yang satu.
“Tapikan, puan ni majikan saya. Saya perlulah
panggil Puan. Sebab hormat sikit,”kata Lina kembali dengan lemah lembut sekali sambil
melontarkan senyuman manisnya.
“Tak mengapalah, panggil je kak Ira. Saya dah
terbiasa dengan panggilan itu,” Lina tersenyuk tatkala mendengar Erima berceloteh tentang dirinya
sendiri.
“Kak Ira?”soal Lina.
“Ya? Ada apa yang boleh
saya bantu ?”soal Ayu yang
menunjukkan senyuman manisnya dan mengenakan
selendang berwarna merah jambu muda.
“Saya nak tanya sikit, Adam tu adik akak ke ?” soal Lina bagi mendapatkan kepastian.
“Ya. Kenapa ? Mungkin sebab muka kami tak sama kan ?”soal
Ayu yang seolah-olah sudah tahu jawapan daripada soalan yang dilontarkan oleh
Lina sebentar tadi.
“Dia
kerja apa ya, kak?” soal Lina dengan bersungguh-sungguh demi mendapatkan
jawapan yang sahih daripada darah daging Adam sendiri.
“Ohh…
dia kerja kat syarikat arwah ayah kami. Dah nak masuk lima tahun dia uruskan
syarikat sejak ayah kami meninggal pada tahun 2000 lagi,” ujar Erima dengan
wajah penuh sayu.
‘Ehh…
hidup kak Ira sama macam tapi aku yatim sejak umur 11 tahun lagi.’ Lina
berbicara dalam hatinya.
“Innalillah…”
Lina memberi ucapan takziah apabila mendengar perkhabaran sedih itu daripada
kak Ira.
“Lina
ada mak ayah lagi tak ?” soal kak Ima kembali apabila melihat Lina terdiam
sebentar.
Lina
sekadar menggeleng sahaja. Secara tidak langsung, mutiara putih menitis
daripada tubir matanya. Jika dikenangkan, amat perit rasanya kerana menjalani
kehidupan tanpa kasih sayang ibu bapa. Apakan daya, Allah lebih sayang kepada
mereka.
‘Lina doakan ibu dan
ayah aman di sana.Amin,’ tulus doa Lina di dalam hati. Ingatannya melayang akan peristiwa yang lalu.
“Akak minta maaf ya
sebab terlepas cakap.” Simpati melihat Lina yang sedang bersedih hati.
“Tak mengapalah, kak.
Saya tak kisah. Benda dah lama terjadi,”kata Lina dengan penuh
sayu. Manik-manik halus mula mengalir daripada tubir matanya. Lalu, dia menyeka air mata dengan hujung jarinya.
“Lina,
petang ni awak free tak ?”soal Ayu Umairah kembali.
Lina
pantas mengangguk. Dia memandang sekilas ke arah dinding tadika yang dihiasi oleh lukisan-lukisan yang dilukis oleh murid-murid di tadika tersebut.
“Kenapa
kak Ira tanya bila ada waktu free?.
Ini mesti ada sesuatu yang perlu disuruh.
“Tolong
hantarkan surat kat office akak ke
rumah akak?. Lina tahu tak rumah akak ?” soal Ayu Umairah kepada Lina. Dia
begitu berkenan untuk menjadikan Lina sebagai isteri kepada Adam Shahfi. Kalau
nak dibandingkan dengan Erina, bekas kekasih Adam, Lina jauh lebih baik dan
lebih cantik berbanding Erina. Bertudung pula itu, kalau Erina, jangan harap!
Sekali
lagi Lina mengangguk.
“Jalan
14/2, Taman Kayangan kan ?.” soal Lina kembali sebelum memasukkan surat-surat
tersebut ke dalam beg tangannya tersebut.
“Ya,
betullah tu…”jawab Ayu Umairah kembali.
TELEFON
bimbit
kepunyaan Adam berdering tanda ada panggilan yang dijawabnya.
‘Erina?
Apa yang dia nak ni? Tak cukup ke dia menyakitkan hati aku ni?’ Adam
bermonolong seketika dan meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas dashboard keretanya. Sengaja dia tidak
mengangkat dan tidak mematikan panggilan tersebut kerana tidak mahu Erina syak
apa-apa pun tentang dirinya kerana dia sudah terjatuh kepada gadis yang bernama
Harlina Hawani!
Jam
di dashboard keretanya telah
menunjukkan pukul 8.00 pagi. Hanya tinggal 30 minit lagi, perbincangan antara
klient di Syarikat Suria Mas akan berlangsung. Pada perbincangan kali ini,
mereka akan membincangkan tentang supplier,
financial, jumlah pekerja dan buruh yang diperlukan untuk membina sebuah
bangunan pentadbiran di Kuala Kangsar, Perak. Perbincangan ini dibuat demi
mendapatkan tender daripada syarikat
tersebut. Jika tersilap percaturan, habis naya
satu syarikat dibuatnya!
Sesampainya
di hadapan bangunan syarikat milik arwah ayahnya, Adam segera mematikan bunyi
telefon bimbitnya dan mengunci keretanya dan segera bergegas ke arah officenya yang berada di tingkat 14 A.
Pejabat syarikat arwah ayahnya agak keliru sedikit kerana satu blok sahaja
telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bagi sesiapa yang
baru sahaja memulakan tugas di sini, pasti akan terkeliru sama ada bahagian A
atau bahagian B yang mereka ditungaskan oleh penyelia syarikat tersebut.
Sesampainya
di pejabatnya, terdapat dua orang wakil klient daripada syarikat Suria Mas
telah menunggunya. Mereka sedang berbincang tentang apa yang diperlu dibincangkan
dalam perbicangan sebentar lagi.
“Maaf,
saya terlewat sedikit. Ada hal di rumah,” ujar Adam segera mengambil tempat
duduknya di atas kerusi kulit buatan Itali yang terletak elok di meja kerja
Adam. Kelihatan dua orang wakil klient tersebut sudah bersiap sedia dengan
dokumen-dokumen yang diperlukan untuk perbincangan tersebut.
Selesai
sahaja mereka berbincang tentang projek pembinaan tersebut yang berlangsung
selama dua jam setengah, Adam mengajak mereka untuk makan bersama-samanya,
tetapi mereka menolak tawaran dan mengatakan bahawa mereka sudah bersarapan di
rumah dan mereka masih kekenyangan lagi.
Sebaik
sahaja mereka beredar daripada bangunan syarikat tersebut, Adam kembali ke officenya untuk menyambung kembali kerja-kerja
yang perlu diselesaikannya. Perlu membaca dan menandatangani pelbagai dokumen
yang telah dibagi oleh setiausahanya, Nur Zaleha yang kini sarat mengandung
empat bulan.
Sedang
khusyuk dia melakukan tugasnya, tiba-tiba, telefon bimbitnya kembali berbunyi
apabila dia membuka bunyi telefon bimbit itu kembali.
“Hish…
dia nak apa? Tak cukup ke dia sakitkan hati aku ni?!” geram Adam apabila Erina
sering menghubunginya. Tidak serikkah dia apabila Adam bertindak menumbuk muka
teman lelaki Erina apabila mendapat tahu bahawa Erina telah beraksi terlampau
di atas katil bersama lelaki tersebut di sebuah hotel terkemuka di kota raya
Kuala Lumpur yang agak meriah pada waktu malam terutamanya di Bukit Bintang
kerana di sana terdapat banyak kelab malam dan pub yang menawarkan perkhidmatan
minuman keras dan seks. Mengamuk Adam dibuatnya. Setelah 3 tahun lamanya dia
setia pada Erina, begitukah balasan yang diterimanya? Orang bagi madu, dia pula
bagi racun kepadanya. Sanggupkah Erina buat begitu kepadanya? Apa salahnya? Tak
cukup ke duit yang dia beri selama ini? Tak cukup ke?
Erina
memang tidak dikenang budi langsung. Sejak peristiwa tersebut berlaku, Adam
bertindak memutuskan hubungan mereka berdua dan menyahaktifkan segala akaun
bank milik Erina yang dibuat oleh Adam. Hati Adam bagai kaca terhempas batu!
Sakit hatinya tidak dapat digambarkan.
Atas
nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga Adam dan ibunya sendiri,Puan Sri
Ratna, dia bangkit untuk melupakan segala peristiwa bersama Erina sejak
daripada mula hingga ke akhir perhubungan mereka berdua.
‘Kau dengan hal kau. Aku dengan hal aku’.
Desis hatinya.
“Helo.
Kau nak apa ni? Tak cukup ke apa yang kau buat selama ni? Tak cukup ke?” Adam
segera menjawab panggilan tersebut dengan angin amarah yang menguasai jiwa
sanubarinya.
“Helo.
I nak mintak maaf sangat-sangat fasal tu. Please!”
rayu Erina kepada Adam. Dia tahu Adam masih marah lagi kepadanya, tetapi dia
perlu pikat hati Adam untuk menerima kembali dia dengan seadanya.
“Maafmu
tidak diterima. OK, bye!” Adam segera mematikan talian tersebut dan meletakkan
kembali telefon bimbitnya di sebelah komputer riba miliknya dengan agak kasar.
Dia mengetuk meja tanda hatinya sedang dibakar dengan api panas yang
meluap-luap dengan perbualannya dengan Erina sebentar tadi.
Tidak
teragak-agak, Adam block segala
panggilan dan mesej daripada Erina dan memadamkan nama Erina daripada kotak
kenalan di dalam telefon bimbitnya.
‘Sekarang ni, hati aku puas! Padan muka kau
Reen!’
“Encik,
tak nak lunch ke? Dah nak pukul 1.00
petang ni. Sekejap lagi dah nak masuk waktu zohor dah,” tegur Zaleha kepada
majikannya yang daripada tadi asyik melakukan tugasnya.
“Ohh…
tak mengapalah. Nanti saya masuk lambat sikit, sebab saya nak balik rumah
sekejap,” pesan Adam kepada Zaleha, pembantunya di pejabat.
“Baik,
tuan,” Zaleha sekadar mengangguk dan menurut segala arahan majikannya.
Adam
segera menuju ke lif berdekatan dan menekan butang bawah untuk menuju ke ground floor yang menempatkan keretanya.
Dia
segera membuka pintu keretanya dengan menggunakan alat kawalan jauh dengan
memasukinya dengan kadar segera demi mempercepatkan masanya untuk ke pejabat
semula apabila setibanya di rumah nanti.
Telefon
bimbitnya berbunyi kembali. Kali ini Adam bertindak untuk mengangkatnya kerana
dia tahu Erina masih lagi menghubunginya.
‘Ahh…
biarkanlah’ dengus Adam dalam hatinya.
DAHI
AYU UMAIRAH berkerut seribu apabila adiknya, Adam Shahfi mengangkat
panggilannya. Dia menghubungi Adam bahawa Lina hendak datang ke rumahnya untuk
menyerahkan segala suratnya daripada officenya
tersebut.
“Aikk…
apa dah kena dengan Am ni? Sekejap OK, sekejap KO. Hmm…” rugut Ayu Umairah
sambil meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja di pejabatnya.
“Biasalah
tu. Stres kerja. Esok-esok, oklah tu,” pujuk Lina apabila kelihatan majikannya
merungut dengan perangai adik lelakinya tersebut.
“Akak
ada berapa orang adik-beradik, ya?” tanya Lina demi mendapatkan jawapan pasti
tentang bilangan adik-beradik Ayu Umairah.
“Hmm…
sebenarnya ada empat orang. Dua lelaki, dua perempuan. Akak ada lelaki bongsu
seorang tetapi dia telah meninggal dunia akibat lahir secara menyongsang dan
tali pusat terputus dalam perut lagi,” cerita Ayu Umairah dengan nada yang agak
sayu. Jika hendak dikenang, perit rasanya.
Jika
nak dibandingkan dengan Lina, lagi besar cubaannya menanti. Lina terpaksa
berdikari selepas kematian ibu bapanya sejak umurnya sebelas tahun lagi. Lina
bernasib baik kerana ada orang sudi menjaganya dan tidak mengambil kesempatan
terhadap dirinya yang anak yatim piatu sejak umurnya sebelas tahun lagi. Umur
yang masih mentah untuk menghadapi ranjau hidup yang penuh berduri. Agak pahit
jika tertelan dengan sendirinya tanpa sokongan dan bantuan daripada insan yang
disayangi.
Mudah-mudahan,
ibu bapa Lina ditempatkan di tempat orang yang beriman. Amin…
‘BESARNYA
rumah kak Ira ni.Dahlah besar, cantik pulak tu!’.puji Lina di dalam hati. Buat
pertama kalinya, dia menjejakkan kaki di sebuah rumah yang amat indah nan
permai ini. Rumahnya dihiasi dengan perhiasan kontemporari ala Inggeris dan
dihiasi lampu hiasan yang besar. Sofa pula daripada jenama yang paling mahal di
Malaysia, iaitu sofa Lorenzo. Televisyen pula, jangan dicakap. Televisyen 30
inci keluaran terbaru Sharp Aquos.
Betapa
indahnya hidupnya apabila memiliki rumah seperi kak Ira ini, tetapi, kalau
harta sahaja banyak tetapi iman kosong dalam diri, tidak guna juga. Selamat
dunia, selamat akhirat juga!
Tiba-tiba,
Lina dikejutkan dengan satu suara yang amat dikenalinya. Adam?!. Bila masa pula
Adam berada di rumah ini? Dia tidak bekerja ke? Lina tertanya-tanya di dalam
hati tentang kehadiran Adam secara tiba-tiba.
“Apa awak buat kat
sini?” terkejut Lina apabila ditegur oleh Adam yang baru sahaja pulang ke
rumahnya dengan berpakaian korpratnya.
“Oh. Saya hantar surat
kakak awak ni. Nah,” Lina segera menghulurkan surat majikannya kepada adik
majikannya tersebut. Adam mengambil surat tersebut sambil membelek satu persatu
surat tersebut.
Tiba-tiba pintu diketuk
dari luar. Siapa pula yang datang ni?. Hati Lina menjadi semakin gusar dan
gundah gulana.
“Kami daripada Jabatan
Agama Islam Selangor. Kami menerima aduan yang encik berdua-duaan dengan
seorang wanita di dalam rumah ni. Boleh kami masuk ?” kata-kata daripada pihak
JAIS umpama kilat menyambar di hatinya. Ya Allah, apakah ujianMu pada kali ini,
ya Allah?.
“Ada tak pihak lain
yang berada di dalam rumah ini selain kamu berdua?” soal salah seorang pihak
JAIS dengan tegas.
“Err… tiada rasanya,”
tergagap juga Adam hendak menjawab pertanyaan pihak JAIS tu.
“Kalau macam tu, encik
ikut kami bawa ke balai untuk siasatan yang lebih lanjut,” arah pihak JAIS.
“Sebentar. Saya hendak
berbincang sebentar,” pinta Adam kepada pihak JAIS tersebut. Mungkin ada
perkara yang penting hendak dibincangkan bersama Lina.
“Silakan. Tapi tidak
boleh melebihi sehari sahaja. Oklah, Assalamulaikum…”
“Waalaikumsalam…”
“AWAK
macam mana ni sekarang?” hati Lina bertambah gusar seperti batu menghempap di
atas kepalanya sendiri.
“Kita kahwinlah. Apa
susahnya?. Sebab sekarang ni tengah darurat sangat ni!” jawab Adam dengan penuh
cemas.
“Ini awak punya
fasallah!” bangkang Lina dengan cadangan bodoh baginya daripada Adam.
“Kenapa pulak saya yang
kena?. Kita yang sama-sama salahkan?” Adam seolah-olah menafikan kebenaran yang
sudah jelas di hadapan matanya sendiri.
“Amboi, senang-senang
je awak cakap ya! Awak tahu tak maruah saya akan tergadai apabila jiran
tetangga rumah mak long saya dapat tahu yang saya kena tangkap basah. Mana nak
letak muka saya? Mana?” bentak Lina dengan amarah yang tidak dapat dibendung
lagi.
“Dah…dah… sekarang ni
akak nak call keluarga Lina untuk
mendapat persetujuan untuk korang nikah,” Ayu sudah bersedia telefon bimbitnya
untuk menghubungi Mak Long Zahra. Sebentar nanti, suaminya, Encik Fairuz akan
mengambilnya daripada rumah mamanya untuk pulang ke rumah.
SESAMPAINYA
di
rumah, Lina kelihatan kaget apabila terjengul wajah bengis milik pak long Zamil
dan wajah ketidakpuasan hati mak long Zahra dan Suhana, adik angkatnya.
“Tadi pak long dengar
yang kau buat ‘najis’ kat rumah Ayu tu? Betul ke?” sindir pak long Zamil dengan
nada tegasnya tahap maksimum.
Lina menggeleng dan
menafikan kenyataan yang dilontarkan oleh pak long Zamil tersebut.
“Alah… mengaku
sahajalah? Apa nak disorok-sorokkan lagi?!” secara tidak sengaja, Suhana turut
menyindirnya.
“Memang betul Lina tak
buat kerja terkutuk tu. Percayalah!” jelas Lina dengan penuh yakin dan
kesabaran yang senipis kulit bawang.
“Betul ke? Boleh
percaya ke mak? Boleh percaya ke ayah? Entah-entah dia ni menipu!”, sindir
Suhana dengan tidak puas hati.
“Baiklah… kami dah
bersetuju untuk kamu bernikah dengan Adam. Tapi dengan satu syarat…” putus kata
pak long Zamil sambil mengatakan syarat yang telah dibuatnya bersama isterinya,
mak long Zahra.
“Syarat apa, pak long?
InsyaAllah, Lina akan tunaikan,” ujar Lina seraya menerima kata putus pak long
Zamil.
“Jangan beritahu kat
jiran tetangga rumah kita yang kamu berkahwin sebab tangkap basah! Termasuk
kamu Hana!,” pak long Zamil memberitahu syarat tersebut sambil mengarahkan agar
Hana supaya tidak memberitahu syarat yang termeterai oleh bapanya.
Suhana sekadar mencebik
dan berlalu ke biliknya lalu menghempaskan daun pintunya sebagai tanda
protes. Protes kerana ibu dan bapanya
sudah memberi kata putus untuk menikahkan Lina dan lelaki yang
digila-gilakannya selama ini, Adam Shahfi.
SELEPAS
perbincangan
tersebut selesai, Lina ke bilik tidurnya untuk mengambil tuala dan beredar ke
bilik mandi yang terletak di dalam bilik tidurnya. Lalu, dia memasang pancuran
air untuknya bermandi.
Lina segera membasahi
diri di bawah pancuran air yang telah dipasangnya sejak tadi.
“Kenapa semua ini harus
terjadi? Kenapa harus bernikah dengan dia?! Apa yang harus lakukan!,” Lina
menangis dengan sekuat hati lalu mengeluarkan hasrat hatinya yang terpendam
sejak dia pulang ke rumah.
Setelah kepenatan
berendam di bawah pancuran air, dia tidak sedarkan diri dan secara tidak
sengaja, dia telah tertidur kerana pening kepala akibat terlalu lama menangis
mengenangkan dirinya yang begitu malang sekali. Apakah ini ujian daripada
Allah? Jika ya, redhalah hati ini…
PAGI
tersebut
Lina tersedar daripada lenanya. Dia tersedar kerana merasakan bandannya sejuk
dan basah. Sekali dibuka matanya, baju dan badannya basah kuyup kerana dihujani
air pancuran yang dia terlupa hendak menutupnya kerana terlalu pening dan
terlalu mengantuk akibat puas menangis mengenangkan nasib dirinya.
Lina mengambil
keputusan untuk membersihkan dirinya dan mengambil wudhu untuk menqadakkan
solat isyak yang dia tertinggal pada semalam kerana tertidur di dalam bilik
mandinya tersebut.
SEUSAI
menqadakkan
solat isyak dan menunaikan solat subuh, Lina berdoa kepada Allah Yang Maha Esa
dan Yang Maha Adil supaya mendengar doanya yang satu.
“Ya Allah, aku
bersyukur ke hadratMu. Selawatku kepada kekasihMu, nabi Muhammad SAW. Ya Allah, kau makbulkan doaku ya Allah. Ya
Allah, maafkanlah segala dosa-dosaku, segala kekhilafanku terhadap arwah ibu dan ayah, pada mak long dan pak long
dan Hana. Aku mereka akan berbaik semula kepadaku. Ya Allah, apa harus aku
lakukan untuk menebus kesemua kesilapanku ini, ya Allah.. Ya Allah,
permudahkanlah ranjau hidupku. Seandainya aku sah isteri kepada Adam Shahfi,
jadikanlah aku isteri yang solehah, suami yang soleh dan keluarga yang sakinah.
Amin…” Lina menekupkan mukanya selepas berdoa dan sedikit demi sedikit air
matanya merembes keluar daripada tubir matanya.
Seusai berdoa kepada
Yang Maha Esa, Lina membaca al-Quran yang terletak di sebelah meja almari
bajunya dan membacanya dengan penuh bertajwid supaya hatinya tenang dan usir
segala kepayahan dan kesulitan dalam hidupnya.
SEUSAI
bersarapan,
Lina bertekad untuk bertemu dengan Adam untuk memberitahu kata putus yang telah
dibuat oleh pak long Zamil dan mak long
Zahra pada semalam dengan sebulat suara mereka. Kekadang, ada juga dia
terfiikir akan tentang kebaikan berkahwin pada usia yang muda kerana perbuatan
zina dapat dihindarkan dan dapat mengembangkan zuriat daripada keturunan anak
cucu nabi Adam A.S.
Lina menghubungi nombor
teksi dan menyatakan alamat, dan alamat ke destinasi yang hendak ditujuinya
kepada pak cik Zul, pemandu teksi yang sangat dikenalinya. Pak cik Zul terkenal
dengan sikap ramahnya dan dia tidak mengenakan harga ‘cekik darah’ kepada
penumpang yang menaiki teksinya. Kepandaian pak cik Zul memikat penumpang untuk
menaiki teksinya telah dipuji oleh majikannya dan pelancong asing yang
melancong di Malaysia.
Sesampainya di hadapan
perkarangan rumah agam milik keluarga Adam, Lina menekan loceng rumah. Lalu,
seorang pembantu rumahnya, mak Eton menyambutnya.
“Ini ibu Harlina Hawani
ke?” ujar mak Eton dengan longhat pekat Indonesianya.
“Ya, saya. Puan ada ?”
soal Lina kepada mak Eton.
“Enggak ada. Tapi,
mamanya ada sih. Jemput,” mak Eton menjemput Lina masuk ke dalam rumah banglo
mewah milik Dato’ Muhammad Shahir tersebut.
“Ibu, bapak. Ini
Harlina Hawani yang ibu nak jumpa tu,” ujar mak Eton sambil memperkenalkan diri
Lina.
“Baiklah, mak Eton.
Awak boleh sambung kerja,” arah majikannya tersebut. Lina terlihat akan wanita
tua tersebut. Wanita tersebut umurnya dalam lingkungan 60 atau 70 tahun. Lina
kaget apabila wanita tersebut memandangnya dengan wajah yang agak masam.
“Betul ke awak ni
Harlina Hawani binti Amir tu? Awak kenal Ayu Umairah tak?” soal wanita tersebut
dengan penuh keseriusan dalam soalannya berikut.
“Ya saya, Harlina
Hawani binti Amir dan saya bekerja di tadika Seri Puteri milik Ayu Umairah,”
Lina membalasnya dengan penuh yakin dan hati-hati supaya tidak menyinggung hati
wanita tua tersebut.
“Apa hajat awak datang
ke mari?” soal wanita tersebut sambil memandangnya dengan serius seperti singa
hendak mengaum utuk membahamnya.
“Saya… saya…” tergagap
juga Lina hendak memberitahu hajatnya. Kelihatan Adam yang duduk disebelahnya
sedang menunjukkan isyarat tanda line
clear dan tiada sebarang gangguan di sekitarnya.
“Fasal semalam. Siapa
yang bersalah agaknya?” suara wanita tersebut mencelah. Suaranya seolah-olah
hendak menyindirnya. Lina diam membatu sahaja kerana dia tidak keadaan menjadi
lebih gamat lagi.
Dengan penuh keyakinan,
Lina menceritakan segala peristiwa yang berlaku pada semalam hanyalah fitnah
semata-mata dan itu adalah propa daripada mulut-mulut yang suka melihatnya
dalam keadaan sengsara dan susah buat selama-lamanya.
Wanita tua tersebut
meneliti penjelasan Lina dan menayakan perkara tersebut adalah benar ataupun
pembohongan yang di reka semata-mata untuk mendapatkan anak terunanya itu.
Ternyata daripada amatan wajah dan cara Lina memberikan penjelasan tidak
menimbulkan sebarang keraguan mahupun rasa was-was dalam hati Puan Sri Ratna.
Benar kata Ayu Umairah,
Lina seorang yang baik hati dan tinggi budi pekertinya. Dia juga bijak
berkata-kata dan berhati- hati ketika hendak memberi penjelasan yang sebenar
tanpa menimbulkan perasaan kecil hati kepada sesiapapun. Sesungguhnya, dia
bersetuju untuk menikahkan Adam dan Harlina Hawani. Dia bertekad untuk
menikahkan mereka dengan secepat mungkin sebelum rahsia di pekung dada
dibongkarkan dengan senyap-senyap.
“Saya bersetuju nak
nikah dengan anak Puan Sri. Tapi dengan bersyarat…” Lina sudah bersedia dengan
alasannya.
“Apa syaratnya ?”soal
Puan Sri Ratna, ibu kepada Adam Shahfi, memecahkan kesunyian.
“Simpan rahsia daripada
sesiapa pun termasuk staf-staf kat tempat kerja Puan Ayu Umairah dan tempat
kerja Adam. Itu sahaja syarat yang saya minta,” pinta Lina dengan
bersungguh-sungguh.
Adam terkedu dengan
syarat Lina tersebut. Kenapa harus dikenakan syarat begitu? Bukankah
perkahwinan itu baik di sisi Islam yang harus dihebahkan kepada semua orang ?
Mesti ada udang di sebalik batu ini. Ahh… sungguh pening dibuatnya. Adam
panasaran!
BAB
3
DENGAN sekali lafaz sahaja, Lina sudah sah bergelar menjadi isteri Adam
Shahfi.Sebenarnya, Lina belum bersedia lagi untuk menjadi seorang isteri.
Tetapi dia bertekad untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan pada masa
yang sama, cita-citanya harus menjadi nombor satu dalam hidup.
Mereka dinikahkan di Sultan Abdul Aziz yang bertempat di Shah Alam.
Tepat sahaja pukul 9.00 pagi hari Sabtu, 23 September 2003, Harlina Hawani
binti Amir sah bergelar menjadi isteri kepada Adam Shahfi bin Muhammad Shahir
dengan berwalikan hakim dan disaksikan oleh seorang peguam yang diupah oleh
Adam dan ahli keluarga Lina dan Adam di pejabat akad nikah di masjid tersebut.
Ada juga peguam upahan Adam bertanyakan kepada Lina bahawa mengapa
terpaksa bernikah dengan cara yang begini. Lina hanyalah menjawab ada yang
memfitnahnya sehingga membwa kepada pernikahan ‘terpaksa’
ini. Kalau nak diikutkan hati, mahu
sahaja dia beredar daripada masjid dan menuju ke rumah melepaskan lelah dan
serabut dibenak fikirannya.
Walau apapun terjadi, prinsip hidup ‘Man Jadda Wajadda’ perlu
diteruskan. InsyaAllah.! Azam Lina dalam hati sambil memerhatikan pemandangan
luar kereta yang ketika ini kurang sedikit kenderaan kerana pada waktu hujung
minggu ini, kebanyakkan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mengambil untuk
beristirahat sahaja.
“Lina?” Adam mula memanggil
namanya.
“Hmm…” jawab Lina sambil memandang ke arah skrin
telefon bimbitnya yang menunjukkan pukul 12.30 tengahari.
“Awak… menyesal ke
kahwin saya?” soal Adam dengan sayu sambil memfokuskan kepada pemanduannya
tersebut. Nafasnya turun naik apabila menayakan soalan tersebut kepada Lina.
“Nak buat macam mana
dah qada’ dan qadar yang menentukan kita bernikah dengan cara macam ni. Saya
redha kepada qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah,” ujar Lina dengan
penuh berhikmah sambil senyum kepada suaminya, Adam Shahfi setelah menyimpan
kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya hasil pemberian arwah ibu
bapanya pada hari jadinya yang kesebelas tahun sebelum mereka terlibat dalam
kemalangan jalan raya yang merangut nyawa ibu bapanya yang pada ketika itu
ibunya sedang sarat mengandung enam bulan yang gugur serta merta apabila
pernafasan ibunya terhenti kerana pendarahan teruk pada bahagian kepalanya.
“Awak, jom lunch. Nak tak?” ajak Adam apabila jam dashboard keretanya menunjukkan pukul
1.00 petang dan hanya beberapa minit lagi akan masuknya waktu zohor didaerah
Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.
“Boleh. Lepas tu
singgah masjid sebab ada 10 minit lagi waktu zohor nak masuk,” Lina setuju
dengan ajakan Adam dengan syaratnya yang satu. Baginya, solat tidak boleh
dilupakan walaupun sesibuk mana seseorang itu.
Daripada
Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA bahawasanya seorang lelaki berkata
“Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk
syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan
dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. Riwayat
Bukhari dan Muslim.
Selain itu juga, ada
juga hadis yang menyatakan kepetingan solat.
Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga
dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya
sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah
mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."riwayat
Muslim.
“Ok. Lepas makan kita singgah sekejap kat surau
berdekatan”, ujar Adam apabila telah sampainya di sebuah restoran.
“Terima kasih, abang,” ujar Lina sambil tersenyum tawar.
Abang? Amboi, tersasul ke apa aku ni?. Hmm... entahlah.
BAB 4
ERINA
gembira
kerana rancangan yang dirancang selama ini telah membuahkan hasil.Dia gelak
dengan nada yang sinis sekali.
“Yes!. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Kau belum kenal lagi
Erina Syafiqah binti Hairi ni. Sekarang padan muka kau Adam!. Baru kau tahu sebab tolak mentah-mentah cinta aku!.”Erina
tergelak besar apabila racangannya telah Berjaya.
Kring…kring… telefon
bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan yang diterimanya …
“Ish… nak apa pulak dia
ni ? Nak duit lagi ke? Setahu aku dah bagi duit.” Rungut Erina apabila
memandang nama yang memanggilnya di skrin telefon bimbitnya.
“Hello, kenapa?” Erina
segera mengangkat telefon bimbitnya yang sedang menjerit.
“Hello, bos. Adam…”
“Macam mana plan tu ? Jadi tak ?” seloroh Erina
dengan penuh bersungguh-sungguh. Ingin mendapatkan jawapan daripada pekerja
upahannya tersebut.
“Adam dah kahwin dengan
Harlina, bos,”kata-kata Ramli, orang suruhan Erina membuatkan Erina sakit hati
yang teramat.
“Eh, kau ni biar
betul!. Dengan budak kampung tu ke ? Kau ni buat kerja ke tak ?” bentak Erina.
“Saya dah buat kerja
bos tapi…” tergagap juga Ramli membalasnya kembali.
“Kau ni memang bodoh!.
Kerja kecil tu pun tak mampu nak buat. Sia-sia saja aku bayar kau!” Erina
menghempasnya telefonnya ke tilam sebagai tanda tak puas hati. ‘Ish.. macam
mana dia boleh kahwin ni ?. Pulak tu dengan budak kampung tu, kalau nak dibandingkan,
aku 10 kali cantik dari perempuan kolot tu!’
“Kenapa ni, sayang ?.
Mama tengok Reen asyik marah je dari tadi. Cuba cakap dengan mama apa masalah
Reen,” pujuk Datin Marzuwina apabila melihat Erina asyik moyok sahaj dari tadi.
“Ma, Am dah kahwinlah.
Itu yang Reen benci sangat ni. Pulak tu perempuan kampung yang datangnya dari
mana entah. Ni semua salah Reen, ma. Apa yang patut Reen buat lagi ?” Datin
Marzuwina terkejut apabila mendengar pengakuan Erina.
“Reen buat apa ni ?
Reen call JAIS ke nak perangkap Amkan
?. Cakap Reen!” angin amarah Datin Marzuwina tidak dapat dibendung lagi.
Erina sekadar
mengangguk sahaja. Dia sedar ini semua salahnya.
“Mama, mama nak apa
buat ni ?” Datin Marzuwina segera merampas Experia milik Erina lalu mengambil master key dan mengunci bilik Erina.
“Mama takkan bagi Reen
lagi handphone ni sampai bila-bila.
Jangan harap mama nak bagi walaupun kamu pujuk papa dan mama akan kunci bilik
ni sampai esok. Jangan harap mama akan bagi kamu merayap lagi lepas ni.
Cukuplah apa yang kamu buat setakat. Mama malu sebab ada anak dara yang suka
menyusahkan mak bapaknya sendiri,” Erina menangis teresak-esak kerana mamanya
telah menyekat segala kesenangannya telah dikecapi selama ni. ‘Padan muka siapa
suruh kau buat lagi, Reen. Kau terimalah hukum karma kau, Reen.’
Reen kembali menangis
dan menangis sehingga dia terlena dengan sendirinya di dalam bilik tidurnya
yang dikunci oleh ibunya daripada luar kamar tidurnya.
BAB
5
“NAK
buat
apa ya ? Masaklah, perut aku ni dah berbunyi. Ada ke makanan kat rumah ni ?”
Lina berasa janggal apabila mendiami rumah yang bukan miliknya sendiri. Tetapi
kini, dia harus terima hakikat yang dia ni sudah menjadi isteri orang!.
“Hah, adapun. Maggi pun
jadilah, asalkan perut terisi sikit,” kalau Lina tak makan nanti mulalah perut
masuk anginlah.
“Hai… takkan maggi je.
Jom keluar,” ujar Adam dengan muka selambanya seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku.
“Suka hati sayalah nak
keluar ke tak.” jawab Lina dengan selamba sekali.
“Perintah seorang suami
perlu dituruti, Puan Harlina Hawani.” Arah Adam kepada isterinya tersebut.
“Yelah…yelah… saya nak
bersiap ni,” Lina menturuti perintah Adam yang kini sudah bergelar suaminya
secara sah. Memang tidak apa yang boleh dinafikan lagi.
Sambil Lina bersiap dan
mengenakan tudung sarung paras pusatnya, dia teringat akan satu hadis yang
dipelajarinya sejak dibangku persekolahan.
Daripada Abu Ali Thalki bin Ali RA,
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda ”Apabila suami memanggil isterinya untuk menunaikan
sesuatu hajatnya maka hendaklah dia segera datang sekalipun dia sedang
memasak”.riwayat at-Tirmizi dan an-Nasa’ie,
Hadis ini menerangkan bahawa seseorang isteri hendaklah
berusaha sekadar kemampuannya untuk menjadikan suaminya senang terhadap dirinya.
Jika tidak, jatuhlah dosa kerana tidak menunaikan permintaan suaminya.
LINA
terkedu.
Tidak pernah seumur hidupnya menjejakkan kaki ke restoran yang grand dan rasanya agak mahal juga
harganya.
“Awak, ini restoran
mahalkan ?” soal Lina seraya menggaru kepalanya
yang tidak gatal tanda hairan mengapa Adam membawanya ke tempat yang
tidak pernah dijejakinya selama ini.
“Taklah.Ni lah restoran
yang paling murah kat KL ni”Lina tidak menyangka yang Adam hendak membelanjakan
makan di tempat makan mahal. Mentang-mentanglah dia ni banyak duit, restoran
mahal dikatakan restoran paling murah. Huh!
“Halal ke?” tidak
kelihatan tanda halal di restoran tersebut. Lina menjadi semakin gusar.
Adam menjuirkan
bibirnya sambil menunjukkan tanda halal di dinding restoran tersebut.
“Dahlah,cepat sikit.
Lambat macam kura-kura”ejek Adam yang membuatkan hati Lina terbakar. Lantas
Lina melihat menu dihadapannya. MasyaAllah!. Mahalnya!.
“Awak, mahalnya!” riak
wajah bertukar menjadi terkejut apabila melihat harga di menu tersebut.
“Dah..dah..jangan nak
mengada-ngada. Duduk sini, dan makan!.Kalau tak..”bentak Adam.
“Kalau tak apa?”soal
Lina demi kepastian.
“Kalau tak saya cium
depan orang. Awak nak?”seloroh Adam.
“Awak jangan nak kerja
gila ya!”Lina sudah menunjukkan gengaman tangannya terhadap Adam. Meledak sudah
gelak ketawa Adam apabila melihat ugutan Lina.
Pelayan yang sedang
mengambil pesanan sekadar menggeleng sambil tersenyum apabila terlihat gurauan
mereka. Gurauan mesra antara suami isteri yang tidak mengira tempat!
“ALHAMDULILLAH,”
Lina sedawa .
“Kenyang?. Tu lah orang
ajak, tapi awak ‘jual mahal’ je,”Adam sekali lagi mengejek.
“Bukannya nak jual
mahal, tapi restoran tu semacam je,” Lina was-was apabila melihat suasana
restoran tersebut yang rata-ratanya kaum Cina yang mengujunginya.
“Dah…dah… asalkan perut
awak dah kenyang dah cukup bagus,” arah Adam seraya memanaskan enjin
kenderaannya tersebut.
“Tapikan…”tergagap Lina
menjawab.
“Dah cukup. Sekarang
awak diam ya,” pinta Adam
‘Cis, hati kering betul
dia ni.’
“Saya nak tanya awak
satu soalan boleh tak?”soal Lina.
“Tak boleh”gurau Adam
dengan intonasi yang agak garang.
“Awak ni
betul-betullah,” lalu Lina mencubit Adam tanda tidak puas hati apabila
soalannya tidak diendahkan.
“Ouchh!. Bolehlah, tanyalah!” jawab Adam sambil meraba lengannya
yang agak kemerahan akibat cubitan ‘berbisa’ daripada Lina.
“Awak menyesal tak
kahwin dengan saya?. Saya nak awak jawab dengan ikhlas” pantas Lina menyoal.
Hati Adam umpama
dipanah petir. Bagaimana hendak menjawabnya kembali?. Apakah alas an
‘munasabah’ yang patut untuk dijawabnya kembali. Ya Allah, bantulah aku!.
“Awak?. Awak okey ke?”
Lina berasa pelik apabila terlihat Adam diam membisu.
Cepat Adam.Fikir apa
yang patut. Mesti bagi jawapan supaya LIna tidak tertanya- tanya lagi.
“Sebab…” tergagap Adam
untuk menjawabnya kembali.
“Sebab apa?. Cepatlah!”
ajuk Lina.
“Sebab saya nak
selamatkan maruah awak dan I love you so
much!” jelas Adam dengan penuh keyakinan yang padahalnya hanya dibuat-buat
sahaja. ‘Memang aku cintakan kau Lina!’ Desis hati Adam.
Tersentak Lina apabila
mendengar pengakuan Adam. Lina tidak sangka selama ini Adam telah menyimpan
perasaan terhadapnya dan tidak pernah terjumpa mana-mana lelaki yang mampu
menyelamatkan maruah seseorang wanita setelah hamper-hampir maruahnya tercemar
akibat peristiwa yang tidak mampu yang dilupakannya sehingga ke hujung
nyawanya.
“Ini jawapan yang
ikhlas ke?” soal Lina sekali lagi demi mendapatkan kepastian yang hakiki.
“Habis tu , takkanlah
saya tipu. Demi Allah, saya ikhlas berkahwin dengan awak walaupun saya malu
pada hari tu,” jelas Adam dengan tenang sekali.
“Maafkan saya kalau
saya banyak menyusahkan awak. Maafkan saya, awak.” Lina memohon maaf atas
kesilapannya apabila menayakan soalan tersebut kepada Adam.
“Tak mengapalah. Saya
tak ambil kisahlah. Awak amanah dari Allah dan saya disuruh untuk menjaga awak
sebaik mungkin,” jawab Adam. Pilu hati apabila terkenangkan peristiwa yang amat
memalukan pada hari tersebut.
“Terima kasih, awak,”
sambil itu Lina menyeka air matanya dengan tangannya.
“Dah. Duduk diam-diam.
Sekejap lagi kita nak sampai masjid,” arah Adam sambil memandu ke arah lorong
yang menepatkan sebuah masjid yang tersegam indah ditengah kota Kuala Lumpur
ini.
‘Ya Allah, peliharalah
hubungan kami sampai ke jannah. Amin…’ Lina berdoa dalam hati supaya Allah
merahmati hubungan mereka sebagai suami isteri sampai ke jannah.
SEUSAI
solat,
Lina berzikir sebentar dan menunggu sahaja masuk waktu Asar yang hanya tinggal
beberapa minit sahaja lagi.
Selepas sahaja azan
habis kedengaran, Lina bangkit untuk menunaikan solat sunat masjid bagi
menghormati masjid kerana seseorang itu dianggap kejam kerana tidak menunaikan
solat sunat masjid apabila melangkah sahaja masuk ke dalam masjid.
Kelihatan seorang imam tersebut
sampai disaf hadapan yang terletak pada bahagian saf lelaki, Lina terus bangkit apabila duduk sebentar
sambil menunggu kedatangan imam untuk mengetuai solat berjemaah bersama.
Di masjid tersebut,
kelihatan tidak ramai mengunjungi masjid. Tidak mahukah mereka akan ganjaran
pahala yang banyak kerana berjalan kaki ke masjid sahaja sudah mendapat pahala
bersedekah, inikan pula solat secara berjemaah. Kalau nak diikutkan, masuk
masjid ini percuma sahaja, itupun masih ramai lagi malas untuk berkunjung ke
rumah Allah. Kalau konsert yang berbayar, ramai pula yang mengunjungi. Tidak
mahukah mereka pahala yang dibagi secara free
sahaja? Alangkah ruginya.
Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi
SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada
sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di
rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah
menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang
semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala)
dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia
berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia
menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi
dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa:Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah
dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak
berhadas di tempat itu.”riwayat Bukhari dan Muslim.
BAB 6
“MAMA nak Reen kahwin dengan Hafiz dan keputusan mama muktamad,” tegas Datin Marzuwina kerana tidak larat hendak
melayan kerenah Erina yang menyusahkannya.
“But mama, this is not fair! Why should me married with him?,”bentak
Erina sebagai tanda protes.
“Sebab makin lama kamu
tu makin melalut. Sampai mama dan papapun tak tahu nak handle kamu,”marah Datin Marzuwina.
“But why with him ? Kenapa tak ada dengan orang lain,ma?. Please, ma!. Reen tak nak budak kampung
tu. Dahlah kotor lagi menjijikkan.”
Paanng!!!.
Datin Marzuwina
menampar Erina yang sudah melampaui batas. Sanggup Erina menghina Hafiz
sedangkan Hafiz tu adalah penyelamatnya selalu. Memang sesuai untuk dijadikan calon menantu. Erina mengusap
bekas tamparan itu dengan penuh kemarahan akibat ditampar oleh ibunya.
“Kamu setuju atau tidak, kamu akan kahwin pada bulan depan dan jangan
harap mama akan bagi kamu berpindah keluar dari rumah ni!”amaran Datin Marzuwina kepda Erina. Kini,
keputusannya telah muktamad dan tidak boleh ditarik balik.
Erina berlalu lalu menghempaskan daun pintu biliknya sebagai kesedihan
yang melampau. ‘Ini
tidak boleh jadi!’bentak
Reen di dalam hatinya.
“Papa tengoklah mama
ni. Paksa Reen supaya kahwin dengan si Hafiz tu!. Tolonglah, pa. I’m still young, okay. I want to enjoy, pa,”
pujuk Reen dengan bersungguh-sungguh kepada Datuk Hairi iaitu bapa kepada Erina
dan merupakan CEO Syarikat milik arwah datuknya iaitu Hilmee Trading Sdn.Bhd.
“Lepas apa yang Reen
buat mama dengan papa. Kali ni, papa takkan bagi muka lagi Reen. Dah banyak
sangat kami berikan kebebasan kepada Reen, tapi Reen… keluar clubbing, shopping. Cubalah Reen sedar
sikit yang Reenlah satu-satunya anak papa mama yang ada. Cubalah jaga sikit
imej keluarga kita. Reen naklah orang dok mengata papa ni yang papa tak pandai
nak didik anak. Nak macam tu?” tegas sekali teguran Datuk Hairi.
“Papa, tolonglah. Papa
nak Reen menderita ke?” rayu Erina kembali. Tetapi rayuan tersebut tidak
diendahkan oleh bapanya.
“Bagaimana harus aku
lakukan demi mendapat kepercayaan mama dengan papa kembali?’ bisik hati Erina
sambil memikirkan jalan untuk memikat hati mama dan papanya untuk tidak
menikahkannya dengan Hafiz, tetapi dengan Ezzraa Iskandar, teman lelakinya yang
baru selepas dia berputus dengan Adam Shahfi. Perkenalan mereka hanyalah berlaku
apabila Ezzraa menawarkannya minuman dan menari bersamanya di pub terkenal yang
terletak di tengah kota Kuala Lumpur ini. Akibat dia terlalu mabuk, dia dan
Ezzraa telah terlanjur dan ditangkap basah sendiri oleh Adam Shahfi bersama
penyiasat-penyiasat upahannya, Zulhilmi dan Aniq.
Ketika itu, pergelutan
telah berlaku. Aniq dan Zulhilmi membelasah Ezzraa manakala Adam pula menarik
tangannya masuk ke dalam kereta Adam.
“Adam, you nak bawak I
kat mana ni?” soal Erina dengan cemas.
“Balik rumah youlah!
Mama dan papa you asyik call I je
tanya you kat mana. Rupa-rupanya, dengan jantan lain. Celaka betul!” marah Adam
sambil menyengetkan streng kereta Adam untuk memasuki ke lorong yang
menempatkan rumah keluarga Erina.
Sesampai sahaja mereka
di rumah banglo milik keluarga Erina, Adam bertindak menarik tangan Erina yang
keletihan kerana baru sahaja bangun tidur.
“Eh… kamu Adam. Reen
ada?” sapa Datin Marzuwina dengan mata-matanya yang terpisat-pisat.
“Ni Reen aunty, dia mabuk tadi lepas tu boleh
pula dia terlanjur dengan jantan lain. Betapa sakitnya hati Am ni, aunty!” luah hati Adam apabila menolak
kasar tubuh Erina dan Erina tersembam dan dahinya sakit akibat terhantuk di
atas terazo lantai di perkarangan rumahnya.
“Apa?! Ter…lanjur ke?”
saat itu Datin Marzuwina membeliakkan matanya dan menyoal Adam dengan kesahihan
ceritanya tersebut. Ternyata, Adam mengangguk tanda perkara tersebut adalah
benar.
“Erina… mulai saat ini,
kita putus! Aku dah tak nak tengok lagi muka kau! Dasar perempuan sundal!”
herdik Adam dan sekaligus memutuskan percintaan mereka di hadapan ibu Erina
sendiri. Selepas itu, Adam beredar daripada perkarangan rumah keluarga Erina.
Pada ketika itu, Adam
begitu buntu! Buntu yang teramat-amat! Sanggup Erina berbuat begini kepada
dirinya? Kalau diajak untuk bernikah, ditolak mentah-mentah oleh Erina dengan
alasan karier permodelannya baru sahaja bermula. Memang perangai semua model
macam begitu? Jika ya, memang sah kerja model ini tidak bermaruah langsung.
Sudahlah terpaksa mendedahkan aurat demi tuntutan pandangan mata-mata buaya
darat di luar sana.
Arrgghh!!! Kenapa kau
Reen? Kenapa?! Adam mengetuk stereng keretanya apabila dia sudah sampai di
perkarangan rumah keluarganya. Air matanya juga tidak dapat ditahan lagi.
Hatinya benar-benar kecewa!
Keesokan paginya, Adam
bertindak menceritakan tentang hal percintaan mereka telah berakhir. Pada
mulanya, Puan Sri Ratna marah akan tindakan Erina yang sanggup menduakan
perasaan anak terunanya. Ada juga Puan Sri Ratna memberikan sedikit nasihat
supaya anaknya terus bangkit dan melupakan segala peristiwa pahit tersebut.
Sejak daripada itu,
Adam bertindak membuang segala hadiah pemberian Erina. Ada juga dia memberikan
hadiah tersebut kepada rumah anak-anak yatim yang berdekatan dengan rumahnya.
Jika hendak diingatkan
kenangan yang lalu, pahit juga rasanya untuk ditempuhi. Apakan daya,
terpaksalah Erina menelannya sendiri. Dan kini, Erina sah mengandung dua bulan.
Apabila mama dan
papanya mendapat tahu yang Erina sudah mengandung, mereka tidak teragak-agak
untuk menjodohkannya dengan Hafiz yang menggantikan tempat Ezzraa yang kini
telah bertunang dengan wanita lain. Arrgghh!!! Lelaki memang begitu. Jika sudah
puas, mereka tinggalkan sahaja perempuan terkapai-kapai sendiri. Yang mengandungnya
siapa? Perempuanlah! Hishh… sakit benar hatinya apabila mendapat tahu apabila
Ezzraa kini milik orang seratus peratus. Milik Izreen pula itu. Musuh ketatnya
sejak sekolah lagi tetapi kenapalah Erina memandang Izreen sebagai musuhnya
kerana setahu ramai, Izreen mempunyai akhlak tinggi, budi pekerti yang mantap
dan aurat juga terjaga meskipun tidak bertudung labuh. Manakala, Erina pula
kurang ajar, akhlak suam-suam kuku sahaja… Aurat… usah dikatakanlah! Patutlah
ramai lelaki tidak suka kepadanya kerana kecelaan yang ada pada diri yang dia
sendiri tidak sedar.
BAB
7
KELIHATAN seorang posman menghantar
beberapa pucuk surat di dalam kotak surat di rumah Adam. Lina segera
menyarungkan tudungnya lalu mengambil surat-surat tersebut. Dibelek-beleknya
satu persatu surat tersebut. Surat dari Jordan University of Science and Technology?.
Kegembiraan tidak dapat digambarkan di benak fikiran Lina apabila
mendapat tawaran untuk menyambut pelajaran di Jordan. Tiba-tiba , Lina fikirkan
tentang suaminya, Adam. “Dia
kasi tak aku pergi ke sana?’
“Simpan ajelah surat ni.”Lina berlalu ke bilik lalu memegang surat-surat selebihnya kepada
Adam.
“Nah, surat untuk awak,” Lina
segera memberikan surat-surat tersebut kepada Adam diselitkan juga surat
tawaran pelajarannya.
“Awak, boleh tak saya belajar kat oversea
? Bolehlah,please!”pujuk Lina dengan bersungguh-sungguh.
“Kalau saya kata tak boleh?” soal maut terkeluar dari mulut Adam. Tak sangka dia ni ego sungguh!.
‘Cis, hati kering betullah dia ni!’desis Lina.
“Tak mengapalah!. Saya
keluar dari rumah!”bentak Lina
dengan nada yang manja.
“Eh...eh... nak pergi
mana tu ?” Adam sudah mula cuak
bila mendengar bentakkan daripada Lina.
“Lah... saya nak masaklah untuk makan tengahari. Karang ada
jugak yang masuk hospital ni?!”. sindir Lina.Padan muka,
Adam!.
‘Dia ni boleh tahan
jugaklah kalau nak bergurau!’desis Adam.
“Hmm... nak masak apa
hari ni?” soal Adam sambil memeluk kemas pinggang ramping isterinya. Ini
membuatkan Lina rimas dengan perbuatan Adam tersebut.
“Ish... lepaslah. Masak
makanan kegemaran abanglah!” ujar Lina apabila mengambil bahan masakan di dalam
peti sejuk.
“Ayam masak pecal ke?”
soal Adam sambil mendekatkan tubuh sasanya dengan tubuh genit Lina. Amboi,
mentang-mentanglah semuanya sudah halal, tetapi agak-agaklah.
Lina sekadar
menggagukkan kepalanya sahaja. Sambil itu, dia memanaskan kuali dengan tujuan
untuk mengeringkan kuali tersebut sebelum menuangkan satu sudu teh minyak masak
bagi menggelakkan masakan terlalu berminyak kerana masakan yang berminyak tidak
sihat.
Tidak sampai masa
sejam, masakannya telahpun siap untuk dihidangkan. Adam begitu teruja lalu
mengambil sepinggan nasi lalu mencedok lauk ayam masak pecal lalu membaca doa
makan dan memakannya dengan penuh berselera sekali.
“Abang?”panggil Lina
kepada suaminya yang sedang enak menikmati juadah makan tengahari yang dimasak
sendiri.
“Ya?” ujar Adam sambil
mengunyah baki nasi yang telah habis di dalam mulutnya.
“Esok kita pergi rumah
mak long sekejap bolah tak?” Lina memujuk Adam untuk bertandnag ke rumah mak
long sebentar bagi mengkhabarkan berita baik ini.
Adam sekadar mengangguk
sahaja dan tidak mampu bercakap kerana menahan perut yang kesakitan akibat
terlalu banyak makan. Kelihatan wajah Adam kemerah-merahan kerana menahan
perutnya yang sakit teramat!
“Abang kenapa? Kalau
sakit sangat pergi tandas tu. Dekat je,” ujar Lina dan menundingkan tangannya
ke arah tandas yang berdekatan dengan dapur rumah sewa mereka.
Adam terkocoh-kocoh
pergi ke tandas untuk membuang hajat. Setelah selesai membuang hajatnya, dia
berasa lega kerana perut telah hilang kesakitan sedikit demi sedikit.
“Sudah?” soal Lina
sambil mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun dalam singki dapur rumah sewa
mereka.
Adam mengangguk tanda
sudah selesai membuang hajatnya.
“Boleh tak esok ?” Lina
soalkan perkara yang sama lagi kepada Adam.
“Boleh apa ni? Esok ni
ada apa?” Adam buat tidak mengerti sahaja padahal dia sudah tahu apa hajat
isterinya tersebut.
“Laa… pergi rumah mak
longlah! Telinga pekak macam badak!” rajuk Lina sambil bergurau kepada Adam.
“Apa abang macam badak
ya? Lina tu macam mana ya?” sindir Adam.
“Lina cantik. Cantik
menarik tertawan,” ujar Lina dengan lagak yang agak gedik sedikit.
“Eleh… perasan!” sembur
Adam dan berlalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
“Hari ni ada rancangan
apa ya?” soal Lina dengan suara yang agak kuat apabila terdengar bunyi
seakan-akan wisel di dalam televisyen tersebut.
“Bola. Malaysia lawan
Singapura.Ni best sebab perlawanan
kelayakan separuh akhir!” ujar Adam dengan girang kerana Adam amat meminati
bola sepak sehinggakan tidak pernah miss satu pun perlawanan apabila pasukan Malaysia
menentang pasukan daripada negara lain.
“SEA games kan?” soal Lina apabila dia sudah
selesai mencuci pinggan di singki dapur rumah sewanya itu.
Adam sekadar mengangguk
sahaja.
“Nak tengok jugak!”
rengek Lina dengan kebudak-budakkan. Comel sungguh!
“Tak boleh. Ni mesti
tengok pemain-pemain Malaysia yang handsome-handsome
kan?” ugut Adam sambil merampas alat kawalan jauh televisyen tersebut dan
menutup skrin televisyen tersebut. Tidak semena-mena, Lina merampas kembali
alat kawalan jauh tersebut dan membuka kembali skrin televisyen tersebut.
Perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura sudah dimulakan sejak
seminit yang lalu. Tetapi, tiada hasil jaringan gol daripada kedua-dua pasukan
kelihatan.
“Eh? Perempuan suka
bola sepak jugak ke?” sindir Adam apabila mengalihkan pandangannya terhadap
skrin televisyen yang kini sedang memaparkan aksi perlawanan bola sepak
tersebut.
“Biarlah. Hah… dah nak
gol tu. Cis… sikit lagi tu,” Lina menepuk sebelah tangannya ke arah lututnya
apabila dia bersila di atas sofa di sebelah Adam.
Adam memandangnya
dengan penuh pelik sekali. ‘ Ni kalah Arrissa !’ getus hati Adam apabila
melihat gelagat isterinya apabila menonton perlawanan tersebut.
Arissa Sakinah, adik kepada Adam Shahfi,
memang amat meminati bola sepak sehinggakan satu perlawanan pun tidak pernah
ketinggalan untuk meyaksikannya. Tetapi, dia mempunyai otak yang geliga umpama
jauhari yang mengenal manikam.
Kepandaiannya terbukti apabila dia selalu dinobatkan sebagai pelajar harapan
sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Arissa merupakan
pelajar cemerlang dalam PMR. Bangga Adam selaku wakil kepada ibu bapa kepada
Arissa kerana waktu itu arwah ayahnya baru sahaja meninggal dunia dan ibunya
terpaksa pulang ke kampung halaman di Batu Pahat, Johor kerana arwah nendanya
telah sakit tenat dan selang dua hari ibunya pulang ke Batu Pahat, nendanya
telah kembali ke rahmatullah dengan keadaan yang tenang dengan keadaan
tersenyum dan wajahnya amat bersih.
“Kenapa tengok Lina
macam tu?” seloroh Lina apabila Adam memandang sesuatu aneh kepadanya. Aneh?
Apa yang dibuatnya sehingga membawa kepada sesuatu perkara yang aneh?
“Tak sangka perempuan
lemah lembut macam Lina ni suka bola. Ingat perempuan brutal sahaja yang suka bola,” jelas Adam terhadap Lina. Muka Lina
berkerut seribu wajah.
“Biarlah… tak haram
pun…” cebik Lina.
‘Hmm… Lina…Lina…’ bisik
Adam sambil menggelengkan sedikit kepalanya.
ADAM
mengetuk
daun pintu bilik Lina untuk mengejutkannya untuk menunaikan solat subuh kerana
waktu sebegini telah dipanggil ‘subuh gajah’.
“Ohh… mak kau! Hantu
mana pulak yang sergah aku ni?” Adam melatah apabila sebuah wajah putih
meyergahnya apabila pintu bilik isterinya dikuak secara perlahan-lahan.
“Abang… ni Linalah! Dah
lupa ke?”ujar Lina apabila terdengar Adam melatah.
“Apasal pakai bedak
putih nohh ni? Dah macam tepung gomak dah!” Adam ketawa terbahak-bahak apabila
melihat Lina memakai bedak putih di seluruh mukanya.
“Laa… ni bedak sejuklah!
Memanglah seluruh muka jadi putih!” ujar Lina dengan penuh kegeraman kerana
pagi-pagi lagi sudah disembur oleh Adam.
“Ah… tak kisahlah bedak
sejuk ke bedak panas ke… Yang penting sekarang ni… dah solat ke belum? Kata nak
pergi rumah mak long semalam. Dah pergi cepat siap,” arah Adam kepada Lina dan
berlalu ke bilik tidurnya untuk mengaji.
JALAN
12/3, TAMAN KENARI merupakan alamat rumah mak long Zahra
dan pak long Zamil. Adam dan Lina telah sampai dalam masa kurang lima minit
sahaja. Begitu berharganya masa.
Ketibaannya disambut
dengan wajah sedikit kehambaraan mak long Zahra. Mungkin masih marah lagi
dengan Lina? Entahlah… yang penting dia tidak berdendam sudahlah…
“Assalamulaikum…” Lina
dan Adam memberi salam kepada tuan rumah.
“Waalaikumsalam…” mak
long Zahra membalas salam dan menjemput mereka berdua masuk.
“Mak long… cuba baca
ni…” lantas Lina mengeluarkan sepucuk surat daripada beg tangannya dan menyuruh
mak long Zahra membacanya. Alangkah terkejutnya mak long Zahra apabila Lina
ditawarkan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di Jordan.
Akhirnya, cita-cita Harlina Hawani telah tercapai jua…
“Bila nak perginya?”
soal mak long Zahra dengan nada sedikit girang daripada tadi yang agak sedikit
hambar di raut wajahnya.
Lina tersenyum ke arah
Adam menyatakan bahawa dia angkat berangkat pada minggu hadapan.
Selepas itu, mak long
Zahra mengajak mereka berdua untuk makan tengahari bersama dan menyiapkan
sedikit lagi makanan yang sudah disiapnya untuk dihidangkan.
Alangkah gembiranya
hati mak long Zahra apabila mendapat berita gembia tersebut. Mudah-mudahan,
Lina berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. InsyaAllah…
BAB
8
SUASANA di KLIA agak bising kerana
banyak announcement tentang
penerbangan yang dibacakan oleh operator-operator yang bertugas. Mak Long Zahra
bangga kerana anak buahnya telah berjaya dalam pelajarannya. Dia mengharap Lina
balik dengan membawa segulung ijazah kedoktoran. InsyaAllah.
“Lina kat sana jangan
lupa solat dan jangan terpikat mana-mana pak arab kat sana ya!. Awak tu isteri
orang!”sindir Mak Long Zahra sambil menjeling kearah Adam.
‘Hish.. Mak long ni
sempat jugak nak sindir aku !.’kutuk Adam di dalam hatinya apabila mendengar
usikan daripada mak long Zahra.
“InsyaAllah, mak long.
Lina akan ingat semua pesana mak long.”Lina lalu menyalam tangan mak long Zahra
sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjaganya dari tadikan sehingga di
menara gading. Tidak lupa juga, Lina menyalam tangan suaminya dan memohon
kemaafan jika ada kekhilfan terhadapnya.
“Kat sana, selalu call ya!”gurau Adam sambil menjeling ke
arah Lina yang degil.
“Eleh... belum pergi
lagi dah nak rindu-rindu bagai!”seloroh Lina. Sudah masak sangat dengan
perangai Adam walaupun mereka sudah 3 bulan menikah.
“Dah...dah... flight dah bertolak ni.”ujar mak long.
“Baiklah. Assalamulaikum!”
salam Lina dan melambai-lambaikan tangannya kearah mereka.
“Waalaikumsalam”serentak
mereka menjawab kembali.
‘Akhirnya!. Kau dah
berjaya juga Lina. Mak long doakan kau berjaya dunia dan akhirat, Lina. Mak
long sayang Lina.’doa mak long Zahra dalam hati sambil melambai ke arah Lina
yang sedang menuruni escullator lapangan
terbang tersebut dan seterusnya susuk tubuhnya hilang daripada pandangan.
“Dahlah, mak long. Jom
kita balik.”ajak Adam ketika batang hidung Lina sudah tidak kelihatan.
“Baiklah. Jom,
Hana.”kelihatan Hana pun tersenyum apabila melihat sepupunya berjaya
melanjutkan pelajarannya di luar negara. Hana sudah menanamkan azam untuk
menjadi orang yang berguna di dunia ini.
“Jomlah, mak!” sahut
Hana. Hana kelihatan manis apabila mengenakan selendang sifon berwarna merah
jambu dan berbaju kurung berwarna sedondon juga.
BAB 9
HAFIZ tidak keruan apabila permintaan Datin Marzuwina yang menyesakkan
fikirannya. Adakah Erina akan terimanya ?. Adakah Erina akan terima perkahwinan
tanpa cinta ?. MasyaAllah, kadang-kadang sesak nafasnya hendak memikirkan
permintaan Datin Marzuwina.
Terima atau tidak? Itulah persoalan yang sering
membelenggui benak fikirannya.
Erina? Si budak kelab malam itu sukakah pada dia yang
alim dan tidak pernah tinggal solat dan berpakaian agak kolot sepertinya?
Hendakkah dia?
Daripada amatannya semalam ketika dia bersama ibunya,
Puan Dania bertandang ke Teratak Hamar iaitu gabungan nama pemilik rumah rumah banglo
tiga tingkat tersebut iaitu Datuk Hairi dan Datin Marzuwina.
Di dalam teratak tersebut, dilimpahi dengan pelbagai
kemudahan yang mewah, eksklusif dan kontemperari. Di dalam terataknya juga,
terdapat sebuah lif yang dipasang untuk menaiki ke tingkat tiga yang
menempatkan kamar tidur milik tuan rumah tersebut. Manakala, bilik pembantu
rumah pula di tingkat dua bersebelahan surau yang besar dan mampu memuatkan
sebanyak 45 orang.
Hati Hafiz tiba-tiba bergelora seperti laut yang
bergelora akibat angin kencang yang membadai laut. Dia tidak tahu sama ada
terima atau tidak lamaran Datin Marzuwina pada tempoh hari untuk
memperisterikan Erina. Keluarga Datin Marzuwina telah banyak membantu keluarga
Hafiz keluar daripada kempongpong kemiskinan akibat kematian ayahnya, Sarjan
Ahmad yang terkorban akibat pertempuran yang berlaku di sempadan
Malaysia-Thailand yang pada ketika itu, sebiji bom meletup di kawasan yang menempatkan
arwah ayahnya bersama rakan-rakan lain bertugas. Kematian disahkan seramai tiga
orang termasuk ayahnya dan seorang cedera parah.
Terdetik dalam hati Hafiz untuk melakukan solat sunat
istikharah untuk memohon kepada Allah untuk menerima lamaran tersebut.
Seusai menunaikan solat sunat istikharah, Hafiz mencapai
al-Quran yang terletak di meja kerjanya dan membacanya dengan penuh bertajwid.
Hatinya bertambah tenang dan damai apabila membaca kitab suci al-Quran.
Selepas sahaja membaca al-Quran, Hafiz merebahkan diri
dan terlelap untuk merehatkan tubuhnya di atas katil dan termimpikan mimpi
indah yang ditemani malam penuh indah nan permai.
“ASSALAMULAIKUM,
aunty,” Hafiz cuba menghubungi Datin
Marzuwina untuk memberitahu keputusannya untuk berkahwin dengan Erina. Hatinya
bertambah gusar.
“Waalaikumsalam, Fiz.
Macam mana keputusan kamu?”Datin Marzuwina bersungguh-sungguh menyoal Hafiz
tentang keputusannya.
“Fiz, terima aunty. Fiz ikhlas terima Reen,” dengan
berbekalkan hati yang ikhlas, Fiz yakin untuk memperisterikan Erina.
“Alhamdulillah. Terima
kasih, Fiz.”syukur tidak terhingga Datin Marzuwina apabila Hafiz telah terima
permintaannya yang mungkin buat terakhir kali buatnya.
“Sama-sama. aunty. Assalamulaikum,” Hafiz segera
mematikan perbualannya dengan Datin Marzuwina. Dia bersyukur kerana dapat
membahagiakan hati seorang ibu.
“Waalaikumsalam.”jawab
Datin Marzuwina dengan girang sekali.
“Hai ... kenapa sengih
ni?” tegur Datuk Hairi.
“Fiz terima lamaran
kita untuk kahwinkan dia dengan Erina, bang,” ujar Datin Marzuwina dengan
girang sekali sambil menghulurkan kopi yang telah dibancuhkannya khas untuk
suami yang amat dicintainya.
“Fiz manalah pulak ni ?” soal Datuk Hairi
sambil menghirupkan perlahan kopi tersebut kerana isi kopi tersebut masih lagi
panas.
“Hafiz anak buah kita
tu. Alah anak Dania dengan arwah Ahmad tu.”
“Ohh… Hafiz yang tu.
Lain kali cakaplah.”baru Datuk Hairi tahu siapa Fiz yang dimaksudkan oleh Datin
Marzuwina tu.
“Ish, awak ni.
Tiap-tiap tahun balik raya pun, tak ingat lagi si Hafiz tu,” pelik sungguh
Datin Marzuwina sebab sampai sekarang pun Datuk Hairi tidak mengingati
anak-anak buahnya sendiri.
“Al-maklumlah, orang
dah tua,” rajuk Datuk Hairi sambil memandangkan tabnya di tangan.
“Hmm...” jawab ringkas
Datin Marzuwina.
“Bila dorang nak
kahwin?” soal Datuk Hairi setelah habis menghirup satu cawan kecil kopi yang
dibuat sendiri oleh isterinya. Maka, terbitlah sebuah senyuman manis di bibir
Datin Marzuwina.
“Dua minggu lagi.
Persiapan semua dah siap,”jawapan ringkas Datin Marzuwina.
“Hai… awak ni dah advance kan ? Semua dah settlekan?.”soal Datuk Hairi sambil membaca buku tentang perniagaan dan
berbaring di atas tilam empuk yang dibelinya daripada Itali sewaktu lawatannya
ke sana atas urusan perniagaan syarikatnya.
Datin Marzuwina hanya
mengangguk seraya membelek katalog yang memaparkan konsep perkahwinan yang
sesuai untuk Erina dan Hafiz kelak.
Selepas penat membelek
katalog barangan perkahwinan, lalu Datin Marzuwina meletakkannya di sebelah
meja lampu tidurnya dan menutup lampu tidurnya sementara itu suaminya, Datuk
Hairi sedang khusyuk membaca buku tentang perniagaan sehingga larut malam baru
sahaja dia mahu tidur.
Sebelum melenakan diri,
Datin Marzuwina berdoa agar jodoh Erina bersama Hafiz sampai dan berkekalan
hingga akhir hayat. Di sampan itu, beliau juga mendoakan agar Erina dapat
berubah menjadi seorang isteri yang solehah. Amin… Sesungguhnya doa seseorang
akan dimakbulkan oleh Allah SWT. InsyaAllah…
BERSAMBUNG...
dh best..please continue
BalasPadamNi bukan ke novel adam dan hawa ?
BalasPadam