Selasa, 4 Mac 2014

Sejak Bila Kami Bercinta???

Setelah Harlina Hawani dan Adam Irham menemui kebahagiaan mereka yang penuh ranjau, kini Arissa Sakinah pula mencari kebahagiannya sendiri meskipun bersama lelaki sombong dan kaki perempuan seperti Akhmal Hoseyn. Akhmal Hoseyn? Bila sebut sahaja nama itu, hatinya mula  membakar.

Meskipun Akhmal Hoseyn merupakan ketua PIBG SMK Sultan Abdul Samad yang diminati oleh ramai, Arissa tetap tidak menyukai Akhmal Hoseyn kerana sikapnya yang buruk itu.

"Buat apa aku suka kat Akhmal Hoseyn yang playboy dan arrogant itu. Ohh...please!"-Arissa Sakinah.

Walaupun hati membenci, tetapi entahlah, menjadi cinta apabila mereka bernikah secara paksa dan lama-kelamaan cinta yang layu menjadi segar-bugar kerana kesabaran Arissa melayani kerenah Akhmal.

Namun, ada juga pihak ingin memusnahkan kebahagiaan mereka berdua termasuklah bekas-bekas kekasih milik Akhmal sendiri. Arissa reda menghadapi ujian ini dengan sabar dan rela.

"Satu sahaja kesalahan awak, Arissa. Awak dah curi hati saya yang arrogant ini"-Akhmal Hoseyn.


                                                   PROLOG

SUBUH lagi aku sudah bangun. Bangun untuk menyusukan Fitrya Kamiliah yang baru berusia lima bulan dua puluh lima hari.

Selesai sahaja Fitrya kekenyangan dan terlena, perlahan-lahan aku meletakkan Fitrya di dalam katil bayi bersebelahan denganku bersama Akhmal.

"Abang, bangun. Solat subuh ni, nanti terlepas pulak," kejutku kepada suamiku, Akhmal Hoseyn.

Apabila terdengar sahaja suara sayupku di telinganya, barulah dia menggeliat dan seterusnya aku menuju ke bilik air yang dalam bilik tidur kami untuk mengambil wudhuk sebelum Fitrya terjaga lagi.

Apabila keluar sahaja daripada bilik air, aku terpandang akan Akhmal yang sedang duduk di birai katil dengan terangguk-angguk kepalanya sambil matanya separa buka dan separa tutup. Kelakar juga gaya bangun tidur Akhmal ini.

"Abang... bangunlah..." paksaku apabila Akhmal langsung tidak menyedarkan dirinya.

"Hah... ya?" sedar Akhmal sambil mengarut kepadaku. Aku tergelak melihat gelagatnya.

"Haih... cepat sembahyang... Kalau tak..." desakku apabila dia menguap besar sambil menutup mulutnya dengan belakang telapak tangan kirinya.

"Yalah... yalah... abang bangun..." jawabnya acuh tidak acuh sambil bangun daripada birai katil itu dan terus menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk.

Sementara aku menunggu Akhmal mengambil wudhuk di dalam bilik air, aku membentangkan sejadah untuk kami solat Jemaah bersama. Selesai sahaja membentangkan sejadah dan memakai telekung, aku duduk di birai katil sambil berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Setelah Akhmal keluar di bilik air, aku segera mengambil tempat di sejadah. Begitu juga dengan Akhmal.

SELESAI sahaja solat kami bersolat, aku segera ke dapur untuk masak sarapan sementara FItrya sedang nyenyak tidur. Kesempatan ini selalu aku gunakan untuk membuat segala kerja yang perlu aku bereskan sementara Fitrya belum bangun. Jika Fitrya bangun, alamatnya tergendalalah segala kerja yang aku lakukan.

"Sayang nak suruh abang buat apa?" soal Akhmal kepadaku apabila aku menuju ke bilik tidur kami untuk memantau keadaan Fitrya yang sedang lena dibuai mimpi itu.

"Jaga Lia ya. Saya nak masak ni!" arahku kepada Akhmal.

"All right, boss!" ucap Akhmal kepadaku yang membuatkan aku tersipu-sipu malu.

Aku sekadar menggeleng sahaja lalu menutupi daun pintu bilik kami dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Fitrya yang sedang tidur.

BAU semerbak harum menusuk ke hidungku. Setelah yakin sambal yang aku masak itu sudahpun masak, lalu aku menutup api dan meletakkan sambal itu ke dalam mangkuk yang bersaiz sederhana itu.

Tidak sampai seminit, kelihatan sekujur badan menghampiriku.

"Ya Allah, abang!. Haih, Lia pun dah bangun juga?!" terkejut aku melihat Akhmal mendukung Fitrya yang sedang memisat-pisat matanya yang penuh dengan tahi mata itu.

"Entah, tiba-tiba dah bangun," jawab Akhmal sambil mendongakkan kepalanya untuk melihat sajian yang aku masak di dalam kuali tersebut.

"Kejap, nak angkat sambal ni lepas tu dah siap. Lepas tu, biar Kina jaga Lia ya," ujarku sambil mencedokkan sambal ke dalam bekas yang aku pegang dengan penuh berhati-hati agar tidak tertumpah.

Selepas sahaja aku meletakkan mangkuk yang berisikan sambal itu di atas meja makan, aku mengambil Fitrya untuk menyusukan dia.

 Sedang Akhmal enak makan sarapan pagi, aku menyusui Fitrya yang kehausan itu.

Sewaktu menyusukan Fitrya, teringat pula kisah-kisah silamku yang bermula dengan pernikahan kakak dan abangku, iaitu Ayu Umairah dan Adam Irham yang mulanya atas dasar paksa, namun kelamaan menjadi cinta yang mekar dalam hati dengan berkat kesabaran yang tinggi.

Aku juga teringat pula pertemuan aku bersama Akhmal yang mulanya penuh dengan perasaan benci yang membara, namun sekarang menjadi cinta yang penuh makna dan bererti dalam hidupku ini. Benar kata orang, cinta selepas nikah ini lebih bahagia berbanding dengan cinta sebelum nikah yang penuh dengan batasan yang ditentukan oleh syarak ini.

Kini, hanya seorang sahaja yang bertakhta dalam hati aku ini. Akhmal Hoseynlah oranglah. Selamanya aku mencintai Akhmal Hoseyn. Hanyalah Akhmal Hoseyn dalam hatiku ini!




                                                  1

HARI ini merupakan hari pertama aku melanjutkan pengajianku dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya. Matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran yang paling aku minat sejak aku berada di tingkatan 1 lagi. Meskipun kelulusan aku layak untuk memasuki bidang perubatan, aku tetap menolak kerana minatku yang mendalam terhadap  Sejarah ini.

Hampir setiap hari aku menonton dokumentari berkaitan dengan sejarah dunia di saluran History Channel. Aku menontonnya dengan penuh khusyuk sekali sehinggakan aku tidak mendengar orang-orang di sekelilingku asyik memanggil namaku.

Selesai sahaja pendaftaran, aku menuju ke bilik kuliah yang disuruh oleh penyelia di kaunter pendaftaran sebentar tadi. Aku mencari dan terus mencari sehingga terjumpa akan bilik kuliah tersebut.

Masuk sahaja ke dalam bilik kuliah yang sejuk itu, aku segera mengambil duduk dibahagian hadapan dan selesai sahaja aku duduk di tempat tersebut, aku mengeluarkan barang-barang yang diperlukan semasa kuliah nanti. Kelihatan ramai pelajar sedang sibuk berborak. Manakala, aku pula duduk diam dan berangan-angan kosong itu. Jika Dahlia dan Firash ada, barulah seronok. Tidaklah sunyi seperti sekarang ini. Kebosanan mula melanda diri ini apabila melihat rakan-rakan lain sedang rancak berbual sesama sendiri.

Tiba-tiba anganan aku mati. Mati kerana terlihat akan seorang budak lelaki yang baru sahaja melintasi aku. Kacak. Mukanya ada darah campuran Arab-Melayu. Sungguh, aku sudah jatuh hati kepadanya.

"Wassup bro. Apa cerita kau selama ni?" tegur jejaka tersebut kepada rakannya yang sejak tadi asyik duduk diam dan mengelamun sepertiku.

"Wassup...wassup... assalamulaikumlah dulu..." bidas rakan jejaka tampan tersebut. Jejaka tersebut terdiam terhadap bidasan rakannya.

"Waalaikumsalam... sorrylah. Dah lama aku tak jumpa kau," jejaka tersebut  meminta maaf kepada rakannya itu.

"Aku pun dah lama tak jumpa kau. Malam ni nak lepak tak?" soal rakan jejaka tersebut dengan penuh keterujaan.

Aku dari jauh hanya pasang telinga sahajalah.

"Hmm... entahlah. Kau rasa?"
"Aku rasa nak karaokelah malam ni." ujar rakannya dengan idea terlintas di fikirannya.
"Alah, tak bestlah macam ni! Clublah!"jawab jejaka tersebut kepada rakannya yang asyik memikirkan sesuatu.

Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa jejaka kacak tersebut merupakan kaki kelab malam. Kalau dia kaki kelab malam, pastilah dia kaki botol. Jejaka tersebut out of list aku! Aku benci lelaki kaki kelab malam.

Aku didatangi oleh seorang gadis bertudung menyapaku.

"Excuse me, ada orang tak sebelah awak?" sapa gadis tersebut seraya menayakan tempat duduk yang kosong di sebelahku.

"Tak ada. Duduklah. Nama awak siapa?" sapaku kepadanya apabila dia sudah duduk di sebelahku.

"Ohh... nama saya Laura. Memang pelik sikit nama saya," kata gadis yang bernama Laura tersebut kepadaku. Aku mula tertanya nama sebenarnya itu.

Melalui amatan aku, muka Laura ada kacukan Melayu-Inggeris sedikit. Kulitnya kuning langsat dan mempunyai mata yang bujur dan bibir mungilnya yang agak comel.

"Laura" panggilku kepadanya.

"Ya? Hmm... nama awak apa ya?" soal Laura yang ingin berkenalan denganku.

"Arissa Sakinah. Panggil Kina saja.." ujarku kepada Laura yang mula mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Ha Kina, nak Tanya apa ya?" soal Laura apabila teringat akan persoalan aku terhadapnya.

"Ohh.. nama penuh awak apa ya? Yalah sebab nama awak pelik sikit," ujarku dengan tidak yakin sekali.

"Ohh... nama saya Nur Rasyidah Laura binti Idris. Orang duk panggil Laura je, so saya dah terbiasa. Mak ayah saya pun panggil Laura," jelas Laura dengan terang sekali. Kini, aku telah tahu kesemua teka-teki yang bermain di fikiran aku terhadapnya.

"Awak ada darah kacukan ke?" soalku kembali.

Laura pun mengangguk." Mak saya orang Australia, ayah orang Klate,so gomo Klate, gomo Klate, gomolah!" guraunya sambil berloghat kepadaku. Aku turut tertawa dengan gurauannya itu.

"So, pandai loghatlah?"soalku sejurus selesai sahaja bergelak-ketawa terhadapnya.

"Sikit-sikitlah. Yang basic aja saya tahu. Yang complex tu saya tak tahu," jawab Laura sambil tersenyum memandang wajahku.

Sekilas, aku menyambut kembali senyuman manisnya itu.

Secara spontan, aku terlihat sekujur tubuh mendekati kami berdua.

"Ya Allah, Auni!!!" aku segera mendapatkan Auni yang sudah tercancang di muka pintu bilik kuliah itu. Kami saling berpelukkan.

"Aku pun rindu awak, Arissa!" jawab Auni spontan sambil memaut lenganku.

"Ini Laura." aku memperkenalkan Laura kepada Auni.

"Sedap nama. Macam mat salih!" puji Auni. Aku tersenyum manis kepadanya.

"Eh, awak nak duduk? Aku dah copkan tempat tu!" aku segera mengunjukkan tempat duduk yang bersebelahan Laura itu.

"Jomlah!" ajak Auni.

"Apa cerita awak sekarang nI?" Auni memulakan mukadimah perbualan kami bertiga ini.

"Hmm... Alhamdulillah. Sihat-sihat sahaja. Mama pun sihat," ujarku.

"Seronok aku dengar!"

"Apa cerita dengan kawan-kawan kita tu?" aku tidak sabar-sabar untuk menantikan jawapan daripada mulut Auni sendiri.

"Ohh... ramai yang sambung study kat oversea. Eh, kenapa awak masuk bidang Sejarah ni? Bukan awak layak masuk medical?" soal Auni kebingungan.

Aku tersenyum lantas berkata, "Aku tak minatlah medical ni! Susah!"

"Laa... kenapa awak cakap macam tu? Susah tau nak masuk medic tu! Pulak tu, awak tak nak masuk medic. Rugilah!" omel Auni. Laura hanya tersengih kecil apabila memandang kami berdua yang rancak berbual.

"Biarlah. Eh... petang ni awak free tak? Ingat kan nak ajak lepak kat Subway dekat Old Town tu?" aku mempelawa Auni untuk meluangkan masa bersembang bersamaku dan Laura.

"Boleh juga. Laura, nak  join sekali?" kini, giliran Auni pula mempelawa Laura untuk turut ikut sama.

"Tak bolehlah. Mama aku tak kasilah! Sorry," tutur Laura dengan penuh kelembutan. Terserlahlah kecantikan yang ada pada dirinya.

Aku dan Auni sekadar mengangguk lemah akan kata-kata Laura itu. Sejurus kami enak bersembang sesama sendiri, kelihatan sekujur tubuh lelaki yang gempal dan berurban itu berdiri di atas pentas yang berada di dalam bilik kuliah itu.

Sebaik sahaja kuliah berjalan, masing-masing khusyuk memandang syarahan daripada Prof.Iskandar. Walaupun pendek, tetapi padat.


                                                    2

MENJELANG pukul 4.30 petang, kuliah tamat. Kami bertiga keluar beriringan sambil rancak berbual mesra. Kami sempat singgah di surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan kepadaNya. Seusai solat, Laura terpaksa keluar awal kerana papanya telahpun tunggu di tapak parkir Universiti Malaya itu.

Lorong kaki lima di hadapan bilik kuliah kami agak sesak dan susah untuk aku bergerak. Suasana tersebut seolah-olah berada di dalam tin sardin. Sungguh panas dan menyesakkan!

Tiba-tiba, aku terlanggar dengan seorang pemuda. Aku menolong pemuda tersebut mengangkat buku-bukunya yang jatuh bertaburan di atas lantai. Namun, bukan pujian yang aku dapat, malah cacian dan sumpah seranah pula yang aku dapat.

"Lain kali tu, mata letak kat kepala. Bukan kat lutut!" pemuda yang angkuh tersebut menunjal kepalaku. Hampir aku jatuh terduduk di atas lantai itu.

"Amboi, bersyukurlah kalau aku sudi tolong awak tau! Kalau tak, memang taklah aku nak tolong awak! Mr.Arrogant!" aku menyindirnya dengan perkataan yang mampu menusuk hati egonya itu. Peduli apa aku. Asal dia tahu kenang budi orang. Sudahlah!

"Malas duh nak layan perempuan macam kau ni! Serebeh aje aku tengok kau!" caci pemuda tersebut. Hati aku bertambah terbakar lagi.

"Siapa suruh tengok muka aku? Tahulah muka aku ni taklah secantik Neelofa!" gumamku.

"Sedar pun! Ingatkan tak sedar lagi!" balas pemuda tersebut.

Aku mendengus kasar tatkala pemuda tersebut beredar pergi tatkala rakannya memanggil nama Seyn. Seyn? Nama sedap, tapi mulut, dah serupa longkang. Longkang pun wangi! Gerutuku.

PERSETUJUAN akhirnya diterima. Laura dan Auni setuju untuk menemai aku ke Midvalley Megamall kerana aku perlu mencari beberapa buah buku ilmiah tentang assingnment yang diberikan oleh Prof.Hafeez.  Assingnment tersebut perlu diserahkan dalam tempo dua minggu akan dating. Ah! Aku sudah tidak mempunyai masa yang banyak lagi! Segala waktu berlibur ditolak ketepi.

Sewaktu aku hendak ke kaunter untuk membayar buku yang menjadi pilihan aku, aku terdengar suara yang memaki aku.

"Wei, minah! Cepatlah sikit lambatlah!"

Aku berpandang akan suara tersebut. Apa? Bukankah itu pemuda yang berlanggaran di kampus pada petang tadi? Tapi... mengapa dia berada di sini? Dan... siapakah wanita seksi bersamanya?

Selesai urusan jual beli selesai, aku melintasi dihadapan pemuda tersebut. Lancang sahaja mulut dia berkata-kata kepadaku.

"Orang tu, lambatkan! Betul Fenella?" ejeknya.

Aku hendak tergelak akan nama perempuan tersebut. Fenella? Dah macam nama makanan kat Amerika sahaja!

"Apasal you gelak?" tempelak Fenella.

"Ohh... orang-orang gila macam kau orang ni aje yang mengejek orang kat tempat public macam ni! And one more, nama you tu pelik sangat. Fenella. Dah macam brand makanan kat US! Sucks!" tanpa segan silu, aku menuturkan sahaja apa yang aku hendak. Aku mahu balas dendam akan perbuatan mereka.

Fenella menunjukkan reaksi marahnya kepada aku tatkala aku melangkah pergi. Pemuda yang bernama Seyn lantas menarik Fenella ke dakapannya dan menenangkannya.

Hati aku tergelak besar. Hmm... padan muka! Siapa suruh cari fasal dengan aku?!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan