Khamis, 22 September 2016

Ciri Lelaki Pilihan Aku

Assalamulaikum...

Couple? What is couple? Based on our understanding or 'Malay' understanding, couple means the person who love each other before marry. How far this perspective should be understand for? 

For me, love is blind. If blind, so get marry soon. No delay okay! Hihik.

Sebelum tu, nak cari pasangan mestilah ada calon pilihan aku sendiri. Bagi aku lelaki pilihan aku adalah seorang yang :

1.BUKAN SEORANG PEROKOK/ VAPE/ SHISHA

Hasil carian imej untuk no smoking logo


 I'm really hate the persons who love to smoke! Korang tahu tak yang asap rokok, vape, shisha tu boleh panggil syaitan? Korang tahu yang rokok, vape, shisha tu ada dadah yang boleh membuatkan kita ketagih? Kalau korang kiralah kewangan dalam masa sebulan, bayangkanlah sekotak rokok aja dah telan RM 15.00 paling murah, dalam seminggu 5 atau 6 kotak rokok yang korang beli, dah berapa banyak? Cuba sebulan? Setahun? Sepuluh tahun? Silap-silap duit yang terbang melayang tu boleh buat bayar muka rumah. Is it? People people! Stand up! Leave that all shits have you done for your own benefit. 

Parents. Abah aku paling pantang kalau ada orang merokok kat rumah, mahunya dia lesing aja siapa yang merokok dalam rumah. Dia siap letak syarat lagi.

"Akak, kalau nak kahwin, carilah laki yang tak merokok. Kalau merokok, abah tak restu perkahwinan akak ya! Jangan main-main!'.

Wow! My expression be like... 
'Oh my God! Serious ni?'
'Matilah aku!'
wakakaka...

Lagi satu, aku paling benci asap rokok. Kalau ada asap rokok depan aku, aku terus tutup hidung aku sambil menyumpah seranah orang tu dalam hati.
'Bodoh punya orang! Tak nampak ke orang kat depan ni?'
'Buta ke'

2.TERIMA AKU KERANA ALLAH SWT, BUKAN KERANA KASIHAN

Hasil carian imej untuk allah wallpaper

Setiap perkara yang kita lakukan seharian, hendaklah diniatkan kerana Allah SWT dalam hati. Tak kisahlah kalau korang ikhlas atau tidak, paksalah niat kita tu atas dasar kerana Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sepertimana lelaki pilihan aku, aku nak dia terima aku kerana Allah bukan kerana kasihan. Kenapa aku pasang niat macam tu dalam hati? Sebab bila seseorang terima kita kerana Allah, nescaya Allah akan tetapkan dia sebagai jodoh kita di Luh Mahfuz sana dan Allah akan tetapkan hati aku dan dia dengan kasih sayang dan cinta suci yang abadi. Alaaahhh... Sweet gilak ayat aku ni! Miahahaha...

Aku pernah terbaca satu post dalam laman sosial Instagram, Allahyarham Tok Guru Haron Din pernah meninggalkan pesan buat kita semua apabila kita sudah mula terjatuh hati kepada seseorang,

'Kalau sukakan seseorang itu,
janganlah simpan di dalam hati
Kerana hati sifatnya berbolak-balik.

Kalau sukakan seseorang itu, 
simpanlah dia di dalam doa,
kerana doa itu akan tercatat di langit selamanya.'

InsyaAllah, aku akan dipertemukan dengan lelaki pilihan aku satu hari nanti. Amin...


3. SUKA BUAT LAWAK

Hasil carian imej untuk jokes


Disebabkan aku ni seorang yang suka gelak sampai nak terdengar suara gelak aku sampai seluruh alam, so, aku pun pasang angan-angan nak lelaki yang kelakar dan suka buat lawak. Kalau boleh, perangai dia macam childish sikit la. Kalau serious sangat, macam mana nak bergurau gila-gila dengan dia kan? Silap-silap, biru muka lepas sebulan, menangis kat bilik cakap dengan cicak. Alahai... =____=

4.SEORANG YANG SETIA DAN PANDAI JAGA HATI IBU BAPA



 Siapa nak lelaki yang buaya? Semua tak nak! Kalau dah kahwin, jadikanlah dia yang pertama dan terakhir dalam hidup aku. Cehwah, sudah serupa lagu ayat aku ni! Miahahaha....

Nak ikutkan aku, aku nak lelaki tu seorang yang pandai jaga hati parents aku dan seorang 'anak mak' dan juga 'anak bapak'. Bukan seorang yang tanggang moden.

5.BERKERJAYA DAN BANYAK DUIT

Hasil carian imej untuk ceo


Wahai kaum Hawa di luar sana, kalau nak cari calon soulmate, carilah yang berkerjaya dan berduit tebal, bukannya kad kredit tebal! Buat tambah hutang aja! Nak tahu sebab apa korang kena cari bakal soulmate yang berkerjaya dan berduit?

Pertama, biar orang tak pandang rendah terhadap kita. Ayat typical yang selalu orang Melayu suka caci kat pasangan orang lain,

'Kau nak tahu, dia dahlah kahwin dengan laki yang kerjanya pak guard aja. Ada ke patut, berlagak dengan kita. Sedarlah diri sikit!'

'Dia dahlah kahwin dengan orang yang banyak berhutang, padanlah rumah sempit semacam je.'
 
And blablabla....

Kesimpulannya, aku berharap sangat satu hari nanti, Allah akan membuka pintu hati aku untuk bercinta dan menerima kehadiran seorang arjuna dalam hidup aku. Aku sekarang pun dah pasang angan-angan nak mengandung. Seronok rasanya kan? Hahaha... Baru diploma, dah nak menggatal. Padanlah muka naik jerawat. Berangan aje kannnn!!!

That's all for this entry.

Thank you... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan