Sabtu, 19 November 2016

Examination

Assalamulaikum... =)

Lately, the examination coming like the sky blue. Last weeks, I'm having mid semester examination and next weeks, test weeks! There's two intervals for me enjoying myself as a human. LOL =P

Hasil carian imej untuk examination
So, this is my face during examination. 'My goodness, what the question asking for?'

So, I decided to do something. Not just continuing the typical and klise type of study, but little new way to study smart one day before exam. Well, I'm like studying in last minute. That's my carry marks like.... =P

These are my ways that I do during revision

COPY THE NOTES AND SUMMARISE IT

So, while I'm reading the notes, I will summarises the notes by write it back into blank test pad that I've divided into two parts. So, save the sheets of papers! Costing okay! After that, I will memorises the important parts only that will come out to exams or test.

HIGHLIGHT THE MAIN POINTS OF QUESTION THAT HAVE GIVEN DURING TUTORIAL SESSION

It's important to attend classes a week before exams or test, because on that week, many of lecturers will give tutorial questions or quiz which consists the question that might come out during exams. Trust me, 70% tutorial or quiz question had come out when I reads and tried to answering the question carefully. Last but not least, I will highlight the main points that consists in tutorial question into my notes, come back home, read and write it back as express notes. It works!


LASTLY...

BESEECH THE BLESSING OF GOD, PARENTS AND LECTURERS/ TEACHERS

As we already know, every religion has     suggested that we seek blessings from parents and teachers, not even pray to God that the simplified arrangements for the examination.

I hope this simple entry can help you to success for exams. Pass it with flying colours!!!
=) =) =)

Khamis, 22 September 2016

Ciri Lelaki Pilihan Aku

Assalamulaikum...

Couple? What is couple? Based on our understanding or 'Malay' understanding, couple means the person who love each other before marry. How far this perspective should be understand for? 

For me, love is blind. If blind, so get marry soon. No delay okay! Hihik.

Sebelum tu, nak cari pasangan mestilah ada calon pilihan aku sendiri. Bagi aku lelaki pilihan aku adalah seorang yang :

1.BUKAN SEORANG PEROKOK/ VAPE/ SHISHA

Hasil carian imej untuk no smoking logo


 I'm really hate the persons who love to smoke! Korang tahu tak yang asap rokok, vape, shisha tu boleh panggil syaitan? Korang tahu yang rokok, vape, shisha tu ada dadah yang boleh membuatkan kita ketagih? Kalau korang kiralah kewangan dalam masa sebulan, bayangkanlah sekotak rokok aja dah telan RM 15.00 paling murah, dalam seminggu 5 atau 6 kotak rokok yang korang beli, dah berapa banyak? Cuba sebulan? Setahun? Sepuluh tahun? Silap-silap duit yang terbang melayang tu boleh buat bayar muka rumah. Is it? People people! Stand up! Leave that all shits have you done for your own benefit. 

Parents. Abah aku paling pantang kalau ada orang merokok kat rumah, mahunya dia lesing aja siapa yang merokok dalam rumah. Dia siap letak syarat lagi.

"Akak, kalau nak kahwin, carilah laki yang tak merokok. Kalau merokok, abah tak restu perkahwinan akak ya! Jangan main-main!'.

Wow! My expression be like... 
'Oh my God! Serious ni?'
'Matilah aku!'
wakakaka...

Lagi satu, aku paling benci asap rokok. Kalau ada asap rokok depan aku, aku terus tutup hidung aku sambil menyumpah seranah orang tu dalam hati.
'Bodoh punya orang! Tak nampak ke orang kat depan ni?'
'Buta ke'

2.TERIMA AKU KERANA ALLAH SWT, BUKAN KERANA KASIHAN

Hasil carian imej untuk allah wallpaper

Setiap perkara yang kita lakukan seharian, hendaklah diniatkan kerana Allah SWT dalam hati. Tak kisahlah kalau korang ikhlas atau tidak, paksalah niat kita tu atas dasar kerana Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sepertimana lelaki pilihan aku, aku nak dia terima aku kerana Allah bukan kerana kasihan. Kenapa aku pasang niat macam tu dalam hati? Sebab bila seseorang terima kita kerana Allah, nescaya Allah akan tetapkan dia sebagai jodoh kita di Luh Mahfuz sana dan Allah akan tetapkan hati aku dan dia dengan kasih sayang dan cinta suci yang abadi. Alaaahhh... Sweet gilak ayat aku ni! Miahahaha...

Aku pernah terbaca satu post dalam laman sosial Instagram, Allahyarham Tok Guru Haron Din pernah meninggalkan pesan buat kita semua apabila kita sudah mula terjatuh hati kepada seseorang,

'Kalau sukakan seseorang itu,
janganlah simpan di dalam hati
Kerana hati sifatnya berbolak-balik.

Kalau sukakan seseorang itu, 
simpanlah dia di dalam doa,
kerana doa itu akan tercatat di langit selamanya.'

InsyaAllah, aku akan dipertemukan dengan lelaki pilihan aku satu hari nanti. Amin...


3. SUKA BUAT LAWAK

Hasil carian imej untuk jokes


Disebabkan aku ni seorang yang suka gelak sampai nak terdengar suara gelak aku sampai seluruh alam, so, aku pun pasang angan-angan nak lelaki yang kelakar dan suka buat lawak. Kalau boleh, perangai dia macam childish sikit la. Kalau serious sangat, macam mana nak bergurau gila-gila dengan dia kan? Silap-silap, biru muka lepas sebulan, menangis kat bilik cakap dengan cicak. Alahai... =____=

4.SEORANG YANG SETIA DAN PANDAI JAGA HATI IBU BAPA



 Siapa nak lelaki yang buaya? Semua tak nak! Kalau dah kahwin, jadikanlah dia yang pertama dan terakhir dalam hidup aku. Cehwah, sudah serupa lagu ayat aku ni! Miahahaha....

Nak ikutkan aku, aku nak lelaki tu seorang yang pandai jaga hati parents aku dan seorang 'anak mak' dan juga 'anak bapak'. Bukan seorang yang tanggang moden.

5.BERKERJAYA DAN BANYAK DUIT

Hasil carian imej untuk ceo


Wahai kaum Hawa di luar sana, kalau nak cari calon soulmate, carilah yang berkerjaya dan berduit tebal, bukannya kad kredit tebal! Buat tambah hutang aja! Nak tahu sebab apa korang kena cari bakal soulmate yang berkerjaya dan berduit?

Pertama, biar orang tak pandang rendah terhadap kita. Ayat typical yang selalu orang Melayu suka caci kat pasangan orang lain,

'Kau nak tahu, dia dahlah kahwin dengan laki yang kerjanya pak guard aja. Ada ke patut, berlagak dengan kita. Sedarlah diri sikit!'

'Dia dahlah kahwin dengan orang yang banyak berhutang, padanlah rumah sempit semacam je.'
 
And blablabla....

Kesimpulannya, aku berharap sangat satu hari nanti, Allah akan membuka pintu hati aku untuk bercinta dan menerima kehadiran seorang arjuna dalam hidup aku. Aku sekarang pun dah pasang angan-angan nak mengandung. Seronok rasanya kan? Hahaha... Baru diploma, dah nak menggatal. Padanlah muka naik jerawat. Berangan aje kannnn!!!

That's all for this entry.

Thank you... =)

Isnin, 22 Ogos 2016

Final Project : Explore Race 2016

Assalamulaikum and good morning... :)


'Regarding for your final project, we will be held explore race,' said the lecturer to his students.

We as the students be like......


 HOOORRREEEEYYY!!!!

Sorak sakan macam tengok football match.

Yalah, no need to 'pulas otak' for thinking what to do for our final project. No presentation. Maybe. Report. I think so. Heh. =____=

This activity was started at 8.00 am. Firstly, we need to register, get our freeeee foods and drinks, warming body and zumba. Eh... eh ...eh ... The steps of zumba for me like.......

'Hish, ke laut la steps zumba aku ni'

p/s: Bukannya free, tapi, kena bayaq RM5. Standard la, sekarang ni, mana ada yang tak bayar! Miahahaha...

For beginning, aku tak banyak amek gambar. Sebab camera phone tak jelas sangat. Biasalah, phone cikai-cikai aja. Angan-angan nak beli I Phone, tapi duit yang aku ada tu pun tak lepas nak beli Oppo. T_____T


For sharing, I post ajalah gambar yang ada dalam storage dalam phone I ye :(
















Hish Kin, horangg belum ready lg, dia pi snap curi curi. Poooddaaa.... :')




First checkpoint, satu team kena redah naik tangga level 7 sambil berlari anak. What the fishhhh!!! Fuhhh... penah siahhh... Nasib kaki tak cramped, kepala je naik noneng. Lepas tu, masuk bilik gelap dengan tutup mata. Kena cari barang yang kita hafal sebelum masuk dalam bilik tu. Masa diberikan 10 minit. Lepas tu, facilitator cakap ' game over'. And, time tu, semua kena freeze kan diri. Bukak mata. Geng aku dapat 5 items out of 6 items. So, dapatlah 10 over 12 marks. Okeylah. Bangga kut.

Second checkpoint, kitaorang kena baling kasut kat tangga sampai kena tanda X. Ala-ala Running Man gitu. Sudahnya, semua tak kena tanda X. Terjauh sangat, terdekat sangat, terkena tempat sendiri pun ada. LOL. But, facee tu baik, bagilah satu geng 6 marks sebab semangat setiakawan yang kita orang tunjukkan.

YES! LOYALTY IS THE FIRST!

Hahaha... Main sedap aja aku reka quotes sendiri. Sorry ye, omputih sekalian.

Third checkpoint, inilah paling aku benci. Tadi 1st checkpoint kena redah naik level 7. Kali ni, naik level 8. Naik tangga lagi! So, 15 level la kita orang naik. TOTAL! Badan dan jiwa raga didera teruk-teruk time tu. T_T Tapi, sabar je la. Demi markah final project, kita terpaksa redah jeeee laaaa.... Dalam checkpoint ni, kita orang dipilih 2 orang untuk lakonkan watak yang peribahasa facee kasi. Lepas tu, yang lain kena teka peribahasa yang dua orang tu lakonkan. Ian and Kirtu volunteered themself to be actress. Fuyoo, actress... Bangga mak Jemahhh.... Lepas habis teka peribahasa tu, facee bagi 10 marks. Horey! Settle!


Haaa... Lihat ini. Pakar-pakar bahasa sedang menganalisa apa yang cuba disampaikan oleh mereka sekalian.....



On forth checkpoint, they need only 2 couples. Untuk apa? Untuk dukung pasangan masing-masing. Nampak mengarut. Tapi, itulah yang kami terpaksa lalui. Lepas dah dukung pasangan masing-masing, orang yang didukung tu kena pegang ayaq yang telah dicurahkan oleh facee dan orang yang mendukung tu kena berlari ke arah sorang lagi facee yang duduk depan station sambil kira masa. Masa diberi 10 minit. Bayangkanlah, masing-masing berat. Berat apa? Berat dosa. Sempat lagi melawak! Lepas bergilir-gilir dukung orang, masa pun tamat. Teneettt...


On fifth checkpoint, kita orang kena fight group lain. Pulak tu, group lain satu roomates. Hahaha... Lagi berkobar-kobar nak fight dia orang. Kena lawan baling reben merah dan purple sampai bentuk a straight line. Like a childish! Nampak aja childish, tapi kita orang kalah! Dia orang laju sangat sampai susah aku nak tangkap pergerakan dia orang! Hesy!

On sixth checkpoint, tahap fokus amat diperlukan. The illusion... Firstly, we need to focusing our friend finger and she will be put her finger backside the paper and we need to recognise what's hidden in the abstract pattern. We need to find 5 transport, 1 words. So, we didn't managed to find the tasks and finalised to be sitted quietly for 3 minutes. Then, go to next station.




The illusion is begins!!!!


On seventh checkpoint, our group meet nearby fish pond. We playyy sudoku. Sorang jawab sudoku, enam yang lain rendam muka. Rabak! Habis make-up kita orang. Nasib aku foundation dengan lipstick nude je. Kalau pakai mascara bagai, tak ke macam panda bangun di siang hari!


Sesi merendamkan muka guysss!!! Engko yang tengah jawab tu, cepatlah sikit!


On eigth checkpoint, we need to answer 10 question which consists 9 MCQ questions, 1 drawing questions. Draw the animal cells. Heh, macam drawing sekolah menengah form 1 aja.. Ngeeehhh... The MCQ questions consists science knowledge like tsunami, radioactivity and etc. Macam soalan form 5 which consists physics and some biology. Elehh, bio. Kacang! Aku dapat B+. Alhamdulillah, we managed to answer all question. Senang je! Budak otak sains!

On ninth checkpoint, the puzzles. Consists three level. Easy, medium and hard. Alah, macam puzzle yang ada dalam PC kita semua ni. Tapi, gambaq dia tak boleh blah. Semua gambar disney cartoon. Last-last, cartoon Little Mermaid. Our be like...

'Cari base dia dulu.'

'Ni bukan la!'

'Ni bra dia!'

=________=


Memerah semangat setiakawan yang tinggi untuk selesaikan puzzle tu. Hek eleh, puzzle budak-budak aja punnn......


On last checkpoint, balancing test. We all need to grasp the spoon by our teeth and hold the ping pong ball without dropped it. If not, we need repeat it. So, we arranged stairs by stairs and grasp the spoon.  After that, one-by-one passed the balls, balance it and do not hold the base of the spoon. We need to do 2 round. First, in descending order. Second, ascending order. But, we failed to managed on second round. But, we enjoy this game without any prejudice. Because...

'THE LOYALTY IS THE FIRST!'

hahahaha..... berguna jugak quote rekaan aku ni!!!!

The explore race finished at 1.00 pm. The prize giving ceremony were held at the stage which is located at U-Plaza. Every group were given consolation prize. For the winner, their get big hamper. Even the victory doesn't side to us, but we satisfied and enjoyed this game. We hope this activity will be held again for future.

Sebelum balik, sempat lagi kita orang berwefie-wefie...



Orang lain peace. Ko buat apa tu Ian? Call sugar ke???







Candid pulak dahhh.....



Freestyle pop yeh yeh....


Lastly, aku memohon ampun kalau aku ada buat silap sepanjang aku tulis entry ni. Hopefully, enjoy with this entry!


Thank you... :)

Khamis, 18 Ogos 2016

University Life

It's like blinking eyes. I've not update any posts 2 years ago since I really busy to my studies, SPM like shit. Haha...

Berhempas pulas bagai untuk SPM, last-last dapatlah 5A. Itupun, tak capai target. Ok, fine.

But, I stand up from past. I don't want think what have I done past, in my schoolhood and etc. I just want to be focusing for future. Want to study, having a good carier, getting marry soon and getting the cute child. Cehh... mengatal pulak hangg yeee.... Hahaha....

So, I had decided to furter my studies at private university.Why I'm choosing private university?

Hmm... because I can choose the course that I really interested to explore it and learnt for entire of life. Yeah! Medical field. Medical Laboratory Technology!

Many of people thought that medical field quite difficult, expensive and take a long period to complete our studies. But, I'm believe that medical field is my passion since I'm really really love science and biology, ang got eagerly to explore about this field very much!


So, I choose. this university...





This university quite famous among other private university at Malaysia. As tagline 'Your Global University of Choice'. This university located at Shah Alam. This university well known around Klang Valley, Kuala Lumpur area. Many of students from urban area like Klang Valley tend to choose this university since this university nearly located from their house.

Dah, malas lagi nak panjang jela lagi explain pasal uni aku ini. Lah ni, aku nak cerit pasal life aku kat kuliah pulak yeee...

I've officially registered to this university at 25th of April of 2016. Then, I need to attend the orientation week that takes 5 days which started at Monday, 25th April until Friday, 29th April 2016. During orientation week, I've trained to be in group spirit, proper manners, and etc.

After orientation week, I've already start my study. On first day, I was in deep nervous. Ok, first time belajaq kat uni kot. Manalah nak sesuaikan diri dengan lecturer, new friends, class yang fully air-conditioned! Hahaha... Sampai aku tenung lecturer tu, macam nak telan aje dia... Hehehe...

But, fortnight later, I'm already used to the university enviroment. Hooorrreyyy!!!

Now, I want to show a few my classmates photo. I know, they not pretty as model or Miss World. K. As long as it correspond to myself who is simple person.


This is Kin. She queen of selfie and snapchatters. Asal pi class je, mesti snapchat dulu. Heh.


















The doctors to be....






OK la. Setakat ini sajalah yang mampu untuk aku ceritakan. Segala salah silap, mohon ampun. Untuk English merapu aku tu, sorry sangat sebab aku masih lagi nak bertatih speaking dan belajaq English.


Sekian, terima kasih.

Assalamulaikum...

Bye.... Taraaaa... Tatataaa....



Selasa, 4 Mac 2014

Sejak Bila Kami Bercinta???

Setelah Harlina Hawani dan Adam Irham menemui kebahagiaan mereka yang penuh ranjau, kini Arissa Sakinah pula mencari kebahagiannya sendiri meskipun bersama lelaki sombong dan kaki perempuan seperti Akhmal Hoseyn. Akhmal Hoseyn? Bila sebut sahaja nama itu, hatinya mula  membakar.

Meskipun Akhmal Hoseyn merupakan ketua PIBG SMK Sultan Abdul Samad yang diminati oleh ramai, Arissa tetap tidak menyukai Akhmal Hoseyn kerana sikapnya yang buruk itu.

"Buat apa aku suka kat Akhmal Hoseyn yang playboy dan arrogant itu. Ohh...please!"-Arissa Sakinah.

Walaupun hati membenci, tetapi entahlah, menjadi cinta apabila mereka bernikah secara paksa dan lama-kelamaan cinta yang layu menjadi segar-bugar kerana kesabaran Arissa melayani kerenah Akhmal.

Namun, ada juga pihak ingin memusnahkan kebahagiaan mereka berdua termasuklah bekas-bekas kekasih milik Akhmal sendiri. Arissa reda menghadapi ujian ini dengan sabar dan rela.

"Satu sahaja kesalahan awak, Arissa. Awak dah curi hati saya yang arrogant ini"-Akhmal Hoseyn.


                                                   PROLOG

SUBUH lagi aku sudah bangun. Bangun untuk menyusukan Fitrya Kamiliah yang baru berusia lima bulan dua puluh lima hari.

Selesai sahaja Fitrya kekenyangan dan terlena, perlahan-lahan aku meletakkan Fitrya di dalam katil bayi bersebelahan denganku bersama Akhmal.

"Abang, bangun. Solat subuh ni, nanti terlepas pulak," kejutku kepada suamiku, Akhmal Hoseyn.

Apabila terdengar sahaja suara sayupku di telinganya, barulah dia menggeliat dan seterusnya aku menuju ke bilik air yang dalam bilik tidur kami untuk mengambil wudhuk sebelum Fitrya terjaga lagi.

Apabila keluar sahaja daripada bilik air, aku terpandang akan Akhmal yang sedang duduk di birai katil dengan terangguk-angguk kepalanya sambil matanya separa buka dan separa tutup. Kelakar juga gaya bangun tidur Akhmal ini.

"Abang... bangunlah..." paksaku apabila Akhmal langsung tidak menyedarkan dirinya.

"Hah... ya?" sedar Akhmal sambil mengarut kepadaku. Aku tergelak melihat gelagatnya.

"Haih... cepat sembahyang... Kalau tak..." desakku apabila dia menguap besar sambil menutup mulutnya dengan belakang telapak tangan kirinya.

"Yalah... yalah... abang bangun..." jawabnya acuh tidak acuh sambil bangun daripada birai katil itu dan terus menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk.

Sementara aku menunggu Akhmal mengambil wudhuk di dalam bilik air, aku membentangkan sejadah untuk kami solat Jemaah bersama. Selesai sahaja membentangkan sejadah dan memakai telekung, aku duduk di birai katil sambil berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Setelah Akhmal keluar di bilik air, aku segera mengambil tempat di sejadah. Begitu juga dengan Akhmal.

SELESAI sahaja solat kami bersolat, aku segera ke dapur untuk masak sarapan sementara FItrya sedang nyenyak tidur. Kesempatan ini selalu aku gunakan untuk membuat segala kerja yang perlu aku bereskan sementara Fitrya belum bangun. Jika Fitrya bangun, alamatnya tergendalalah segala kerja yang aku lakukan.

"Sayang nak suruh abang buat apa?" soal Akhmal kepadaku apabila aku menuju ke bilik tidur kami untuk memantau keadaan Fitrya yang sedang lena dibuai mimpi itu.

"Jaga Lia ya. Saya nak masak ni!" arahku kepada Akhmal.

"All right, boss!" ucap Akhmal kepadaku yang membuatkan aku tersipu-sipu malu.

Aku sekadar menggeleng sahaja lalu menutupi daun pintu bilik kami dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Fitrya yang sedang tidur.

BAU semerbak harum menusuk ke hidungku. Setelah yakin sambal yang aku masak itu sudahpun masak, lalu aku menutup api dan meletakkan sambal itu ke dalam mangkuk yang bersaiz sederhana itu.

Tidak sampai seminit, kelihatan sekujur badan menghampiriku.

"Ya Allah, abang!. Haih, Lia pun dah bangun juga?!" terkejut aku melihat Akhmal mendukung Fitrya yang sedang memisat-pisat matanya yang penuh dengan tahi mata itu.

"Entah, tiba-tiba dah bangun," jawab Akhmal sambil mendongakkan kepalanya untuk melihat sajian yang aku masak di dalam kuali tersebut.

"Kejap, nak angkat sambal ni lepas tu dah siap. Lepas tu, biar Kina jaga Lia ya," ujarku sambil mencedokkan sambal ke dalam bekas yang aku pegang dengan penuh berhati-hati agar tidak tertumpah.

Selepas sahaja aku meletakkan mangkuk yang berisikan sambal itu di atas meja makan, aku mengambil Fitrya untuk menyusukan dia.

 Sedang Akhmal enak makan sarapan pagi, aku menyusui Fitrya yang kehausan itu.

Sewaktu menyusukan Fitrya, teringat pula kisah-kisah silamku yang bermula dengan pernikahan kakak dan abangku, iaitu Ayu Umairah dan Adam Irham yang mulanya atas dasar paksa, namun kelamaan menjadi cinta yang mekar dalam hati dengan berkat kesabaran yang tinggi.

Aku juga teringat pula pertemuan aku bersama Akhmal yang mulanya penuh dengan perasaan benci yang membara, namun sekarang menjadi cinta yang penuh makna dan bererti dalam hidupku ini. Benar kata orang, cinta selepas nikah ini lebih bahagia berbanding dengan cinta sebelum nikah yang penuh dengan batasan yang ditentukan oleh syarak ini.

Kini, hanya seorang sahaja yang bertakhta dalam hati aku ini. Akhmal Hoseynlah oranglah. Selamanya aku mencintai Akhmal Hoseyn. Hanyalah Akhmal Hoseyn dalam hatiku ini!




                                                  1

HARI ini merupakan hari pertama aku melanjutkan pengajianku dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya. Matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran yang paling aku minat sejak aku berada di tingkatan 1 lagi. Meskipun kelulusan aku layak untuk memasuki bidang perubatan, aku tetap menolak kerana minatku yang mendalam terhadap  Sejarah ini.

Hampir setiap hari aku menonton dokumentari berkaitan dengan sejarah dunia di saluran History Channel. Aku menontonnya dengan penuh khusyuk sekali sehinggakan aku tidak mendengar orang-orang di sekelilingku asyik memanggil namaku.

Selesai sahaja pendaftaran, aku menuju ke bilik kuliah yang disuruh oleh penyelia di kaunter pendaftaran sebentar tadi. Aku mencari dan terus mencari sehingga terjumpa akan bilik kuliah tersebut.

Masuk sahaja ke dalam bilik kuliah yang sejuk itu, aku segera mengambil duduk dibahagian hadapan dan selesai sahaja aku duduk di tempat tersebut, aku mengeluarkan barang-barang yang diperlukan semasa kuliah nanti. Kelihatan ramai pelajar sedang sibuk berborak. Manakala, aku pula duduk diam dan berangan-angan kosong itu. Jika Dahlia dan Firash ada, barulah seronok. Tidaklah sunyi seperti sekarang ini. Kebosanan mula melanda diri ini apabila melihat rakan-rakan lain sedang rancak berbual sesama sendiri.

Tiba-tiba anganan aku mati. Mati kerana terlihat akan seorang budak lelaki yang baru sahaja melintasi aku. Kacak. Mukanya ada darah campuran Arab-Melayu. Sungguh, aku sudah jatuh hati kepadanya.

"Wassup bro. Apa cerita kau selama ni?" tegur jejaka tersebut kepada rakannya yang sejak tadi asyik duduk diam dan mengelamun sepertiku.

"Wassup...wassup... assalamulaikumlah dulu..." bidas rakan jejaka tampan tersebut. Jejaka tersebut terdiam terhadap bidasan rakannya.

"Waalaikumsalam... sorrylah. Dah lama aku tak jumpa kau," jejaka tersebut  meminta maaf kepada rakannya itu.

"Aku pun dah lama tak jumpa kau. Malam ni nak lepak tak?" soal rakan jejaka tersebut dengan penuh keterujaan.

Aku dari jauh hanya pasang telinga sahajalah.

"Hmm... entahlah. Kau rasa?"
"Aku rasa nak karaokelah malam ni." ujar rakannya dengan idea terlintas di fikirannya.
"Alah, tak bestlah macam ni! Clublah!"jawab jejaka tersebut kepada rakannya yang asyik memikirkan sesuatu.

Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa jejaka kacak tersebut merupakan kaki kelab malam. Kalau dia kaki kelab malam, pastilah dia kaki botol. Jejaka tersebut out of list aku! Aku benci lelaki kaki kelab malam.

Aku didatangi oleh seorang gadis bertudung menyapaku.

"Excuse me, ada orang tak sebelah awak?" sapa gadis tersebut seraya menayakan tempat duduk yang kosong di sebelahku.

"Tak ada. Duduklah. Nama awak siapa?" sapaku kepadanya apabila dia sudah duduk di sebelahku.

"Ohh... nama saya Laura. Memang pelik sikit nama saya," kata gadis yang bernama Laura tersebut kepadaku. Aku mula tertanya nama sebenarnya itu.

Melalui amatan aku, muka Laura ada kacukan Melayu-Inggeris sedikit. Kulitnya kuning langsat dan mempunyai mata yang bujur dan bibir mungilnya yang agak comel.

"Laura" panggilku kepadanya.

"Ya? Hmm... nama awak apa ya?" soal Laura yang ingin berkenalan denganku.

"Arissa Sakinah. Panggil Kina saja.." ujarku kepada Laura yang mula mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Ha Kina, nak Tanya apa ya?" soal Laura apabila teringat akan persoalan aku terhadapnya.

"Ohh.. nama penuh awak apa ya? Yalah sebab nama awak pelik sikit," ujarku dengan tidak yakin sekali.

"Ohh... nama saya Nur Rasyidah Laura binti Idris. Orang duk panggil Laura je, so saya dah terbiasa. Mak ayah saya pun panggil Laura," jelas Laura dengan terang sekali. Kini, aku telah tahu kesemua teka-teki yang bermain di fikiran aku terhadapnya.

"Awak ada darah kacukan ke?" soalku kembali.

Laura pun mengangguk." Mak saya orang Australia, ayah orang Klate,so gomo Klate, gomo Klate, gomolah!" guraunya sambil berloghat kepadaku. Aku turut tertawa dengan gurauannya itu.

"So, pandai loghatlah?"soalku sejurus selesai sahaja bergelak-ketawa terhadapnya.

"Sikit-sikitlah. Yang basic aja saya tahu. Yang complex tu saya tak tahu," jawab Laura sambil tersenyum memandang wajahku.

Sekilas, aku menyambut kembali senyuman manisnya itu.

Secara spontan, aku terlihat sekujur tubuh mendekati kami berdua.

"Ya Allah, Auni!!!" aku segera mendapatkan Auni yang sudah tercancang di muka pintu bilik kuliah itu. Kami saling berpelukkan.

"Aku pun rindu awak, Arissa!" jawab Auni spontan sambil memaut lenganku.

"Ini Laura." aku memperkenalkan Laura kepada Auni.

"Sedap nama. Macam mat salih!" puji Auni. Aku tersenyum manis kepadanya.

"Eh, awak nak duduk? Aku dah copkan tempat tu!" aku segera mengunjukkan tempat duduk yang bersebelahan Laura itu.

"Jomlah!" ajak Auni.

"Apa cerita awak sekarang nI?" Auni memulakan mukadimah perbualan kami bertiga ini.

"Hmm... Alhamdulillah. Sihat-sihat sahaja. Mama pun sihat," ujarku.

"Seronok aku dengar!"

"Apa cerita dengan kawan-kawan kita tu?" aku tidak sabar-sabar untuk menantikan jawapan daripada mulut Auni sendiri.

"Ohh... ramai yang sambung study kat oversea. Eh, kenapa awak masuk bidang Sejarah ni? Bukan awak layak masuk medical?" soal Auni kebingungan.

Aku tersenyum lantas berkata, "Aku tak minatlah medical ni! Susah!"

"Laa... kenapa awak cakap macam tu? Susah tau nak masuk medic tu! Pulak tu, awak tak nak masuk medic. Rugilah!" omel Auni. Laura hanya tersengih kecil apabila memandang kami berdua yang rancak berbual.

"Biarlah. Eh... petang ni awak free tak? Ingat kan nak ajak lepak kat Subway dekat Old Town tu?" aku mempelawa Auni untuk meluangkan masa bersembang bersamaku dan Laura.

"Boleh juga. Laura, nak  join sekali?" kini, giliran Auni pula mempelawa Laura untuk turut ikut sama.

"Tak bolehlah. Mama aku tak kasilah! Sorry," tutur Laura dengan penuh kelembutan. Terserlahlah kecantikan yang ada pada dirinya.

Aku dan Auni sekadar mengangguk lemah akan kata-kata Laura itu. Sejurus kami enak bersembang sesama sendiri, kelihatan sekujur tubuh lelaki yang gempal dan berurban itu berdiri di atas pentas yang berada di dalam bilik kuliah itu.

Sebaik sahaja kuliah berjalan, masing-masing khusyuk memandang syarahan daripada Prof.Iskandar. Walaupun pendek, tetapi padat.


                                                    2

MENJELANG pukul 4.30 petang, kuliah tamat. Kami bertiga keluar beriringan sambil rancak berbual mesra. Kami sempat singgah di surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan kepadaNya. Seusai solat, Laura terpaksa keluar awal kerana papanya telahpun tunggu di tapak parkir Universiti Malaya itu.

Lorong kaki lima di hadapan bilik kuliah kami agak sesak dan susah untuk aku bergerak. Suasana tersebut seolah-olah berada di dalam tin sardin. Sungguh panas dan menyesakkan!

Tiba-tiba, aku terlanggar dengan seorang pemuda. Aku menolong pemuda tersebut mengangkat buku-bukunya yang jatuh bertaburan di atas lantai. Namun, bukan pujian yang aku dapat, malah cacian dan sumpah seranah pula yang aku dapat.

"Lain kali tu, mata letak kat kepala. Bukan kat lutut!" pemuda yang angkuh tersebut menunjal kepalaku. Hampir aku jatuh terduduk di atas lantai itu.

"Amboi, bersyukurlah kalau aku sudi tolong awak tau! Kalau tak, memang taklah aku nak tolong awak! Mr.Arrogant!" aku menyindirnya dengan perkataan yang mampu menusuk hati egonya itu. Peduli apa aku. Asal dia tahu kenang budi orang. Sudahlah!

"Malas duh nak layan perempuan macam kau ni! Serebeh aje aku tengok kau!" caci pemuda tersebut. Hati aku bertambah terbakar lagi.

"Siapa suruh tengok muka aku? Tahulah muka aku ni taklah secantik Neelofa!" gumamku.

"Sedar pun! Ingatkan tak sedar lagi!" balas pemuda tersebut.

Aku mendengus kasar tatkala pemuda tersebut beredar pergi tatkala rakannya memanggil nama Seyn. Seyn? Nama sedap, tapi mulut, dah serupa longkang. Longkang pun wangi! Gerutuku.

PERSETUJUAN akhirnya diterima. Laura dan Auni setuju untuk menemai aku ke Midvalley Megamall kerana aku perlu mencari beberapa buah buku ilmiah tentang assingnment yang diberikan oleh Prof.Hafeez.  Assingnment tersebut perlu diserahkan dalam tempo dua minggu akan dating. Ah! Aku sudah tidak mempunyai masa yang banyak lagi! Segala waktu berlibur ditolak ketepi.

Sewaktu aku hendak ke kaunter untuk membayar buku yang menjadi pilihan aku, aku terdengar suara yang memaki aku.

"Wei, minah! Cepatlah sikit lambatlah!"

Aku berpandang akan suara tersebut. Apa? Bukankah itu pemuda yang berlanggaran di kampus pada petang tadi? Tapi... mengapa dia berada di sini? Dan... siapakah wanita seksi bersamanya?

Selesai urusan jual beli selesai, aku melintasi dihadapan pemuda tersebut. Lancang sahaja mulut dia berkata-kata kepadaku.

"Orang tu, lambatkan! Betul Fenella?" ejeknya.

Aku hendak tergelak akan nama perempuan tersebut. Fenella? Dah macam nama makanan kat Amerika sahaja!

"Apasal you gelak?" tempelak Fenella.

"Ohh... orang-orang gila macam kau orang ni aje yang mengejek orang kat tempat public macam ni! And one more, nama you tu pelik sangat. Fenella. Dah macam brand makanan kat US! Sucks!" tanpa segan silu, aku menuturkan sahaja apa yang aku hendak. Aku mahu balas dendam akan perbuatan mereka.

Fenella menunjukkan reaksi marahnya kepada aku tatkala aku melangkah pergi. Pemuda yang bernama Seyn lantas menarik Fenella ke dakapannya dan menenangkannya.

Hati aku tergelak besar. Hmm... padan muka! Siapa suruh cari fasal dengan aku?!









Rabu, 1 Januari 2014

Novel: Jodoh Bersatu

Sinopsis


PEPATAH  Arab ada mengatakan “Man Jadda Wajjada”, yang membawa maksud sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.”. Nurul Harlina Hawani, seorang gadis anak yatim piatu sering memegang erat prinsip “Man Jadda Wajjada”. Baginya, walau apapun terjadi, cita-cita tetap nombor satu di dalam hidupnya.

            Tetapi, sayangnya Hawani terpaksa nikah dengan lelaki kegilaan wanita di Tadika Seri Puteri iaitu Zarif Idham dengan keadaan yang semua wanita tidak ingin dinikahi iaitu ditangkap basah oleh pihak JAIS di rumah lelaki itu sendiri ketika Lina hendak menghantar surat kepada Haniezah, iaitu kakak Zarif Idham.

            “Saya setuju kahwin dengan anak Puan Sri. Tapi bersyarat jangan sesiapa tahu tentang rahsia ni. Tolonglah, itu sahaja yang saya minta”-Hawani

            Ya! Itu sahajalah syarat yang dikenakan oleh pak long Zamil dan mak long Zahra.

            Terkedu Adam dibuatnya kerana terpaksa mengikut arahan Hawa sebagai syarat untuk terlepas daripada tuduhan khalwat antara mereka. Jika tidak, kes khalwat akan dibawa ke mahkamah dan disyaki melakukannya dengan secara sengaja akan dihukum membayar denda sebanyak RM 5,000. Mana mahu letak muka yang malu tahap 200 peratus ini! Idham panasaran!

            Tetapi sayangnya, hubungan suami isteri setakat di atas kertas sahaja. Walaupun duduk serumah, tetapi tidak rasa seperti berkahwin kerana masing-masing tidur di bilik yang berasingan. Bagaimana harus Idham lakukan?. Biarkan berterusan sahaja atau perlu buat sesuatu tindakan?

            “Dia isteri aku, hanya maut sahaja dapat memisahkan kami berdua”- tekad Idham.

            Apabila baru sahaja mengecapi kebahagiaan rumah tangga, secara tiba-tiba kebahagiaan itu dipanah petir yang amat panas apabila si Hawa mendapat tahu bahawa suaminya telah buat perkara terkutuk di belakangnya. Sungguh tidak sangka, sanggup dia buat begitu!

            Adam telah beberapa kali membuat pengakuan yang dia tidak membuat maksiat dan itu fitnah semata-mata. Gambar yang telah disuper impose! Siapa punya angkara ini? Erina? Benarkah?

            Ketahuilah kisah mereka yang penuh onak duri selepas peristiwa tersebut dan pengakhirannya. Adakah mereka akan bercerai sebagai jalan penyelesaiannya?

-Demi Allah, saya cintakan dia sampai ke jannah. Hanya ajal sahaja dapat memisahkan kami berdua-
 
 
 
 

 


PROLOG

             SUASANA tempat menunggu pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) agak sesak memandangkan waktu hujung minggu ini kebanyakan pesakit datang untuk mendapatkan rawatan kerana pada waktu hujung minggu sahajalah untuk mereka mendapatkan rawatan memandangkan kesibukan kerja pada waktu kerja. Tidak kira juga lalu lintas di sekitar kawasan hospital tersebut.
            Ramai juga pesakit di kaunter perndaftaran dan pekerja-pekerja di situ tidak menang tangan dibuatnya. Mereka perlu mendaftarkan seramai 50 pesakit dalam satu masa. Jika tidak, mereka pasti akan dimarahi oleh pegawai yang bertugas di unit rawatan pesakit luar tersebut.
            Kelihatan seorang pesakit memasuki ke bilik Dr. Nurul Harlina Hawani untuk memulihkan penyakit perutnya yang menyerang sejak tiga hari yang lalu. Kemungkinan, dia diserangi penyakit gastrik dan perlu memakan ubat yang dibekalkan oleh klinik memandangkan ubat-ubatan di klinik lebih selamat berbanding di farmasi kerana jikan tersalah makan ubat, pesakit tidak mampu untuk bangun kerana kesakitan yang teramat yang tidak mampu ditanggung.
            “Alhamdulillah. Encik tak apa-apa , Cuma gastrik je, tak teruk sangat tapi ingat jangan minum susu kerana ia asid yang boleh menambahkan kesakitan di perut kita”, penerangan panjang lebar Dr.Hawani kepada pesakitnya tentang penyakit yang dihadapinya tidaklah teruk sangat.
            “Alhamdulillah. Terima kasih doktor”, ujar pesakit itu sambil meraupkan tangan ke mukanya.
            “Sama-sama”, Hawani senyum kerana senyum itu mampu merawat keperitan penyakit yang dihadapi oleh pesakitnya. Lalu, dia menyuruh pesakit tersebut mengambil ubat yang disarankan di farmasi berdekatan.
            Usai membuat pemeriksaan kesihatan kepada pesakit tersebut, terpandang akan gambar  insan- insan yang paling dicintai di dunia. Rindu terbuak-buak menyapa diri. Harlina bercadang akan pulang awal ke rumah untuk bertemu insan tersebut.
            Tiba-tiba, jantung Hawani hendak terkeluar apabila disergah oleh rakan baiknya, Zaara Aliya. Zaara tak sah kalau tak sakat Hawani walaupun sehari. Persahabatan mereka umpama isi dengan kuku. Walaupun ada sedikit kegoyahan dalam persahabatan mereka, mereka akan tetap bersama walaupun masin-masing sudah mempunyai keluarga umpama isi dengan kuku.
            “Hoi,Hawa!. Kau berangan ke? Dah…dah… ramai lagi patient nak buat check-up ni.Kalau kau sayang sangat hubby kau tu, nanti balik kau peluk dia kuat ataupun kau kiss je dia. Biar dia tergoda sikit”, sindir Zaara  yang ternampak Hawa asyik mengelamun sahaja. ‘Hish! Dia ni kan!’ gumam Hawa dalam hati kecilnya.
            “Amboi kau ni . Kau tu pun sama. Kalau si Azzam nak cari perempuan lain, aku tak tahu,” ejek Hawa kepada rakan baiknya, Zaara yang  suka menyakatnya sejak belajar di Jordan lagi.
             Zaara Aliya merupakan rakan baiknya sejak belajar perubatan di Universiti Sains dan Teknologi, Jordan. Dialah rakan dunia dan akhirat selepas Azzam Shahfiz yang kini bergelar suami Zaara secara sah dan kini Zaara sah mengandung anak sulungnya yang sedang masuk sembilan bulan dan tunggu waktu sahaja untuk melahirkannya ke dunia.
            “Gila kau?!”terjerit sedikit Zaara apabila mendengar ‘idea bernas’rakannya.
“Eh, betullah!’tempelak Hawani.
“Dah…dah… Sambung kerja. Borak dengan kau sampai lusa pun tak habis.”akhirnya Zaara mengalah jua. Hawa pula tersengih apabila melihat gelagat Zaara yang pertama kalinya dia beralah. Tidak pernah selama ini dia hendak beralah.
“Dahlah selalu on-call memanjang. Penat aku,”keluh Zaara sambil mengusap perutnya yang memboyot itu.
“Tahu tak apa,” sengih Hawa apabila terlihat akan Zaara yang mula beralah kepadanya. 'Padan muka!. Tu lah siapa suruh ajak gurau, kalau aku boleh teruskan sampai esok', gumam Hawani.
Tiba-tiba, Zaara Aliya mengerang kesakitan. Tandanya, kandungan Zaara telah bersiap sedia untuk dilahirkan. Hawa kaget.
Tidak teragak-agak, Hawa segera berlari keluar daripada bilik rawatan pesakit luar dan segera memanggil jururawat yang bertugas di kaunter jururawat untuk memberitahu bahawa Zaara hendak beranak sebentar lagi. Lalu, terlihat tiga jururawat segera membawa stretcher dan segera menuju ke bilik rawatan pesakit luar yang terdapatnya Zaara di sana yang sedang menahan kesakitan akibat contraction yang hanya tinggal beberapa inci sahaja.
Hawa yang duduk diluar bilik bersalin segera mencapai telefon bimbitnya dan segera menelefon Azzam dan memberitahu khabar bahawa Zaara hendak bersalin. Di dalam perbualan tersebut, Azzam bersyukur kerana dia akan bergelar bapa dan segera ke Hospital Kuala Lumpur yang terletak agak jauh daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, tempat Azzam bertugas sebagai doktor gigi di sana.
Hawa berselawat panjang dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran anak sulung Zaara. ‘Alhamdulillah… Lina sebentar lagi kau nak dapat anak saudara dah walaupun dia bukan berasal daripada keluarga kau…’ desis hati Lina.
Tiba-tiba, nafasnya turun naik. Dia menghela nafas secara perlahan-lahan dan perlahan-lahan…
 

 
 
 
BAB 1
 
            Usai memakai tudung sarung yang agak labuh di atas kepala, Hawa lalu memakai compact powder lalu calitkan sedikit gincu merah bata di bibirnya sebagai pelengkap gaya untuk menghadiri temudunga kali pertamanya di Tadika Seri Puteri yang rata-ratanya murid perempuan yang memenuhi tadika tersebut.
            “OK, dah siap!. Dah lambat ni”, lantas Hawa pergi ke ruang makan rumah.
            “Hawa, mari sini sarapan,”ajak mak long Zahra.
            “Mak long masak apa hari ini?,”begitu  berselera Hawa melihat hidangan yang dimasak sendiri oleh Mak Long Zahra.
            “Alah biasa-biasa je, nasi goreng kampung.” Ujar mak long Zahra sambil meletakkan nasi goring kampung yang baru sahaja diangkat daripada kuali untuk dihidangkan untuk sarapan pagi.
            “Wah, sedapnya. Lina makan dulu ya,” ujar Hawani. Teringat akan arwah ibu dan ayah yang telah lama pergi disebabkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ayah, ibu dan adik yang dalam kandungan yang baru berusia enam bulan ketika dia masih 11 tahun lagi. Hidangan ini merupakan hidangan buat kali terakhir di pagi sebelum kemalangan terjadi. Pada ketika itu Allah sahaja tahu betapa pedihnya hati bila mendapat tahu ayah dan ibu telah pergi. Selepas tragedi tersebut terjadi, dia hanya menumpang kasih keluarga Mak Long Zahra dan menganggap Suhana sebagai belangkas yang tidak terpisah.
            “Manalah si Hana ni? Membuta sahajalah yang dia tahu,” rungut Mak Long Zahra.
            “Tapikan dia dah solat subuh. Biarkan sahajalah. Biasalah hujung minggu kan ?. Nanti kalau dipaksa, protes pulak budak tu.”nasihat Hawani.
            Mak Long Zahra setakat dengar sahajalah.
            “Hawa, hari ni kamu dapat kerjakan ?”tanya Mak Long Zahra.
            “Ya, mak long. Dekat Tadika Seri Puteri” ujar Hawa sambil meyuapkan nasi goring tersebut ke dalam mulutnya.
            “Ohh… Berapa gaji sebulan?” tanya mak long Zahra lagi.
            “Dalam lingkungan RM1200 sebulan.” Ujar Hawa apabila selesai makan dan minum seteguk air Nescafe yang dibuatnya sendiri.
            “Banyak juga tu.” Mak long Zahra mengakhiri perbualan mereka.
            “Alhamdulillah. Eh mak long, Lina dah lambat ni.Hari pertama interview. Nanti marah pulak Puan Haniezah,Asalamulaikum” ujar Harlina dalam keadaan tergesa-gesa sambil melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 8.30 pagi.
            “Waalaikumsalam.” Mak Long Zahra menjawab salam.
                     
                    ***
 TERPEGUN Hawani melihat deretan rumah golongan elit di Taman Kayangan. Kadang-kadang berangan apabila satu hari nanti selepas berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang doktor kelak, dia hendak beli sebuah rumah banglo diri sendiri dan sebuah rumah banglo untuk keluarga mak long Zahra dan pak long Zamil yang banyak berkorban  untuk membesarkan dirinya selepas kematian ibu dan ayah akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua-dua orang ibu bapanya termasuk adiknya yang ketika itu masih di dalam kandungan yang berusia enam bulan lagi.
            Sesampainya di tadika, dia terkejut apabila terserempak seorang pemuda yang mempunyai rupa yang sangat kacak yang tidak boleh  dibandingkan dengan lelaki-lelaki di luar sana termasuk Muhammad Azzam Shahfiz yang ketika dahulu kala dialahlelaki idaman pelajar-pelajar perempuan di MRSM Muar. Dahlah pandai, handsome pulak itu dan ramai rakannya cemburu apabila Azzam hanya berkawan dengan Lina sahaja. Teringat pulak zaman persekolahannya sampai pemuda tersebut menegurnya yang separuh khayal apabila memandang wajahnya.
            ‘Tahulah aku ni handsome, tapi janganlah pandang macam nak makan aku!,’ geram lelaki tersebut apabila melihat Hawa asyik memandangnya tanpa putus seperti hendak menelannya.
“Cik, tak apa-apa ke . Kalau tak sihat, saya hantarkan cik ke klinik kat depan sana tu,” lelaki tersebut menawarkan bantuan yang ikhlas kepada Lina yang daripada tadi duduk diam sahaja.
“Ohh, tak mengapa. Saya nak cari Puan Hanieza. Ada tak dia ?”soal Hawa yang tidak suka membuang masa.
“Ohh.. kakak saya tu. Ok cik, belok kiri dan jalan terus. Lepas tu, jumpalah pejabat yang nama tertera Puan Hanieza,” ujar pemuda tersebut sambil menundingkan jarinya ke arah tangga yang berdekatan dengan tadika tersebut.
“Terima kasih.” Ujar Hawa dengan senyuman yang manis lalu pemuda tersebut membalsnya kembali.
         ***
 “MASUK,”arah Puan Hanieza apabila terdengar pintu biliknya diketuk.
“Ini  ke Puan Hanieza binti Shakir. Pemilik tadika Seri Puteri ?” soal Hawa demi mencari kepastian.
“Ya, saya. Awak ni Nurul Hawani binti Amir yang tempoh hari awak call saya untuk  temuduga menjadi cikgu sementara selama lima bulan kat sini  kan ?”
“Ya, saya.” Hawa menganggukkan kepalanya apabila Hanieza menyoalnya.
“OK.Perkenalkan diri awak,”Puan Hanieza memulakan temu duga dengan Lina.
“Nama saya Harlina Hawani binti Amir dan lahir pada 12 Ogos 1983 di Johor Bahru.”Hawa perkenalkan diri dengan penuh yakin.
“Ohh… kampung saya kat Johor jugak,”celah Puan Hanieza.
Hawa tersenyum.
“Awak nak kerja part time kat tadika sini ?”soal Puan Hanieza lagi.
“Ya, Puan,”jawab Hawa dengan penuh yakin dan mengharapkan dia diterima berkerja sambilan di situ.
“Kalau boleh, esok awak start kerja. Sambil-sambil tu, awak tinjau-tinjaulah kat sini . Tengok kawasan persekitaran kat tadika ini.Saya ada kerja sikit. Anyway, tahniah kerana awak diterima berkerja di sini.”
“Terima kasih.”tangannya diraup sebagai tanda bersyukur kerana diterima berkerja di tadika Seri Puteri. Alhamdulillah.

       ***
 
CANTIKNYA… Terpegun Hawa terpandang akan lukisan hasil karya murid-murid di Tadika Seri Puteri.Ada lukis pemandangan tepi pantai, dan macam-macam lagi!. Jika masa dapat diputarkan kembali, teringin juga dia melihat adiknya membesar dengan sempurna dan pandai seperti kanak-kanak di tadika. Tapi, apakan daya, Tuhan lebih menyayangi mereka.
“Cantikkan lukisan-lukisan ni,”terdengar suara seorang pemuda yang serak basah menyapanya.
“MasyaAllah. Terkejut saya,”Hawa terkejut dan secara tidak sengaja dia melepaskan lukisan-lukisan tersebut ke arah wajah pemuda tersebut. Nasib baik Lina tak ada sakit jantung. Kalau tidak Nauzubillahiminzalik!.
“Awak ni dah kenapa ? Tadi tenung saya macam nak makan saya je. Anyway, macam mana interview tadi ? Semuanya ok?,”soal pemuda itu.
“OK.”Sepatah ditanya, sepatah menjawablah alamatnya. Malu punya fasal!
“Nama awak siapa ? Nama saya Zarif Idham bin Shakir.”Idham memperkenalkan dirinya. Lalu tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Hawa.
“Hawani. Panggil Hawa. Awak ni adik kepada Puan Hanieza ke?” Lina sekadar memperkenalkan dirinya tetapi tidak membalas huluran Idham kerana berdosa jika bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim walaupun hanya sekadar berjabat tangan sahaja.
Adam sekadar mengangguk sambil mengemas kembali lukisan yang bertaburan di lantai tersebut. Suasana dalam pejabat Puan Hanieza agak tegang sedikit kerana Hawa terpaksa menghadapi Adam yang berwajah kacak tersebut.
“Saya nak tanya sikit boleh tak?” soal Hawa dengan tersipu-sipu malu.
“Tanya banyak-banyak pun boleh. Saya sudi mendengarnya,” ujar Idham dengan senyuman manis yang terbit dari bibir mungilnya tersebut. Terselah kekacakkan pada wajahnya.
“Saya nak tanya, kenapa muka awak dengan kakak awak lain sangat. Yalah, kakak awak tu muka dia ada iras-iras keturunan arab. Yang awak pulak macam cina sikit? Kenapa ya?”soal Hawa dengan penuh bersungguh-sungguh.
“Sebab mak saya asal daripada Siam sebab itulah saya ni macam cina sikit. Ayah saya pula lahir daripada keturunan Palestin yang bermastautin di Malaysia dan atuk nenek saya pula  fasih bertutur dalam bahasa Melayu,” terang Idham kembali seraya memberitahu salasilah keluarganya.
“Ohh…macam tu ke?”balas ringkas Hawa.
Lelaki tersebut tersenyum apabila Lina menjawab kembali perbualannya yang dilontarkan kepada Lina.Perasaan tidak keruan menyapa Lina.Argh! mengucap Lina sebelum terlambat!. Hanya wajahnya yang kacak yang boleh mengalahkan Azzam, sudah boleh melupakan tujuan sebenarnya untuk bertandang ke tadika tersebut.
            Selepas lelaki tersebut beredar, terdetik satu soalan yang menguasaidi minda pada ketika ini, entah-entah dia ni sepupu Azzam tak?!. Muka seiras dengan Azzam tetapi kulit lelaki tadi lagi putih seperti kuning langsat berbanding Azzam yang sawo matang.
“Awak? Ok tak ?”lelaki tersebut menyoal.
“Ok…ok…Kalau macam tu saya panggil awak…”
“ Am,”Adam mencelah.

 Lina sekadar mengangguk sahaja.Dia  berterus-terusan memandangnya dengan lagak yang agak berani. Sebenarnya, hatinya sudah melting gila apabila terpandang akan wajah Adam yang terlalu kacak yang tidak terjumpa seumur hidupnya.
MasyaAllah!. Indah sungguh ciptaan Allah yang Esa ini.
 
 BAB 2
“LINA, kerja macam mana ?”Mak Long Zahra menyoal sebaik sahaja selesai mencuci pinggan di singki selepas sahaja makan tengahari.
“Alhamdulillah.Esok dah boleh start kerja,”ujar Lina dengan penuh yakin.
“Akak, akak kerja kat Tadika Seri Puteri ke,kak?”Hana mencelah. Lina mengangguk sahaja sambil mengambil alat kawalan jauh Astro untuk menukar channel yang disukainya.
“Eh…eh… kamu ni? Menyibuk saja. Dah belajar ke belum?, bulan depan pulak nak  exam,” sempat mak long Zahra mencelah dan membebel kepada anak tunggalnya, Suhana.
“Dahlah mak. Akak, kat sana ada seorang tau. Mukanya handsome bangat!.Cair pulak hati ini blia pandang muka dia. Kan best kalau jadi BF I,”Hana mula menjadi perasan.
Lina mula tertanya. Siapa pula lelaki yang dimaksudkan oleh Hana? Adam ke?. Berkerut dahi Lina memikirkan siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Hana. Amboi, masih sekolah lagi, dah pandai main cinta bagai mengalahkan pasangan suami isteri.
Hish..hish.. budak-budak zaman sekarang, asyik-asyik lelaki, kalau tak lelaki, mesti perempuan yang kekadang membawa gelaran “chikaro”
Apa punya bahasalah zaman sekarang ni ?.Hmm…

*    *    *
BAB 3

 Sudah seminggu Adam tidak kelihatan di tadika. Barangkali sibuk dengan urusan kerjanya?.Entahlah... Tapi hati Lina tenang kerana tiada siapa lagi yang busybody menayakan soalan-soalan peribadinya.Syukur tak terhingga...
Terdengar satu suara memanggil namanya.
“Puan ?”soal Lina dengan wajahnya yang kehairanan.

Alah... tak perlu panggil saya puan. Panggil kak Ira je,Ayu Umairah merendahkan dirinya kepada Lina. Walaupun beliau merupakan majikan di Tadika Seri Puteri,tetapi beliau telah terbiasa dengan panggilan kak Ira. Ibarat ‘ular yang menyusur ke jalan yang sempit, takkan hilang bisanya’. Itulah prinsip hidupnya. Walaupun setinggi mana pangkat kita, janganlah lupa bahawa kita hanyalah manusia biasa di sisi Allah, yang hanya membezakan seseorang itu hanyalah iman dan ketakwaannya kepadaNya yang satu.
Tapikan, puan ni majikan saya. Saya perlulah panggil Puan. Sebab hormat sikit,”kata Lina kembali dengan lemah lembut sekali sambil melontarkan senyuman manisnya.
Tak mengapalah, panggil je kak Ira. Saya dah terbiasa dengan panggilan itu, Lina tersenyuk tatkala mendengar Erima berceloteh tentang dirinya sendiri.
“Kak Ira?”soal Lina.
“Ya? Ada apa yang boleh saya bantu ?”soal Ayu yang menunjukkan senyuman manisnya dan  mengenakan selendang berwarna merah jambu muda.
            “Saya nak tanya sikit, Adam tu adik akak ke ?” soal Lina bagi mendapatkan kepastian.
            “Ya. Kenapa ? Mungkin sebab muka kami tak sama kan ?”soal Ayu yang seolah-olah sudah tahu jawapan daripada soalan yang dilontarkan oleh Lina sebentar tadi.
            “Dia kerja apa ya, kak?” soal Lina dengan bersungguh-sungguh demi mendapatkan jawapan yang sahih daripada darah daging Adam sendiri.
            “Ohh… dia kerja kat syarikat arwah ayah kami. Dah nak masuk lima tahun dia uruskan syarikat sejak ayah kami meninggal pada tahun 2000 lagi,” ujar Erima dengan wajah penuh sayu.
            ‘Ehh… hidup kak Ira sama macam tapi aku yatim sejak umur 11 tahun lagi.’ Lina berbicara dalam hatinya.
            “Innalillah…” Lina memberi ucapan takziah apabila mendengar perkhabaran sedih itu daripada kak Ira.
            “Lina ada mak ayah lagi tak ?” soal kak Ima kembali apabila melihat Lina terdiam sebentar.
            Lina sekadar menggeleng sahaja. Secara tidak langsung, mutiara putih menitis daripada tubir matanya. Jika dikenangkan, amat perit rasanya kerana menjalani kehidupan tanpa kasih sayang ibu bapa. Apakan daya, Allah lebih sayang kepada mereka.
‘Lina doakan ibu dan ayah aman di sana.Amin,’ tulus doa Lina di dalam hati. Ingatannya melayang akan peristiwa yang lalu.
“Akak minta maaf ya sebab terlepas cakap.” Simpati melihat Lina yang sedang bersedih hati.
“Tak mengapalah, kak. Saya tak kisah. Benda dah lama terjadi,”kata Lina dengan penuh
sayu. Manik-manik halus mula mengalir daripada tubir matanya. Lalu, dia menyeka air mata dengan hujung jarinya.
            “Lina, petang ni awak  free tak ?”soal Ayu Umairah kembali.
            Lina pantas mengangguk. Dia memandang sekilas ke arah dinding tadika yang dihiasi oleh lukisan-lukisan yang dilukis oleh murid-murid di tadika tersebut.
            “Kenapa kak Ira tanya bila ada waktu free?. Ini mesti ada sesuatu yang perlu disuruh.
            “Tolong hantarkan surat kat office akak ke rumah akak?. Lina tahu tak rumah akak ?” soal Ayu Umairah kepada Lina. Dia begitu berkenan untuk menjadikan Lina sebagai isteri kepada Adam Shahfi. Kalau nak dibandingkan dengan Erina, bekas kekasih Adam, Lina jauh lebih baik dan lebih cantik berbanding Erina. Bertudung pula itu, kalau Erina, jangan harap!
            Sekali lagi Lina mengangguk.
            “Jalan 14/2, Taman Kayangan kan ?.” soal Lina kembali sebelum memasukkan surat-surat tersebut ke dalam beg tangannya tersebut.
            “Ya, betullah tu…”jawab Ayu Umairah kembali.
 
TELEFON bimbit kepunyaan Adam berdering tanda ada panggilan yang dijawabnya.
            ‘Erina? Apa yang dia nak ni? Tak cukup ke dia menyakitkan hati aku ni?’ Adam bermonolong seketika dan meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas dashboard keretanya. Sengaja dia tidak mengangkat dan tidak mematikan panggilan tersebut kerana tidak mahu Erina syak apa-apa pun tentang dirinya kerana dia sudah terjatuh kepada gadis yang bernama Harlina Hawani!
            Jam di dashboard keretanya telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Hanya tinggal 30 minit lagi, perbincangan antara klient di Syarikat Suria Mas akan berlangsung. Pada perbincangan kali ini, mereka akan membincangkan tentang supplier, financial, jumlah pekerja dan buruh yang diperlukan untuk membina sebuah bangunan pentadbiran di Kuala Kangsar, Perak. Perbincangan ini dibuat demi mendapatkan tender daripada syarikat tersebut. Jika tersilap percaturan, habis naya satu syarikat dibuatnya!
            Sesampainya di hadapan bangunan syarikat milik arwah ayahnya, Adam segera mematikan bunyi telefon bimbitnya dan mengunci keretanya dan segera bergegas ke arah officenya yang berada di tingkat 14 A. Pejabat syarikat arwah ayahnya agak keliru sedikit kerana satu blok sahaja telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bagi sesiapa yang baru sahaja memulakan tugas di sini, pasti akan terkeliru sama ada bahagian A atau bahagian B yang mereka ditungaskan oleh penyelia syarikat tersebut.
            Sesampainya di pejabatnya, terdapat dua orang wakil klient daripada syarikat Suria Mas telah menunggunya. Mereka sedang berbincang tentang apa yang diperlu dibincangkan dalam perbicangan sebentar lagi.
            “Maaf, saya terlewat sedikit. Ada hal di rumah,” ujar Adam segera mengambil tempat duduknya di atas kerusi kulit buatan Itali yang terletak elok di meja kerja Adam. Kelihatan dua orang wakil klient tersebut sudah bersiap sedia dengan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk perbincangan tersebut.
            Selesai sahaja mereka berbincang tentang projek pembinaan tersebut yang berlangsung selama dua jam setengah, Adam mengajak mereka untuk makan bersama-samanya, tetapi mereka menolak tawaran dan mengatakan bahawa mereka sudah bersarapan di rumah dan mereka masih kekenyangan lagi.
            Sebaik sahaja mereka beredar daripada bangunan syarikat tersebut, Adam kembali ke officenya untuk menyambung kembali kerja-kerja yang perlu diselesaikannya. Perlu membaca dan menandatangani pelbagai dokumen yang telah dibagi oleh setiausahanya, Nur Zaleha yang kini sarat mengandung empat bulan.
            Sedang khusyuk dia melakukan tugasnya, tiba-tiba, telefon bimbitnya kembali berbunyi apabila dia membuka bunyi telefon bimbit itu kembali.
            “Hish… dia nak apa? Tak cukup ke dia sakitkan hati aku ni?!” geram Adam apabila Erina sering menghubunginya. Tidak serikkah dia apabila Adam bertindak menumbuk muka teman lelaki Erina apabila mendapat tahu bahawa Erina telah beraksi terlampau di atas katil bersama lelaki tersebut di sebuah hotel terkemuka di kota raya Kuala Lumpur yang agak meriah pada waktu malam terutamanya di Bukit Bintang kerana di sana terdapat banyak kelab malam dan pub yang menawarkan perkhidmatan minuman keras dan seks. Mengamuk Adam dibuatnya. Setelah 3 tahun lamanya dia setia pada Erina, begitukah balasan yang diterimanya? Orang bagi madu, dia pula bagi racun kepadanya. Sanggupkah Erina buat begitu kepadanya? Apa salahnya? Tak cukup ke duit yang dia beri selama ini? Tak cukup ke?
            Erina memang tidak dikenang budi langsung. Sejak peristiwa tersebut berlaku, Adam bertindak memutuskan hubungan mereka berdua dan menyahaktifkan segala akaun bank milik Erina yang dibuat oleh Adam. Hati Adam bagai kaca terhempas batu! Sakit hatinya tidak dapat digambarkan.
            Atas nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga Adam dan ibunya sendiri,Puan Sri Ratna, dia bangkit untuk melupakan segala peristiwa bersama Erina sejak daripada mula hingga ke akhir perhubungan mereka berdua.
             ‘Kau dengan hal kau. Aku dengan hal aku’. Desis hatinya.
            “Helo. Kau nak apa ni? Tak cukup ke apa yang kau buat selama ni? Tak cukup ke?” Adam segera menjawab panggilan tersebut dengan angin amarah yang menguasai jiwa sanubarinya.
            “Helo. I nak mintak maaf sangat-sangat fasal tu. Please!” rayu Erina kepada Adam. Dia tahu Adam masih marah lagi kepadanya, tetapi dia perlu pikat hati Adam untuk menerima kembali dia dengan seadanya.
            “Maafmu tidak diterima. OK, bye!” Adam segera mematikan talian tersebut dan meletakkan kembali telefon bimbitnya di sebelah komputer riba miliknya dengan agak kasar. Dia mengetuk meja tanda hatinya sedang dibakar dengan api panas yang meluap-luap dengan perbualannya dengan Erina sebentar tadi.
            Tidak teragak-agak, Adam block segala panggilan dan mesej daripada Erina dan memadamkan nama Erina daripada kotak kenalan di dalam telefon bimbitnya.
             ‘Sekarang ni, hati aku puas! Padan muka kau Reen!’
            “Encik, tak nak lunch ke? Dah nak pukul 1.00 petang ni. Sekejap lagi dah nak masuk waktu zohor dah,” tegur Zaleha kepada majikannya yang daripada tadi asyik melakukan tugasnya.
            “Ohh… tak mengapalah. Nanti saya masuk lambat sikit, sebab saya nak balik rumah sekejap,” pesan Adam kepada Zaleha, pembantunya di pejabat.
            “Baik, tuan,” Zaleha sekadar mengangguk dan menurut segala arahan majikannya.
            Adam segera menuju ke lif berdekatan dan menekan butang bawah untuk menuju ke ground floor yang menempatkan keretanya.
            Dia segera membuka pintu keretanya dengan menggunakan alat kawalan jauh dengan memasukinya dengan kadar segera demi mempercepatkan masanya untuk ke pejabat semula apabila setibanya di rumah nanti.
            Telefon bimbitnya berbunyi kembali. Kali ini Adam bertindak untuk mengangkatnya kerana dia tahu Erina masih lagi menghubunginya.
            ‘Ahh… biarkanlah’ dengus Adam dalam hatinya.
 
DAHI AYU UMAIRAH  berkerut seribu apabila adiknya, Adam Shahfi mengangkat panggilannya. Dia menghubungi Adam bahawa Lina hendak datang ke rumahnya untuk menyerahkan segala suratnya daripada officenya tersebut.
            “Aikk… apa dah kena dengan Am ni? Sekejap OK, sekejap KO. Hmm…” rugut Ayu Umairah sambil meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja di pejabatnya.
            “Biasalah tu. Stres kerja. Esok-esok, oklah tu,” pujuk Lina apabila kelihatan majikannya merungut dengan perangai adik lelakinya tersebut.
            “Akak ada berapa orang adik-beradik, ya?” tanya Lina demi mendapatkan jawapan pasti tentang bilangan adik-beradik Ayu Umairah.
            “Hmm… sebenarnya ada empat orang. Dua lelaki, dua perempuan. Akak ada lelaki bongsu seorang tetapi dia telah meninggal dunia akibat lahir secara menyongsang dan tali pusat terputus dalam perut lagi,” cerita Ayu Umairah dengan nada yang agak sayu. Jika hendak dikenang, perit rasanya.
            Jika nak dibandingkan dengan Lina, lagi besar cubaannya menanti. Lina terpaksa berdikari selepas kematian ibu bapanya sejak umurnya sebelas tahun lagi. Lina bernasib baik kerana ada orang sudi menjaganya dan tidak mengambil kesempatan terhadap dirinya yang anak yatim piatu sejak umurnya sebelas tahun lagi. Umur yang masih mentah untuk menghadapi ranjau hidup yang penuh berduri. Agak pahit jika tertelan dengan sendirinya tanpa sokongan dan bantuan daripada insan yang disayangi.
            Mudah-mudahan, ibu bapa Lina ditempatkan di tempat orang yang beriman. Amin…

‘BESARNYA rumah kak Ira ni.Dahlah besar, cantik pulak tu!’.puji Lina di dalam hati. Buat pertama kalinya, dia menjejakkan kaki di sebuah rumah yang amat indah nan permai ini. Rumahnya dihiasi dengan perhiasan kontemporari ala Inggeris dan dihiasi lampu hiasan yang besar. Sofa pula daripada jenama yang paling mahal di Malaysia, iaitu sofa Lorenzo. Televisyen pula, jangan dicakap. Televisyen 30 inci keluaran terbaru Sharp Aquos.
            Betapa indahnya hidupnya apabila memiliki rumah seperi kak Ira ini, tetapi, kalau harta sahaja banyak tetapi iman kosong dalam diri, tidak guna juga. Selamat dunia, selamat akhirat juga!
            Tiba-tiba, Lina dikejutkan dengan satu suara yang amat dikenalinya. Adam?!. Bila masa pula Adam berada di rumah ini? Dia tidak bekerja ke? Lina tertanya-tanya di dalam hati tentang kehadiran Adam secara tiba-tiba.
“Apa awak buat kat sini?” terkejut Lina apabila ditegur oleh Adam yang baru sahaja pulang ke rumahnya dengan berpakaian korpratnya.
“Oh. Saya hantar surat kakak awak ni. Nah,” Lina segera menghulurkan surat majikannya kepada adik majikannya tersebut. Adam mengambil surat tersebut sambil membelek satu persatu surat tersebut.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Siapa pula yang datang ni?. Hati Lina menjadi semakin gusar dan gundah gulana.
“Kami daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Kami menerima aduan yang encik berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumah ni. Boleh kami masuk ?” kata-kata daripada pihak JAIS umpama kilat menyambar di hatinya. Ya Allah, apakah ujianMu pada kali ini, ya Allah?.
“Ada tak pihak lain yang berada di dalam rumah ini selain kamu berdua?” soal salah seorang pihak JAIS dengan tegas.
“Err… tiada rasanya,” tergagap juga Adam hendak menjawab pertanyaan pihak JAIS tu.
“Kalau macam tu, encik ikut kami bawa ke balai untuk siasatan yang lebih lanjut,” arah pihak JAIS.
“Sebentar. Saya hendak berbincang sebentar,” pinta Adam kepada pihak JAIS tersebut. Mungkin ada perkara yang penting hendak dibincangkan bersama Lina.
“Silakan. Tapi tidak boleh melebihi sehari sahaja. Oklah, Assalamulaikum…”
“Waalaikumsalam…”
 
“AWAK macam mana ni sekarang?” hati Lina bertambah gusar seperti batu menghempap di atas kepalanya sendiri.
“Kita kahwinlah. Apa susahnya?. Sebab sekarang ni tengah darurat sangat ni!” jawab Adam dengan penuh cemas.
“Ini awak punya fasallah!” bangkang Lina dengan cadangan bodoh baginya daripada Adam.
“Kenapa pulak saya yang kena?. Kita yang sama-sama salahkan?” Adam seolah-olah menafikan kebenaran yang sudah jelas di hadapan matanya sendiri.
“Amboi, senang-senang je awak cakap ya! Awak tahu tak maruah saya akan tergadai apabila jiran tetangga rumah mak long saya dapat tahu yang saya kena tangkap basah. Mana nak letak muka saya? Mana?” bentak Lina dengan amarah yang tidak dapat dibendung lagi.
“Dah…dah… sekarang ni akak nak call keluarga Lina untuk mendapat persetujuan untuk korang nikah,” Ayu sudah bersedia telefon bimbitnya untuk menghubungi Mak Long Zahra. Sebentar nanti, suaminya, Encik Fairuz akan mengambilnya daripada rumah mamanya untuk pulang ke rumah.
 
SESAMPAINYA di rumah, Lina kelihatan kaget apabila terjengul wajah bengis milik pak long Zamil dan wajah ketidakpuasan hati mak long Zahra dan Suhana, adik angkatnya.
“Tadi pak long dengar yang kau buat ‘najis’ kat rumah Ayu tu? Betul ke?” sindir pak long Zamil dengan nada tegasnya tahap maksimum.
Lina menggeleng dan menafikan kenyataan yang dilontarkan oleh pak long Zamil tersebut.
“Alah… mengaku sahajalah? Apa nak disorok-sorokkan lagi?!” secara tidak sengaja, Suhana turut menyindirnya.
“Memang betul Lina tak buat kerja terkutuk tu. Percayalah!” jelas Lina dengan penuh yakin dan kesabaran yang senipis kulit bawang.
“Betul ke? Boleh percaya ke mak? Boleh percaya ke ayah? Entah-entah dia ni menipu!”, sindir Suhana dengan tidak puas hati.
“Baiklah… kami dah bersetuju untuk kamu bernikah dengan Adam. Tapi dengan satu syarat…” putus kata pak long Zamil sambil mengatakan syarat yang telah dibuatnya bersama isterinya, mak long Zahra.
“Syarat apa, pak long? InsyaAllah, Lina akan tunaikan,” ujar Lina seraya menerima kata putus pak long Zamil.
“Jangan beritahu kat jiran tetangga rumah kita yang kamu berkahwin sebab tangkap basah! Termasuk kamu Hana!,” pak long Zamil memberitahu syarat tersebut sambil mengarahkan agar Hana supaya tidak memberitahu syarat yang termeterai oleh bapanya.
Suhana sekadar mencebik dan berlalu ke biliknya lalu menghempaskan daun pintunya sebagai tanda protes.  Protes kerana ibu dan bapanya sudah memberi kata putus untuk menikahkan Lina dan lelaki yang digila-gilakannya selama ini, Adam Shahfi.
 
SELEPAS perbincangan tersebut selesai, Lina ke bilik tidurnya untuk mengambil tuala dan beredar ke bilik mandi yang terletak di dalam bilik tidurnya. Lalu, dia memasang pancuran air untuknya bermandi.
Lina segera membasahi diri di bawah pancuran air yang telah dipasangnya sejak tadi.
“Kenapa semua ini harus terjadi? Kenapa harus bernikah dengan dia?! Apa yang harus lakukan!,” Lina menangis dengan sekuat hati lalu mengeluarkan hasrat hatinya yang terpendam sejak dia pulang ke rumah.
Setelah kepenatan berendam di bawah pancuran air, dia tidak sedarkan diri dan secara tidak sengaja, dia telah tertidur kerana pening kepala akibat terlalu lama menangis mengenangkan dirinya yang begitu malang sekali. Apakah ini ujian daripada Allah? Jika ya, redhalah hati ini…
 
PAGI tersebut Lina tersedar daripada lenanya. Dia tersedar kerana merasakan bandannya sejuk dan basah. Sekali dibuka matanya, baju dan badannya basah kuyup kerana dihujani air pancuran yang dia terlupa hendak menutupnya kerana terlalu pening dan terlalu mengantuk akibat puas menangis mengenangkan nasib dirinya.
Lina mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya dan mengambil wudhu untuk menqadakkan solat isyak yang dia tertinggal pada semalam kerana tertidur di dalam bilik mandinya tersebut.
 
SEUSAI menqadakkan solat isyak dan menunaikan solat subuh, Lina berdoa kepada Allah Yang Maha Esa dan Yang Maha Adil supaya mendengar doanya yang satu.
“Ya Allah, aku bersyukur ke hadratMu. Selawatku kepada kekasihMu, nabi Muhammad SAW.  Ya Allah, kau makbulkan doaku ya Allah. Ya Allah, maafkanlah segala dosa-dosaku, segala kekhilafanku terhadap  arwah ibu dan ayah, pada mak long dan pak long dan Hana. Aku mereka akan berbaik semula kepadaku. Ya Allah, apa harus aku lakukan untuk menebus kesemua kesilapanku ini, ya Allah.. Ya Allah, permudahkanlah ranjau hidupku. Seandainya aku sah isteri kepada Adam Shahfi, jadikanlah aku isteri yang solehah, suami yang soleh dan keluarga yang sakinah. Amin…” Lina menekupkan mukanya selepas berdoa dan sedikit demi sedikit air matanya merembes keluar daripada tubir matanya.
Seusai berdoa kepada Yang Maha Esa, Lina membaca al-Quran yang terletak di sebelah meja almari bajunya dan membacanya dengan penuh bertajwid supaya hatinya tenang dan usir segala kepayahan dan kesulitan dalam hidupnya.
 
SEUSAI bersarapan, Lina bertekad untuk bertemu dengan Adam untuk memberitahu kata putus yang telah dibuat  oleh pak long Zamil dan mak long Zahra pada semalam dengan sebulat suara mereka. Kekadang, ada juga dia terfiikir akan tentang kebaikan berkahwin pada usia yang muda kerana perbuatan zina dapat dihindarkan dan dapat mengembangkan zuriat daripada keturunan anak cucu nabi Adam A.S.
Lina menghubungi nombor teksi dan menyatakan alamat, dan alamat ke destinasi yang hendak ditujuinya kepada pak cik Zul, pemandu teksi yang sangat dikenalinya. Pak cik Zul terkenal dengan sikap ramahnya dan dia tidak mengenakan harga ‘cekik darah’ kepada penumpang yang menaiki teksinya. Kepandaian pak cik Zul memikat penumpang untuk menaiki teksinya telah dipuji oleh majikannya dan pelancong asing yang melancong di Malaysia.
Sesampainya di hadapan perkarangan rumah agam milik keluarga Adam, Lina menekan loceng rumah. Lalu, seorang pembantu rumahnya, mak Eton menyambutnya.
“Ini ibu Harlina Hawani ke?” ujar mak Eton dengan longhat pekat Indonesianya.
“Ya, saya. Puan ada ?” soal Lina kepada mak Eton.
“Enggak ada. Tapi, mamanya ada sih. Jemput,” mak Eton menjemput Lina masuk ke dalam rumah banglo mewah milik Dato’ Muhammad Shahir tersebut.
“Ibu, bapak. Ini Harlina Hawani yang ibu nak jumpa tu,” ujar mak Eton sambil memperkenalkan diri Lina.
“Baiklah, mak Eton. Awak boleh sambung kerja,” arah majikannya tersebut. Lina terlihat akan wanita tua tersebut. Wanita tersebut umurnya dalam lingkungan 60 atau 70 tahun. Lina kaget apabila wanita tersebut memandangnya dengan wajah yang agak masam.
“Betul ke awak ni Harlina Hawani binti Amir tu? Awak kenal Ayu Umairah tak?” soal wanita tersebut dengan penuh keseriusan dalam soalannya berikut.
“Ya saya, Harlina Hawani binti Amir dan saya bekerja di tadika Seri Puteri milik Ayu Umairah,” Lina membalasnya dengan penuh yakin dan hati-hati supaya tidak menyinggung hati wanita tua tersebut.
“Apa hajat awak datang ke mari?” soal wanita tersebut sambil memandangnya dengan serius seperti singa hendak mengaum utuk membahamnya.
“Saya… saya…” tergagap juga Lina hendak memberitahu hajatnya. Kelihatan Adam yang duduk disebelahnya sedang menunjukkan isyarat tanda line clear dan tiada sebarang gangguan di sekitarnya.
“Fasal semalam. Siapa yang bersalah agaknya?” suara wanita tersebut mencelah. Suaranya seolah-olah hendak menyindirnya. Lina diam membatu sahaja kerana dia tidak keadaan menjadi lebih gamat lagi.
Dengan penuh keyakinan, Lina menceritakan segala peristiwa yang berlaku pada semalam hanyalah fitnah semata-mata dan itu adalah propa daripada mulut-mulut yang suka melihatnya dalam keadaan sengsara dan susah buat selama-lamanya.
Wanita tua tersebut meneliti penjelasan Lina dan menayakan perkara tersebut adalah benar ataupun pembohongan yang di reka semata-mata untuk mendapatkan anak terunanya itu. Ternyata daripada amatan wajah dan cara Lina memberikan penjelasan tidak menimbulkan sebarang keraguan mahupun rasa was-was dalam hati Puan Sri Ratna.
Benar kata Ayu Umairah, Lina seorang yang baik hati dan tinggi budi pekertinya. Dia juga bijak berkata-kata dan berhati- hati ketika hendak memberi penjelasan yang sebenar tanpa menimbulkan perasaan kecil hati kepada sesiapapun. Sesungguhnya, dia bersetuju untuk menikahkan Adam dan Harlina Hawani. Dia bertekad untuk menikahkan mereka dengan secepat mungkin sebelum rahsia di pekung dada dibongkarkan dengan senyap-senyap.
“Saya bersetuju nak nikah dengan anak Puan Sri. Tapi dengan bersyarat…” Lina sudah bersedia dengan alasannya.
“Apa syaratnya ?”soal Puan Sri Ratna, ibu kepada Adam Shahfi, memecahkan kesunyian.
“Simpan rahsia daripada sesiapa pun termasuk staf-staf kat tempat kerja Puan Ayu Umairah dan tempat kerja Adam. Itu sahaja syarat yang saya minta,” pinta Lina dengan bersungguh-sungguh.
Adam terkedu dengan syarat Lina tersebut. Kenapa harus dikenakan syarat begitu? Bukankah perkahwinan itu baik di sisi Islam yang harus dihebahkan kepada semua orang ? Mesti ada udang di sebalik batu ini. Ahh… sungguh pening dibuatnya. Adam panasaran!
 
 
BAB 3
 
DENGAN sekali lafaz sahaja, Lina sudah sah bergelar menjadi isteri Adam Shahfi.Sebenarnya, Lina belum bersedia lagi untuk menjadi seorang isteri. Tetapi dia bertekad untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan pada masa yang sama, cita-citanya harus menjadi nombor satu dalam hidup.
Mereka dinikahkan di Sultan Abdul Aziz yang bertempat di Shah Alam. Tepat sahaja pukul 9.00 pagi hari Sabtu, 23 September 2003, Harlina Hawani binti Amir sah bergelar menjadi isteri kepada Adam Shahfi bin Muhammad Shahir dengan berwalikan hakim dan disaksikan oleh seorang peguam yang diupah oleh Adam dan ahli keluarga Lina dan Adam di pejabat akad nikah di masjid tersebut.
Ada juga peguam upahan Adam bertanyakan kepada Lina bahawa mengapa terpaksa bernikah dengan cara yang begini. Lina hanyalah menjawab ada yang memfitnahnya sehingga membwa kepada pernikahan terpaksa ini.  Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia beredar daripada masjid dan menuju ke rumah melepaskan lelah dan serabut dibenak fikirannya.
Walau apapun terjadi, prinsip hidup Man Jadda Wajadda perlu diteruskan. InsyaAllah.! Azam Lina dalam hati sambil memerhatikan pemandangan luar kereta yang ketika ini kurang sedikit kenderaan kerana pada waktu hujung minggu ini, kebanyakkan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mengambil untuk beristirahat sahaja.
Lina? Adam mula memanggil namanya.
Hmm…” jawab Lina sambil memandang ke arah skrin telefon bimbitnya yang menunjukkan pukul 12.30 tengahari.
“Awak… menyesal ke kahwin saya?” soal Adam dengan sayu sambil memfokuskan kepada pemanduannya tersebut. Nafasnya turun naik apabila menayakan soalan tersebut kepada Lina.
“Nak buat macam mana dah qada’ dan qadar yang menentukan kita bernikah dengan cara macam ni. Saya redha kepada qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah,” ujar Lina dengan penuh berhikmah sambil senyum kepada suaminya, Adam Shahfi setelah menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya hasil pemberian arwah ibu bapanya pada hari jadinya yang kesebelas tahun sebelum mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya yang merangut nyawa ibu bapanya yang pada ketika itu ibunya sedang sarat mengandung enam bulan yang gugur serta merta apabila pernafasan ibunya terhenti kerana pendarahan teruk pada bahagian kepalanya.
“Awak, jom lunch. Nak tak?” ajak Adam apabila jam dashboard keretanya menunjukkan pukul 1.00 petang dan hanya beberapa minit lagi akan masuknya waktu zohor didaerah Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.
“Boleh. Lepas tu singgah masjid sebab ada 10 minit lagi waktu zohor nak masuk,” Lina setuju dengan ajakan Adam dengan syaratnya yang satu. Baginya, solat tidak boleh dilupakan walaupun sesibuk mana seseorang itu.
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Selain itu juga, ada juga hadis yang menyatakan kepetingan solat.
Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."riwayat Muslim.
“Ok. Lepas makan kita singgah sekejap kat surau berdekatan”, ujar Adam apabila telah sampainya di sebuah restoran.
“Terima kasih, abang,” ujar Lina sambil tersenyum tawar. Abang? Amboi, tersasul ke apa aku ni?. Hmm... entahlah.

 
 
 
            BAB 4
 
ERINA gembira kerana rancangan yang dirancang selama ini telah membuahkan hasil.Dia gelak dengan nada yang sinis sekali.
Yes!. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Kau belum kenal lagi Erina Syafiqah binti Hairi ni. Sekarang padan muka kau Adam!. Baru kau tahu  sebab tolak mentah-mentah cinta aku!.”Erina tergelak besar apabila racangannya telah Berjaya.
Kring…kring… telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan yang diterimanya …
“Ish… nak apa pulak dia ni ? Nak duit lagi ke? Setahu aku dah bagi duit.” Rungut Erina apabila memandang nama yang memanggilnya di skrin telefon bimbitnya.
“Hello, kenapa?” Erina segera mengangkat telefon bimbitnya yang sedang menjerit.
“Hello, bos. Adam…”
“Macam mana plan tu ? Jadi tak ?” seloroh Erina dengan penuh bersungguh-sungguh. Ingin mendapatkan jawapan daripada pekerja upahannya tersebut.
“Adam dah kahwin dengan Harlina, bos,”kata-kata Ramli, orang suruhan Erina membuatkan Erina sakit hati yang teramat.
“Eh, kau ni biar betul!. Dengan budak kampung tu ke ? Kau ni buat kerja ke tak ?” bentak Erina.
“Saya dah buat kerja bos tapi…” tergagap juga Ramli membalasnya kembali.
“Kau ni memang bodoh!. Kerja kecil tu pun tak mampu nak buat. Sia-sia saja aku bayar kau!” Erina menghempasnya telefonnya ke tilam sebagai tanda tak puas hati. ‘Ish.. macam mana dia boleh kahwin ni ?. Pulak tu dengan budak kampung tu, kalau nak dibandingkan, aku 10 kali cantik dari perempuan kolot tu!’
“Kenapa ni, sayang ?. Mama tengok Reen asyik marah je dari tadi. Cuba cakap dengan mama apa masalah Reen,” pujuk Datin Marzuwina apabila melihat Erina asyik moyok sahaj dari tadi.
“Ma, Am dah kahwinlah. Itu yang Reen benci sangat ni. Pulak tu perempuan kampung yang datangnya dari mana entah. Ni semua salah Reen, ma. Apa yang patut Reen buat lagi ?” Datin Marzuwina terkejut apabila mendengar pengakuan Erina.
“Reen buat apa ni ? Reen call JAIS ke nak perangkap Amkan ?. Cakap Reen!” angin amarah Datin Marzuwina tidak dapat dibendung lagi.
Erina sekadar mengangguk sahaja. Dia sedar ini semua salahnya.
“Mama, mama nak apa buat ni ?” Datin Marzuwina segera merampas Experia milik Erina lalu mengambil master key dan mengunci bilik Erina.
“Mama takkan bagi Reen lagi handphone ni sampai bila-bila. Jangan harap mama nak bagi walaupun kamu pujuk papa dan mama akan kunci bilik ni sampai esok. Jangan harap mama akan bagi kamu merayap lagi lepas ni. Cukuplah apa yang kamu buat setakat. Mama malu sebab ada anak dara yang suka menyusahkan mak bapaknya sendiri,” Erina menangis teresak-esak kerana mamanya telah menyekat segala kesenangannya telah dikecapi selama ni. ‘Padan muka siapa suruh kau buat lagi, Reen. Kau terimalah hukum karma kau, Reen.’
Reen kembali menangis dan menangis sehingga dia terlena dengan sendirinya di dalam bilik tidurnya yang dikunci oleh ibunya daripada luar kamar tidurnya.




BAB 5


 


“NAK buat apa ya ? Masaklah, perut aku ni dah berbunyi. Ada ke makanan kat rumah ni ?” Lina berasa janggal apabila mendiami rumah yang bukan miliknya sendiri. Tetapi kini, dia harus terima hakikat yang dia ni sudah menjadi isteri orang!.

“Hah, adapun. Maggi pun jadilah, asalkan perut terisi sikit,” kalau Lina tak makan nanti mulalah perut masuk anginlah.

“Hai… takkan maggi je. Jom keluar,” ujar Adam dengan muka selambanya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Suka hati sayalah nak keluar ke tak.” jawab Lina dengan selamba sekali.

“Perintah seorang suami perlu dituruti, Puan Harlina Hawani.” Arah Adam kepada isterinya tersebut.

“Yelah…yelah… saya nak bersiap ni,” Lina menturuti perintah Adam yang kini sudah bergelar suaminya secara sah. Memang tidak apa yang boleh dinafikan lagi.

Sambil Lina bersiap dan mengenakan tudung sarung paras pusatnya, dia teringat akan satu hadis yang dipelajarinya sejak dibangku persekolahan.

Daripada Abu Ali Thalki bin Ali RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda ”Apabila suami memanggil isterinya untuk menunaikan sesuatu hajatnya maka hendaklah dia segera datang sekalipun dia sedang memasak”.riwayat at-Tirmizi dan an-Nasa’ie,

Hadis ini menerangkan bahawa seseorang isteri hendaklah berusaha sekadar kemampuannya untuk menjadikan suaminya senang terhadap dirinya. Jika tidak, jatuhlah dosa kerana tidak menunaikan permintaan suaminya.

 

LINA terkedu. Tidak pernah seumur hidupnya menjejakkan kaki ke restoran yang grand dan rasanya agak mahal juga harganya.

“Awak, ini restoran mahalkan ?” soal Lina seraya menggaru kepalanya  yang tidak gatal tanda hairan mengapa Adam membawanya ke tempat yang tidak pernah dijejakinya selama ini.

“Taklah.Ni lah restoran yang paling murah kat KL ni”Lina tidak menyangka yang Adam hendak membelanjakan makan di tempat makan mahal. Mentang-mentanglah dia ni banyak duit, restoran mahal dikatakan restoran paling murah. Huh!

“Halal ke?” tidak kelihatan tanda halal di restoran tersebut. Lina menjadi semakin gusar.

Adam menjuirkan bibirnya sambil menunjukkan tanda halal di dinding restoran tersebut.

“Dahlah,cepat sikit. Lambat macam kura-kura”ejek Adam yang membuatkan hati Lina terbakar. Lantas Lina melihat menu dihadapannya. MasyaAllah!. Mahalnya!.

“Awak, mahalnya!” riak wajah bertukar menjadi terkejut apabila melihat harga di menu tersebut.

“Dah..dah..jangan nak mengada-ngada. Duduk sini, dan makan!.Kalau tak..”bentak Adam.

“Kalau tak apa?”soal Lina demi kepastian.

“Kalau tak saya cium depan orang. Awak nak?”seloroh Adam.

“Awak jangan nak kerja gila ya!”Lina sudah menunjukkan gengaman tangannya terhadap Adam. Meledak sudah gelak ketawa Adam apabila melihat ugutan Lina.

Pelayan yang sedang mengambil pesanan sekadar menggeleng sambil tersenyum apabila terlihat gurauan mereka. Gurauan mesra antara suami isteri yang tidak mengira tempat!

 

“ALHAMDULILLAH,” Lina sedawa .

“Kenyang?. Tu lah orang ajak, tapi awak ‘jual mahal’ je,”Adam sekali lagi mengejek.

“Bukannya nak jual mahal, tapi restoran tu semacam je,” Lina was-was apabila melihat suasana restoran tersebut yang rata-ratanya kaum Cina yang mengujunginya.

“Dah…dah… asalkan perut awak dah kenyang dah cukup bagus,” arah Adam seraya memanaskan enjin kenderaannya tersebut.

“Tapikan…”tergagap Lina menjawab.

“Dah cukup. Sekarang awak diam ya,” pinta Adam

‘Cis, hati kering betul dia ni.’

“Saya nak tanya awak satu soalan boleh tak?”soal Lina.

“Tak boleh”gurau Adam dengan intonasi yang agak garang.

“Awak ni betul-betullah,” lalu Lina mencubit Adam tanda tidak puas hati apabila soalannya tidak diendahkan.

Ouchh!. Bolehlah, tanyalah!” jawab Adam sambil meraba lengannya yang agak kemerahan akibat cubitan ‘berbisa’ daripada Lina.

“Awak menyesal tak kahwin dengan saya?. Saya nak awak jawab dengan ikhlas” pantas Lina menyoal.

Hati Adam umpama dipanah petir. Bagaimana hendak menjawabnya kembali?. Apakah alas an ‘munasabah’ yang patut untuk dijawabnya kembali. Ya Allah, bantulah aku!.

“Awak?. Awak okey ke?” Lina berasa pelik apabila terlihat Adam diam membisu.

Cepat Adam.Fikir apa yang patut. Mesti bagi jawapan supaya LIna tidak tertanya- tanya lagi.

“Sebab…” tergagap Adam untuk menjawabnya kembali.

“Sebab apa?. Cepatlah!” ajuk Lina.

“Sebab saya nak selamatkan maruah awak dan I love you so much!” jelas Adam dengan penuh keyakinan yang padahalnya hanya dibuat-buat sahaja. ‘Memang aku cintakan kau Lina!’ Desis hati Adam.

Tersentak Lina apabila mendengar pengakuan Adam. Lina tidak sangka selama ini Adam telah menyimpan perasaan terhadapnya dan tidak pernah terjumpa mana-mana lelaki yang mampu menyelamatkan maruah seseorang wanita setelah hamper-hampir maruahnya tercemar akibat peristiwa yang tidak mampu yang dilupakannya sehingga ke hujung nyawanya.

“Ini jawapan yang ikhlas ke?” soal Lina sekali lagi demi mendapatkan kepastian yang hakiki.

“Habis tu , takkanlah saya tipu. Demi Allah, saya ikhlas berkahwin dengan awak walaupun saya malu pada hari tu,” jelas Adam dengan tenang sekali.

“Maafkan saya kalau saya banyak menyusahkan awak. Maafkan saya, awak.” Lina memohon maaf atas kesilapannya apabila menayakan soalan tersebut kepada Adam.

“Tak mengapalah. Saya tak ambil kisahlah. Awak amanah dari Allah dan saya disuruh untuk menjaga awak sebaik mungkin,” jawab Adam. Pilu hati apabila terkenangkan peristiwa yang amat memalukan pada hari tersebut.

“Terima kasih, awak,” sambil itu Lina menyeka air matanya dengan tangannya.

“Dah. Duduk diam-diam. Sekejap lagi kita nak sampai masjid,” arah Adam sambil memandu ke arah lorong yang menepatkan sebuah masjid yang tersegam indah ditengah kota Kuala Lumpur ini.

‘Ya Allah, peliharalah hubungan kami sampai ke jannah. Amin…’ Lina berdoa dalam hati supaya Allah merahmati hubungan mereka sebagai suami isteri sampai ke jannah.

 

SEUSAI solat, Lina berzikir sebentar dan menunggu sahaja masuk waktu Asar yang hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi.

Selepas sahaja azan habis kedengaran, Lina bangkit untuk menunaikan solat sunat masjid bagi menghormati masjid kerana seseorang itu dianggap kejam kerana tidak menunaikan solat sunat masjid apabila melangkah sahaja masuk ke dalam masjid.

Kelihatan seorang imam tersebut sampai disaf hadapan yang terletak pada bahagian saf lelaki,  Lina terus bangkit apabila duduk sebentar sambil menunggu kedatangan imam untuk mengetuai solat berjemaah bersama.

Di masjid tersebut, kelihatan tidak ramai mengunjungi masjid. Tidak mahukah mereka akan ganjaran pahala yang banyak kerana berjalan kaki ke masjid sahaja sudah mendapat pahala bersedekah, inikan pula solat secara berjemaah. Kalau nak diikutkan, masuk masjid ini percuma sahaja, itupun masih ramai lagi malas untuk berkunjung ke rumah Allah. Kalau konsert yang berbayar, ramai pula yang mengunjungi. Tidak mahukah mereka pahala yang dibagi secara free sahaja? Alangkah ruginya.

Daripada  Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa:Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”riwayat Bukhari dan Muslim.

 

 


 

BAB 6

MAMA nak Reen kahwin dengan Hafiz dan keputusan mama muktamad, tegas Datin Marzuwina kerana tidak larat hendak melayan kerenah Erina yang menyusahkannya.

But mama, this is not fair! Why should me married with him?,”bentak Erina sebagai tanda protes.

“Sebab makin lama kamu tu makin melalut. Sampai mama dan papapun tak tahu nak handle kamu,”marah Datin Marzuwina.

But why with him ? Kenapa tak ada dengan orang lain,ma?. Please, ma!. Reen tak nak budak kampung tu. Dahlah kotor lagi menjijikkan.”

Paanng!!!.

Datin Marzuwina menampar Erina yang sudah melampaui batas. Sanggup Erina menghina Hafiz sedangkan Hafiz tu adalah penyelamatnya selalu. Memang sesuai untuk dijadikan calon menantu. Erina mengusap bekas tamparan itu dengan penuh kemarahan akibat ditampar oleh ibunya.

Kamu setuju atau tidak, kamu akan kahwin pada bulan depan dan jangan harap mama akan bagi kamu berpindah keluar dari rumah ni!amaran Datin Marzuwina kepda Erina. Kini, keputusannya telah muktamad dan tidak boleh ditarik balik.

Erina berlalu lalu menghempaskan daun pintu biliknya sebagai kesedihan yang melampau. Ini tidak boleh  jadi!bentak Reen di dalam hatinya.

“Papa tengoklah mama ni. Paksa Reen supaya kahwin dengan si Hafiz tu!. Tolonglah, pa. I’m still young, okay. I want to enjoy, pa,” pujuk Reen dengan bersungguh-sungguh kepada Datuk Hairi iaitu bapa kepada Erina dan merupakan CEO Syarikat milik arwah datuknya iaitu Hilmee Trading Sdn.Bhd.

“Lepas apa yang Reen buat mama dengan papa. Kali ni, papa takkan bagi muka lagi Reen. Dah banyak sangat kami berikan kebebasan kepada Reen, tapi Reen… keluar clubbing, shopping. Cubalah Reen sedar sikit yang Reenlah satu-satunya anak papa mama yang ada. Cubalah jaga sikit imej keluarga kita. Reen naklah orang dok mengata papa ni yang papa tak pandai nak didik anak. Nak macam tu?” tegas sekali teguran Datuk Hairi.

“Papa, tolonglah. Papa nak Reen menderita ke?” rayu Erina kembali. Tetapi rayuan tersebut tidak diendahkan oleh bapanya.

“Bagaimana harus aku lakukan demi mendapat kepercayaan mama dengan papa kembali?’ bisik hati Erina sambil memikirkan jalan untuk memikat hati mama dan papanya untuk tidak menikahkannya dengan Hafiz, tetapi dengan Ezzraa Iskandar, teman lelakinya yang baru selepas dia berputus dengan Adam Shahfi. Perkenalan mereka hanyalah berlaku apabila Ezzraa menawarkannya minuman dan menari bersamanya di pub terkenal yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur ini. Akibat dia terlalu mabuk, dia dan Ezzraa telah terlanjur dan ditangkap basah sendiri oleh Adam Shahfi bersama penyiasat-penyiasat upahannya, Zulhilmi dan Aniq.

Ketika itu, pergelutan telah berlaku. Aniq dan Zulhilmi membelasah Ezzraa manakala Adam pula menarik tangannya masuk ke dalam kereta Adam.

“Adam, you nak bawak I kat mana ni?” soal Erina dengan cemas.

“Balik rumah youlah! Mama dan papa you asyik call  I je tanya you kat mana. Rupa-rupanya, dengan jantan lain. Celaka betul!” marah Adam sambil menyengetkan streng kereta Adam untuk memasuki ke lorong yang menempatkan rumah keluarga Erina.

Sesampai sahaja mereka di rumah banglo milik keluarga Erina, Adam bertindak menarik tangan Erina yang keletihan kerana baru sahaja bangun tidur.

“Eh… kamu Adam. Reen ada?” sapa Datin Marzuwina dengan mata-matanya yang terpisat-pisat.

“Ni Reen aunty, dia mabuk tadi lepas tu boleh pula dia terlanjur dengan jantan lain. Betapa sakitnya hati Am ni, aunty!” luah hati Adam apabila menolak kasar tubuh Erina dan Erina tersembam dan dahinya sakit akibat terhantuk di atas terazo lantai di perkarangan rumahnya.

“Apa?! Ter…lanjur ke?” saat itu Datin Marzuwina membeliakkan matanya dan menyoal Adam dengan kesahihan ceritanya tersebut. Ternyata, Adam mengangguk tanda perkara tersebut adalah benar.

“Erina… mulai saat ini, kita putus! Aku dah tak nak tengok lagi muka kau! Dasar perempuan sundal!” herdik Adam dan sekaligus memutuskan percintaan mereka di hadapan ibu Erina sendiri. Selepas itu, Adam beredar daripada perkarangan rumah keluarga Erina.

Pada ketika itu, Adam begitu buntu! Buntu yang teramat-amat! Sanggup Erina berbuat begini kepada dirinya? Kalau diajak untuk bernikah, ditolak mentah-mentah oleh Erina dengan alasan karier permodelannya baru sahaja bermula. Memang perangai semua model macam begitu? Jika ya, memang sah kerja model ini tidak bermaruah langsung. Sudahlah terpaksa mendedahkan aurat demi tuntutan pandangan mata-mata buaya darat di luar sana.

Arrgghh!!! Kenapa kau Reen? Kenapa?! Adam mengetuk stereng keretanya apabila dia sudah sampai di perkarangan rumah keluarganya. Air matanya juga tidak dapat ditahan lagi. Hatinya benar-benar kecewa!

Keesokan paginya, Adam bertindak menceritakan tentang hal percintaan mereka telah berakhir. Pada mulanya, Puan Sri Ratna marah akan tindakan Erina yang sanggup menduakan perasaan anak terunanya. Ada juga Puan Sri Ratna memberikan sedikit nasihat supaya anaknya terus bangkit dan melupakan segala peristiwa pahit tersebut.

Sejak daripada itu, Adam bertindak membuang segala hadiah pemberian Erina. Ada juga dia memberikan hadiah tersebut kepada rumah anak-anak yatim yang berdekatan dengan rumahnya.

Jika hendak diingatkan kenangan yang lalu, pahit juga rasanya untuk ditempuhi. Apakan daya, terpaksalah Erina menelannya sendiri. Dan kini, Erina sah mengandung dua bulan.

Apabila mama dan papanya mendapat tahu yang Erina sudah mengandung, mereka tidak teragak-agak untuk menjodohkannya dengan Hafiz yang menggantikan tempat Ezzraa yang kini telah bertunang dengan wanita lain. Arrgghh!!! Lelaki memang begitu. Jika sudah puas, mereka tinggalkan sahaja perempuan terkapai-kapai sendiri. Yang mengandungnya siapa? Perempuanlah! Hishh… sakit benar hatinya apabila mendapat tahu apabila Ezzraa kini milik orang seratus peratus. Milik Izreen pula itu. Musuh ketatnya sejak sekolah lagi tetapi kenapalah Erina memandang Izreen sebagai musuhnya kerana setahu ramai, Izreen mempunyai akhlak tinggi, budi pekerti yang mantap dan aurat juga terjaga meskipun tidak bertudung labuh. Manakala, Erina pula kurang ajar, akhlak suam-suam kuku sahaja… Aurat… usah dikatakanlah! Patutlah ramai lelaki tidak suka kepadanya kerana kecelaan yang ada pada diri yang dia sendiri tidak sedar.

 

BAB 7

 

KELIHATAN  seorang posman menghantar beberapa pucuk surat di dalam kotak surat di rumah Adam. Lina segera menyarungkan tudungnya lalu mengambil surat-surat tersebut. Dibelek-beleknya satu persatu surat tersebut.  Surat dari Jordan University of Science and Technology?.

Kegembiraan tidak dapat digambarkan di benak fikiran Lina apabila mendapat tawaran untuk menyambut pelajaran di Jordan. Tiba-tiba , Lina fikirkan tentang suaminya, Adam. Dia kasi tak aku pergi ke sana?

Simpan ajelah surat ni.Lina berlalu ke bilik lalu memegang surat-surat selebihnya kepada Adam.

Nah, surat untuk awak, Lina segera memberikan surat-surat tersebut kepada Adam diselitkan juga surat tawaran pelajarannya.

Awak, boleh tak saya belajar kat oversea ? Bolehlah,please!pujuk Lina dengan bersungguh-sungguh.

Kalau saya kata tak boleh? soal maut terkeluar dari mulut Adam. Tak sangka dia ni ego sungguh!.

Cis, hati kering betullah dia ni!desis Lina.

“Tak mengapalah!. Saya keluar dari rumah!”bentak Lina dengan nada yang manja.

“Eh...eh... nak pergi mana tu ?” Adam sudah mula cuak bila mendengar bentakkan daripada Lina.

“Lah... saya nak masaklah untuk makan tengahari. Karang ada jugak yang masuk hospital ni?!”. sindir Lina.Padan muka, Adam!.

‘Dia ni boleh tahan jugaklah kalau nak bergurau!’desis Adam.

“Hmm... nak masak apa hari ni?” soal Adam sambil memeluk kemas pinggang ramping isterinya. Ini membuatkan Lina rimas dengan perbuatan Adam tersebut.

“Ish... lepaslah. Masak makanan kegemaran abanglah!” ujar Lina apabila mengambil bahan masakan di dalam peti sejuk.

“Ayam masak pecal ke?” soal Adam sambil mendekatkan tubuh sasanya dengan tubuh genit Lina. Amboi, mentang-mentanglah semuanya sudah halal, tetapi agak-agaklah.

Lina sekadar menggagukkan kepalanya sahaja. Sambil itu, dia memanaskan kuali dengan tujuan untuk mengeringkan kuali tersebut sebelum menuangkan satu sudu teh minyak masak bagi menggelakkan masakan terlalu berminyak kerana masakan yang berminyak tidak sihat.

Tidak sampai masa sejam, masakannya telahpun siap untuk dihidangkan. Adam begitu teruja lalu mengambil sepinggan nasi lalu mencedok lauk ayam masak pecal lalu membaca doa makan dan memakannya dengan penuh berselera sekali.

“Abang?”panggil Lina kepada suaminya yang sedang enak menikmati juadah makan tengahari yang dimasak sendiri.

“Ya?” ujar Adam sambil mengunyah baki nasi yang telah habis di dalam mulutnya.

“Esok kita pergi rumah mak long sekejap bolah tak?” Lina memujuk Adam untuk bertandnag ke rumah mak long sebentar bagi mengkhabarkan berita baik ini.

Adam sekadar mengangguk sahaja dan tidak mampu bercakap kerana menahan perut yang kesakitan akibat terlalu banyak makan. Kelihatan wajah Adam kemerah-merahan kerana menahan perutnya yang sakit teramat!

“Abang kenapa? Kalau sakit sangat pergi tandas tu. Dekat je,” ujar Lina dan menundingkan tangannya ke arah tandas yang berdekatan dengan dapur rumah sewa mereka.

Adam terkocoh-kocoh pergi ke tandas untuk membuang hajat. Setelah selesai membuang hajatnya, dia berasa lega kerana perut telah hilang kesakitan sedikit demi sedikit.

“Sudah?” soal Lina sambil mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun dalam singki dapur rumah sewa mereka.

Adam mengangguk tanda sudah selesai membuang hajatnya.

“Boleh tak esok ?” Lina soalkan perkara yang sama lagi kepada Adam.

“Boleh apa ni? Esok ni ada apa?” Adam buat tidak mengerti sahaja padahal dia sudah tahu apa hajat isterinya tersebut.

“Laa… pergi rumah mak longlah! Telinga pekak macam badak!” rajuk Lina sambil bergurau kepada Adam.

“Apa abang macam badak ya? Lina tu macam mana ya?” sindir Adam.

“Lina cantik. Cantik menarik tertawan,” ujar Lina dengan lagak yang agak gedik sedikit.

“Eleh… perasan!” sembur Adam dan berlalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

“Hari ni ada rancangan apa ya?” soal Lina dengan suara yang agak kuat apabila terdengar bunyi seakan-akan wisel di dalam televisyen tersebut.

“Bola. Malaysia lawan Singapura.Ni best sebab perlawanan kelayakan separuh akhir!” ujar Adam dengan girang kerana Adam amat meminati bola sepak sehinggakan tidak pernah miss  satu pun perlawanan apabila pasukan Malaysia menentang pasukan daripada negara lain.

“SEA games kan?” soal Lina apabila dia sudah selesai mencuci pinggan di singki dapur rumah sewanya itu.

Adam sekadar mengangguk sahaja.

“Nak tengok jugak!” rengek Lina dengan kebudak-budakkan. Comel sungguh!

“Tak boleh. Ni mesti tengok pemain-pemain Malaysia yang handsome-handsome kan?” ugut Adam sambil merampas alat kawalan jauh televisyen tersebut dan menutup skrin televisyen tersebut. Tidak semena-mena, Lina merampas kembali alat kawalan jauh tersebut dan membuka kembali skrin televisyen tersebut. Perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura sudah dimulakan sejak seminit yang lalu. Tetapi, tiada hasil jaringan gol daripada kedua-dua pasukan kelihatan.

“Eh? Perempuan suka bola sepak jugak ke?” sindir Adam apabila mengalihkan pandangannya terhadap skrin televisyen yang kini sedang memaparkan aksi perlawanan bola sepak tersebut.

“Biarlah. Hah… dah nak gol tu. Cis… sikit lagi tu,” Lina menepuk sebelah tangannya ke arah lututnya apabila dia bersila di atas sofa di sebelah Adam.

Adam memandangnya dengan penuh pelik sekali. ‘ Ni kalah Arrissa !’ getus hati Adam apabila melihat gelagat isterinya apabila menonton perlawanan tersebut.

 Arissa Sakinah, adik kepada Adam Shahfi, memang amat meminati bola sepak sehinggakan satu perlawanan pun tidak pernah ketinggalan untuk meyaksikannya. Tetapi, dia mempunyai otak yang geliga umpama jauhari  yang mengenal manikam. Kepandaiannya terbukti apabila dia selalu dinobatkan sebagai pelajar harapan sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Arissa merupakan pelajar cemerlang dalam PMR. Bangga Adam selaku wakil kepada ibu bapa kepada Arissa kerana waktu itu arwah ayahnya baru sahaja meninggal dunia dan ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Batu Pahat, Johor kerana arwah nendanya telah sakit tenat dan selang dua hari ibunya pulang ke Batu Pahat, nendanya telah kembali ke rahmatullah dengan keadaan yang tenang dengan keadaan tersenyum dan wajahnya amat bersih.

“Kenapa tengok Lina macam tu?” seloroh Lina apabila Adam memandang sesuatu aneh kepadanya. Aneh? Apa yang dibuatnya sehingga membawa kepada sesuatu perkara yang aneh?

“Tak sangka perempuan lemah lembut macam Lina ni suka bola. Ingat perempuan brutal sahaja yang suka bola,” jelas Adam terhadap Lina. Muka Lina berkerut seribu wajah.

“Biarlah… tak haram pun…” cebik Lina.

‘Hmm… Lina…Lina…’ bisik Adam sambil menggelengkan sedikit kepalanya.

 

ADAM mengetuk daun pintu bilik Lina untuk mengejutkannya untuk menunaikan solat subuh kerana waktu sebegini telah dipanggil ‘subuh gajah’.

“Ohh… mak kau! Hantu mana pulak yang sergah aku ni?” Adam melatah apabila sebuah wajah putih meyergahnya apabila pintu bilik isterinya dikuak secara perlahan-lahan.

“Abang… ni Linalah! Dah lupa ke?”ujar Lina apabila terdengar Adam melatah.

“Apasal pakai bedak putih nohh ni? Dah macam tepung gomak dah!” Adam ketawa terbahak-bahak apabila melihat Lina memakai bedak putih di seluruh mukanya.

“Laa… ni bedak sejuklah! Memanglah seluruh muka jadi putih!” ujar Lina dengan penuh kegeraman kerana pagi-pagi lagi sudah disembur oleh Adam.

“Ah… tak kisahlah bedak sejuk ke bedak panas ke… Yang penting sekarang ni… dah solat ke belum? Kata nak pergi rumah mak long semalam. Dah pergi cepat siap,” arah Adam kepada Lina dan berlalu ke bilik tidurnya untuk mengaji.

 

JALAN 12/3, TAMAN KENARI merupakan alamat rumah mak long Zahra dan pak long Zamil. Adam dan Lina telah sampai dalam masa kurang lima minit sahaja. Begitu berharganya masa.

Ketibaannya disambut dengan wajah sedikit kehambaraan mak long Zahra. Mungkin masih marah lagi dengan Lina? Entahlah… yang penting dia tidak berdendam sudahlah…

“Assalamulaikum…” Lina dan Adam memberi salam kepada tuan rumah.

“Waalaikumsalam…” mak long Zahra membalas salam dan menjemput mereka berdua masuk.

“Mak long… cuba baca ni…” lantas Lina mengeluarkan sepucuk surat daripada beg tangannya dan menyuruh mak long Zahra membacanya. Alangkah terkejutnya mak long Zahra apabila Lina ditawarkan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di Jordan. Akhirnya, cita-cita Harlina Hawani telah tercapai jua…

“Bila nak perginya?” soal mak long Zahra dengan nada sedikit girang daripada tadi yang agak sedikit hambar di raut wajahnya.

Lina tersenyum ke arah Adam menyatakan bahawa dia angkat berangkat pada minggu hadapan.

Selepas itu, mak long Zahra mengajak mereka berdua untuk makan tengahari bersama dan menyiapkan sedikit lagi makanan yang sudah disiapnya untuk dihidangkan.

Alangkah gembiranya hati mak long Zahra apabila mendapat berita gembia tersebut. Mudah-mudahan, Lina berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. InsyaAllah…

 

 

 


 

BAB 8

 

SUASANA  di KLIA agak bising kerana banyak announcement tentang penerbangan yang dibacakan oleh operator-operator yang bertugas. Mak Long Zahra bangga kerana anak buahnya telah berjaya dalam pelajarannya. Dia mengharap Lina balik dengan membawa segulung ijazah kedoktoran. InsyaAllah.

“Lina kat sana jangan lupa solat dan jangan terpikat mana-mana pak arab kat sana ya!. Awak tu isteri orang!”sindir Mak Long Zahra sambil menjeling kearah Adam.

‘Hish.. Mak long ni sempat jugak nak sindir aku !.’kutuk Adam di dalam hatinya apabila mendengar usikan daripada mak long Zahra.

“InsyaAllah, mak long. Lina akan ingat semua pesana mak long.”Lina lalu menyalam tangan mak long Zahra sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjaganya dari tadikan sehingga di menara gading. Tidak lupa juga, Lina menyalam tangan suaminya dan memohon kemaafan jika ada kekhilfan terhadapnya.

“Kat sana, selalu call ya!”gurau Adam sambil menjeling ke arah Lina yang degil.

“Eleh... belum pergi lagi dah nak rindu-rindu bagai!”seloroh Lina. Sudah masak sangat dengan perangai Adam walaupun mereka sudah 3 bulan menikah.

“Dah...dah... flight dah bertolak ni.”ujar mak long.

“Baiklah. Assalamulaikum!” salam Lina dan melambai-lambaikan tangannya kearah mereka.

“Waalaikumsalam”serentak mereka menjawab kembali.

‘Akhirnya!. Kau dah berjaya juga Lina. Mak long doakan kau berjaya dunia dan akhirat, Lina. Mak long sayang Lina.’doa mak long Zahra dalam hati sambil melambai ke arah Lina yang sedang menuruni escullator lapangan terbang tersebut dan seterusnya susuk tubuhnya hilang daripada pandangan.

“Dahlah, mak long. Jom kita balik.”ajak Adam ketika batang hidung Lina sudah tidak kelihatan.

“Baiklah. Jom, Hana.”kelihatan Hana pun tersenyum apabila melihat sepupunya berjaya melanjutkan pelajarannya di luar negara. Hana sudah menanamkan azam untuk menjadi orang yang berguna di dunia ini.

“Jomlah, mak!” sahut Hana. Hana kelihatan manis apabila mengenakan selendang sifon berwarna merah jambu dan berbaju kurung berwarna sedondon juga.

 

 

BAB 9

 

HAFIZ tidak keruan apabila permintaan Datin Marzuwina yang menyesakkan fikirannya. Adakah Erina akan terimanya ?. Adakah Erina akan terima perkahwinan tanpa cinta ?. MasyaAllah, kadang-kadang sesak nafasnya hendak memikirkan permintaan Datin Marzuwina.

            Terima atau tidak? Itulah persoalan yang sering membelenggui benak fikirannya.

            Erina? Si budak kelab malam itu sukakah pada dia yang alim dan tidak pernah tinggal solat dan berpakaian agak kolot sepertinya? Hendakkah dia?

            Daripada amatannya semalam ketika dia bersama ibunya, Puan Dania bertandang ke Teratak Hamar iaitu gabungan nama pemilik rumah rumah banglo tiga tingkat tersebut iaitu Datuk Hairi dan Datin Marzuwina.

            Di dalam teratak tersebut, dilimpahi dengan pelbagai kemudahan yang mewah, eksklusif dan kontemperari. Di dalam terataknya juga, terdapat sebuah lif yang dipasang untuk menaiki ke tingkat tiga yang menempatkan kamar tidur milik tuan rumah tersebut. Manakala, bilik pembantu rumah pula di tingkat dua bersebelahan surau yang besar dan mampu memuatkan sebanyak 45 orang.

            Hati Hafiz tiba-tiba bergelora seperti laut yang bergelora akibat angin kencang yang membadai laut. Dia tidak tahu sama ada terima atau tidak lamaran Datin Marzuwina pada tempoh hari untuk memperisterikan Erina. Keluarga Datin Marzuwina telah banyak membantu keluarga Hafiz keluar daripada kempongpong kemiskinan akibat kematian ayahnya, Sarjan Ahmad yang terkorban akibat pertempuran yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand yang pada ketika itu, sebiji bom meletup di kawasan yang menempatkan arwah ayahnya bersama rakan-rakan lain bertugas. Kematian disahkan seramai tiga orang termasuk ayahnya dan seorang cedera parah.

            Terdetik dalam hati Hafiz untuk melakukan solat sunat istikharah untuk memohon kepada Allah untuk menerima lamaran tersebut.

            Seusai menunaikan solat sunat istikharah, Hafiz mencapai al-Quran yang terletak di meja kerjanya dan membacanya dengan penuh bertajwid. Hatinya bertambah tenang dan damai apabila membaca kitab suci al-Quran.

            Selepas sahaja membaca al-Quran, Hafiz merebahkan diri dan terlelap untuk merehatkan tubuhnya di atas katil dan termimpikan mimpi indah yang ditemani malam penuh indah nan permai.

 

“ASSALAMULAIKUM, aunty,” Hafiz cuba menghubungi Datin Marzuwina untuk memberitahu keputusannya untuk berkahwin dengan Erina. Hatinya bertambah gusar.

“Waalaikumsalam, Fiz. Macam mana keputusan kamu?”Datin Marzuwina bersungguh-sungguh menyoal Hafiz tentang keputusannya.

“Fiz, terima aunty. Fiz ikhlas terima Reen,” dengan berbekalkan hati yang ikhlas, Fiz yakin untuk memperisterikan Erina.

“Alhamdulillah. Terima kasih, Fiz.”syukur tidak terhingga Datin Marzuwina apabila Hafiz telah terima permintaannya yang mungkin buat terakhir kali buatnya.

“Sama-sama. aunty. Assalamulaikum,” Hafiz segera mematikan perbualannya dengan Datin Marzuwina. Dia bersyukur kerana dapat membahagiakan hati seorang ibu.

“Waalaikumsalam.”jawab Datin Marzuwina dengan girang sekali.

“Hai ... kenapa sengih ni?” tegur Datuk Hairi.

“Fiz terima lamaran kita untuk kahwinkan dia dengan Erina, bang,” ujar Datin Marzuwina dengan girang sekali sambil menghulurkan kopi yang telah dibancuhkannya khas untuk suami yang amat dicintainya.

 “Fiz manalah pulak ni ?” soal Datuk Hairi sambil menghirupkan perlahan kopi tersebut kerana isi kopi tersebut masih lagi panas.

“Hafiz anak buah kita tu. Alah anak Dania dengan arwah Ahmad tu.”

“Ohh… Hafiz yang tu. Lain kali cakaplah.”baru Datuk Hairi tahu siapa Fiz yang dimaksudkan oleh Datin Marzuwina tu.

“Ish, awak ni. Tiap-tiap tahun balik raya pun, tak ingat lagi si Hafiz tu,” pelik sungguh Datin Marzuwina sebab sampai sekarang pun Datuk Hairi tidak mengingati anak-anak buahnya sendiri.

“Al-maklumlah, orang dah tua,” rajuk Datuk Hairi sambil memandangkan tabnya di tangan.

“Hmm...” jawab ringkas Datin Marzuwina.

“Bila dorang nak kahwin?” soal Datuk Hairi setelah habis menghirup satu cawan kecil kopi yang dibuat sendiri oleh isterinya. Maka, terbitlah sebuah senyuman manis di bibir Datin Marzuwina.

“Dua minggu lagi. Persiapan semua dah siap,”jawapan ringkas Datin Marzuwina.

“Hai… awak ni dah advance kan ? Semua dah settlekan?.”soal Datuk Hairi sambil membaca buku tentang perniagaan dan berbaring di atas tilam empuk yang dibelinya daripada Itali sewaktu lawatannya ke sana atas urusan perniagaan syarikatnya.

Datin Marzuwina hanya mengangguk seraya membelek katalog yang memaparkan konsep perkahwinan yang sesuai untuk Erina dan Hafiz kelak.

Selepas penat membelek katalog barangan perkahwinan, lalu Datin Marzuwina meletakkannya di sebelah meja lampu tidurnya dan menutup lampu tidurnya sementara itu suaminya, Datuk Hairi sedang khusyuk membaca buku tentang perniagaan sehingga larut malam baru sahaja dia mahu tidur.

Sebelum melenakan diri, Datin Marzuwina berdoa agar jodoh Erina bersama Hafiz sampai dan berkekalan hingga akhir hayat. Di sampan itu, beliau juga mendoakan agar Erina dapat berubah menjadi seorang isteri yang solehah. Amin… Sesungguhnya doa seseorang akan dimakbulkan oleh Allah SWT. InsyaAllah…


 


 
 

BERSAMBUNG...